32

227 16 5
                                    

6 Disember 2019 ; 2022pm

lepaskan dirimu dari dibelenggu.
kenapa perlu malu? yang berlalu biarkan berlalu. jangan difikir apa yang membebanimu. bangkitlah bersama aku.
kehidupan tidak selamanya begitu. jangan takut temui jalan buntu. kayuhlah dengan laju. hingga akhirnya kau sampai kepada apa yang dituju. ayo maju! jangan menyerah dulu. cari aku.

-------------------------------------------------------

Mia mengambil tempat disebelah Rayyan.

"sooo boleh aku tau lebih lagi pasal kau? in case kau dah okay dengan aku? "

"kau nak tau apa ? " Alhamdulillah. kalini greenlight!

"masa lalu kau? " muka Rayyan dipandangnya dengan penuh yakin.

"aku pun taktahu masa lalu aku. inikan nak cerita kat stranger macam kau ni. "

“stranger? okay. nama aku Damia. kau boleh panggil Mia. tak stanger dah kan?  ”  Mia menjeling.

“Damia je?”

“ Damia Aryssa. ”

“aku rasa ada lagi depan. ”

“Nur. kau pahal?  ”

“belakang? takde dah? okay. ” Rayyan tergelak kecil. best jugak sakat Mia ni. nampak comel bila marah. eee geram!!

“kalau aku cakap kau kata aku gila. tapi perangai kau sebijik macam Rayyan tu . ”

“yekyejea. soo camne kau kenal dengan Rayyan?”

“aik aku? aku nak tau pasal kau. takde - takde. kau dulu. ”

“aku nak tau pasal Rayyan tu dulu. ”

“NO WAY!!! ”

“aku nak tolong kau ke kau nak tolong aku? ” Rayyan meraut rambutnya kebelakang.  acah macho pulak.

Mia menarik nafas sedalam - dalamnya. ya Allah berikanlah aku kekuatan.

“ haih okay camni. aku pendekkan. aku kenal dia sejak sekolah menengah. tercrush kat dia. macam - macam aku buat supaya dia notice aku. tapi dia tak layan. sampai aku fedup. and then lps 5tahun aku terserempak dengan dia. kat birthday party member aku. lepastu kami mula rapat. dia kata dia dah lama sukakan aku. nak dijadikan cerita time tu cinta yang lama berputik kembali. hingga berharap dapat bersanding bersama nanti.  yang peliknya, kematian dia kes langgar lari. tapi kenapa takde sape yang rasa nak cari dalang dari semua ni? kau rasa? ” dengan bersungguh - sungguh Mia jelaskan. berharap agar mendapat respon yang positif.

“entah. ” taktahu apa yang perlu dibalas.

“kau tak ingat masa lalu kau? ” Mia menanya lagi.

“malas nak kesah. ”

“kau tak rasa ke kau ni Rayyan yang aku cerita ni? ”

“tak. dahla aku dah lambat. ” Rayyan segera bangun dari tempat duduknya dan terus blah. seakan cuba melarikan diri.

Mia sempat mengambil gambar Rayyan ketika dia sedang menggalas bag .

“aku tetap rasa kau Rayyan. mustahil bukan. tak pernah jantung aku berdegup laju kecuali bila dengan Rayyan.  dan aku dapat rasakannya sekarang.  bila dengan kau. aku nak tau siapa kau sebenarnya. ”

---------------------------------------------------------

— panggilan disambungkan —

“hello? Lyn? ” aku memulakan perbualan.

“ha hello! amboi sejak duk kat UK ni dah lupa member kat Malaysia. ” haih membebel pulak satu - satunya member yang boleh diharap ni .

“eishh mana ade. aku ingatla. ni baru sempat call. ” bantai jela mana - mana sebab. asalkan aku lepas.

“ha asal call? kau kalau tak call aku tkde sebab mmg tak sah. ” dah berkawan selama 5tahun. memang dah masak dah dengan perangai Mia ni.

“hehe..emmm...kau boleh tolong aku? ” suara Mia kedengaran agak mengada.

“ha tolong ape? ”

“cekkan kejap semua biodata lelaki yang aku hantar kat kau tu. ”

“maksud kau, laki yang muka dia sebijik macam Rayyan tu? ”

“haah. tolong eh? thanks!! kau la member terbaik aku!! apa - apa roger eh!  chau! ”

— panggilan ditamatkan. —

“asal tu? macam serius je? ” tegur Amirul yang dari tadi hanya curi - curi dengar perbualan antara mereka.

“ohh ni..Mia ada mintak tolong sikit. emm by the way kan,  kau taktau pape ke pasal kes arwah?  ”

“takde pulak. asal? kau nak tau ape? ”

“i mean, kau pasti ke dia anak tunggal? takde kembar ke? ”

“why? ”

“takdela. kau tengok gambar ni. Mia terserempak dengan dia kat UK. sebijik kan? ” Lyn menunjukkan gambar Rayyan

“weh sama siak! sape ni do? ” terkebil - kebil mata Amirul. sumpah tak percaya.

“entah. tapi nama dia Rayyan jugak. tu la aku syak something. ”

“taktahu jugak. so camne? ”

“Mia kata maybe dia ada kena mengena dengan Rayyan sebab perwatakan dia semua memang sebijik. soo kau boleh tolong aku tak? ”

“insyaAllah...”

---------------------------------------------------

keesokkan harinya

“hello Mia? ” kali ini Lyn yang call Mia dulu seperti yang diminta jika ada apa - apa update mengenai Rayyan 2.0 ni.

“ha ye. ada apa? ”

“aku dah stalk sikit pasal mamat tu. ”

“wow. okay so ada jumpa pape tak? ”

“ada. tapi macam tak kena. ” Lyn mula mencurigai sesuatu .

“maksud kau? ”

“kau tengokla gambar yang aku send.”

“wait...WT— ?!”

KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now