44

293 18 0
                                    

KIRIN POV

“ apabila kegembiraanmu dan kesedihanmu di dunia kerana hal yang benar sesuai dengan apa yang diredai Allah SWT, maka kelak ketika berjumpa dengan-Nya, bagimu balasan anugerah sebagaimana orang-orang yang dimuliakan.”

— Al-Allamah Al-Habib Umar

“hati itu adalah wadah yang kosong dan ia hanya bisa diisi dengan satu hal, kalau sudah penuh dengan satu hal, takkan bisa diisi dengan hal yang lain, kalau sudah penuh dengan cinta yang bukan kerana Allah maka keluarlah cinta kerana Allah.”

— Ustaz Hanan Attaki

“bersahabat dengan golongan yang rendah akalnya dan tidak menghendaki reda Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. melalui persahabatan tersebut, adalah racun-racun yang akan membunuh keimanan seseorang dengan serta-merta melainkan orang yang dipelihara oleh Allah SWT.”

— Al-Imam Al-Akbar Al-Qutb Dairah At-Taqdis Sayyid Ahmad

tiada apa yang perlu ditakutkan jika dosamu diberkas oleh kifarah yang mengejarmu sekerapnya, daripada kemungkaranmu dibalas dengan kenikmatan yang semakin memabukkan. janganlah semudahnya menetapkan istidraj itu sebagai penyedap hati, konon sungguhnya merupakan hamba paling beruntung yang dikasihi Tuhan. engkau memungkiri janji pada setiap suruhan, memecah amanah pada setiap larangan. bagaimana bisa menganggap bahawa tiada sedikit pun yang mengundang kemurkaan Tuhan? engkau tersilap jika keprihatinanmu tidak bertaburan pada disiplin yang Tuhan tetapkan. engkau bakal menanggung padahnya atas kesalahan-kesalahan yang tidak langsung dikifarahkan — ketika engkau masih diizinkan untuk bertaaruf dengan awalan dunia penghijrahan, mengapa engkau pusingkan badan penuh keangkuhan?

DIARY | — 190120 —

lihatlah dirimu yang rapuh, yang lemah dan penuh kekhilafan itu, berapa kali kamu bercucuran air mata kerana Penciptamu?

yang telah memberimu nikmat yang begitu besar. yang masih memberimu kesempatan untuk berbuat kebaikan. berapa kali pipimu basah kerana bersyukur kepadaNya?

bagaimana pula dengan keadaan petunjuk hidupmu yang telah kamu biarkan bermandikan debu di dalam almari, kertasnya menguning, bahkan hampir lapuk.

bila kali terakhir kamu membukanya, membacanya , menghayatinya sampai air matamu mengalir tanpa kamu pinta?

atau jangan - jangan selama ini air matamu mengalir lelah tanpa tepi hanya kerana menangisi masalah - masalah dunia?

DIARY | — 250120 —

••'

Alhamdulillah. terima kasih Tuhan atas kesempatan ini. kesempatan untuk kembali, kesempatan untuk mencintai agama ini, kesempatan untuk menjadi mereka yang terpilih untuk mendapatkan hidayahmu, Tuhan. ya, aku dulu pernah melakukan dosa - dosa yang mungkin orang di luar sana tidak terfikir untuk melakukannya. memfitnah orang berkelakuan jijik terhadapku, cuba membunuh insan yang tidak berdosa, hatiku penuh dendam, mulutku tidak pernah berhenti dari terus mencela, tanganku diguna untuk menjahanamkan hidup manusia yang aku kurang senang dengannya. solat? sudah begitu lama aku tidak melakukannya. Al Quran? dibiarkan berdebu di dalam almari. telekung dan jubah dari Turkey di gantung persis seperti baru dibeli. panggilan mulia itu aku anggap kurang menyenangkan sehingga jikalau azan itu berkumandang melalui televisyen pun akan ku tutup. aku hampir lupa tugasku sebagai hamba. bukannya menyeru kepada kebaikan malah mengajak orang berbuat jahat. sungguh, aku sangat berdosa. masih layakkah aku berada di sini Ya Allah? masih layakkah aku mengangkat tangan berdoa dan meminta sesuatu kepadaMu ? ampuni  aku Allah. maaf kerana selama ini air mataku jatuh kerana menangisi para ajnabi. maaf kerana aku mencinta dia dengan terlalu keterlaluan sehingga tidak mahu kehilangan. padahal sama seperti hal lain yang kita punya, cinta juga merupakan sebuah titipan. maaf kerana pakaian dan keterampilanku selama ini hanya untuk meraih perhatian ajnabi. maaf kerana selama ini masaku dihabiskan dengan perkara - perkara yang lagha. maaf kerana menyangka bahawa dengan banyaknya ketawa akan membuat aku hidup dalam kebahagiaan sedangkan aku alpa bahawa itu antara penyebab hati semakin keras, gelap dan terhijab daripada hidayahMu.

Rayyan, mungkin saat ini perasaanku padamu masih ada sisanya. tapi, aku sedar. apa aku masih ingin terus hidup dalam kisah yang sudah berakhir? stuck di sana dengan pengharapan - pengharapan yang kian memerihkan hati. dia pernah menjadi orang yang selalu mengingatkanku tentang solat. selalu memberiku nasihat tentang aurat. kejutkan tahajjud? sudah menjadi kebiasaan. ibadahku saat itu sudah ada alarm peribadinya. kerana sebelum ini aku sering ponteng solat, solatnya hujung waktu. solat sunat? jarang sekali. saat itu, aku merasa dia adalah kuncinya. aku melihat dia seakan cahaya yang akan mendampingimu menelusuri jalan yang gelap. ah, sungguh syar'ie.

hari demi hari berlalu,  akhirnya dia menjadi notifikasi favoritku, penguat semangatku dan peringat yang aku tunggu - tunggu. kemudian, mula timbul rasa tidak ingin kehilangan.

jumaat bertemu sabtu, sabtu bertemu ahad, jam 12 kembali bertembung. dia mulai bosan. mungkin kerana hatinya sudah tertambat pada yang lainnya. atau dia sudah memasuki fasa di mana dia akan bertemu dengan takdirnya.  esoknya, semuanya berubah 360°. tidak ada lagi dia yang selalu membuatku merasa hidup itu indah.  akhirnya, aku gagal untuk terus istiqomah. solatku kembali menjadi kucar kacir hingga akhirnya aku berhenti dari melakukannya. kerana semangatku sudah hilang. ya, selama ini, aku lakukan semua itu kerana dia. sedar atau tidak, ibadahku selama ini menjadi sia - sia. jika nyawaku ditarik malam ini, mana mungkin aku yakin  dapat menginjak syurgaNya.

he used to be someone i really loved.  but, it's the time to forget past.

KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now