42

210 23 0
                                    

TAHUN BARU

“tiber kau ajak aku sambut new year dekat tempat macamni. ” maklumlah,  tak pernah lagi orang ajak Lyn ni tengok bunga api kat tempat sunyi.

“asal takleh?”

“bukan takboleh. selalunya tempat macamni tempat couple luahkan perasaan.  eee geli. ”

“emmm...Lyn. ”

“ha?” Lyn memandang Amirul sambil menantikan Amirul menyambung ayatnya.

menarik nafas dalam dan menghembuskannya. “sebenarnya, a--a-aku suka kau. dah lama. sejak sekolah lagi. ” mata Amirul tepat memandang ke dalam mata Lyn.

“serius?” terkejut beruk Lyn.

“aku serius lyn. ”

don't know how to react, riak wajah Lyn mula berubah, berasa kurang selesa dan ingin segera beredar dari situ.

“em aku balik dulu. ada benda nak settle. sorry, assalammualaikum.  ” dengan sepantas kilat Lyn blah dari situ.

“Tunggu!! LYN! LYN!!” Amirul memanggil dari jauh walau dia tahu Lyn tidak akan berpatah balik. “dia tak suka aku ke? ke aku cepat sangat confess? mulut aku bau ke? ” soalan demi persoalan bermain di benaknya,  mana taknya baru lepas confess si dia blah macam tu jek.

***///*****/////*****////*****////***

seusai pulang ke rumah, Lyn menuju ke rak biliknya dan mencapai sehelai kertas dan pen.

“maaf. perasaan suka kepadamu, memang ada. terkadang aku tidak memahami sama ada itu cinta atau cuma rasa selesa.  aku masih baru. saat ini, perlu aku mendekatkan diri kepada Dia, tambahkan pengetahuan agama, belajar hidup seperti seorang muslim sepenuhnya. masih banyak yang perlu aku pelajari. soal cinta, ini bukan masanya. tentang kahwin, aku hanya benar - benar siap jika keluargaku sudah meredhaiku. sekiranya aku memang akan menikah, aku hanya mahu keluargaku ada di majlisku. jika kamu mengulangi soalan ini dalam 2 - 3 tahun lagi, mungkin jawapannya sudah berbeza. harap ini tidak menyakiti kamu, sahabatku. terima kasih kerana selalu ada. jika menjauhiku dapat menghapus rasa cintamu terhadapku, maka jauhilah aku. maaf kerana belum dapat menjadi orang yang menyambut cintamu. mungkin bukan aku. terima kasih. Assalammualaikum. ”

— your mualaf's friend, Lyn.

surat tadi dibawa ke rumah Damia. Lyn meminta jasa baik sahabatnya untuk menghantar surat ini kepada Amirul. sejak meninggalkan amirul tanpa sebab yang jelas petang tadi, Lyn merasakan bersua muka dengannya dan memberi surat ini bukan merupakan cara yang terbaik.

“ada apa ni?” soal Mia curiga.

“kau bagi je. okayla aku nak kena balik ni. kalau kau nak aku tolong apa - apa bagitau je besok aku datang .  muuahhh. ” pipinya dilagakan dengan pipi Mia sebanyak 3kali. biasalah perempuan.

“em yelah. besok kau datangla hantaran banyak tak siap lagi ni. ”

“ohh okay noted bos. aku balik dulu. byee!!”

***////*****

semakin hari rasa di dada mu kian merona. kata cinta darinya bagai mentera, menyihir kamu sehingga kamu dengan sengaja berkelakuan seperti kucing yang sedang dijinakkan. kamu tidak mampu lagi membezakan antara cinta dan kehendak nafsu. kini, setelah kamu benar - benar sudah ready ingin menghabiskan sisa hidup bersamanya, kamu segera mengungkapkan niat seriusmu. tapi setelah itu, dia seakan menjauh perlahan - lahan. sikapnya berubah, perhatiannya berkurang, dan dia menjadi sosok yang tidak sehangat semalam.

cerita kau dan dia yang pada mulanya persis seperti kisah dilan dan milea akhirnya juga berakhir lebur.

DIARY | —030120 —

keesokkan harinya

“nasib baik kau datang. kalau tak..taktau lah bila nak siap semua ni.” keluh Mia.

“kann. aku tau aku boleh diharap, tempat kau minta tolong, tempat luahkan perasaan, banyak lagila. ”

“eheh angkat bakul tuang sendiri ya. ”

“em kau dah bagi surat semalam?”

“dah. tapi aku curious la.  apa yang kau tulis ek?”

“ada la. takyah sibuk err. ”

“takdela. time aku bagitau kau bagi surat kat dia kemain happy. tapi lepas dia buka pucat pulak muka dia waknya. ”

“serius la?”

“ha entah - entah kau reject dia?”

Lyn hanya mendiamkan diri.

“haih Lyn. Amirul tu baik orangnya. nampak je macam playboy tapi sejak rapat dengan kau, lain dah perangainya. kau dengan dia? merpati dua sejoli seyy. aku taktau apa masalah kau. kalau kau jadi la dengan Amirul tu, senang la kau nak belajar lebih pasal islam. satu rumah dengan dia, bila - bila je dia boleh ajar kau. ” membebel dah Mia ni.

“kalau nak ajar aku tak duduk serumah pun boleh la. ” balas Lyn.

“haih, ikut kau lerr. jangan sampai dia cari orang lain. nyesal kau nanti beb. ”

***///****////********/////*****///***

hai readers! aku taktaula bila aku boleh habiskan cerita ni tapi i guess bulan depan konfem habis. so korang yang nak aku cepat - cepat update tu keep on voting supaya aku tau ada jugak manusia yang masih baca.  okay okay sambung baca!!

KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now