ya, Allah itu Maha membolak-balikkan hati.
namun, andai manusia itu sendiri gagal mengawal nafsu yang menguasai diri, dia juga bakal terjerumus dalam lembah yang penuh kedosaan.
terpaksa menanggung peritnya gelita andai tiada lagi pelita cahaya.
hati remuk dicacah panah berbisa asbab berbebankan setitis dosa.
DIARY | — 081119 —
-------------------------------------------------------
— 111119 — UNIKL MSI
8.15 pagi
setelah direhatkan selama 2bulan, semua student UNIKL MSI Bangi kembali menjalani rutin mereka di Universiti.
seperti yang dijadualkan. hari ini, diadakan aktiviti berkumpulan. semua kumpulan diberikan tugasan yang berbeza - beza.
bagi kumpulan Mia yang diketuai oleh Fakhrul, mereka ditugaskan untuk membina sebuah model menara.
“buatla betul - betul! ” kata Rafif. aka jejaka paling hensem kat U ni.
“kau tak nampak ke batang dia dah patah? macam mana nak masukkan?!” Marah Mia.
“kau tu yang tak reti. tepi! ” Rafif menolak Mia.
Mia terduduk.
“acah ketua. meluat aku. ” Mia menyusun langkah ke group lain. tak kuat jadi tunggul agaknya.
***
“Mia. aku mintak maaf pasal minggu lepas.” Rayyan dibelenggu rasa serba salah kerana membiarkan kehadiran Kirin merosakkan majlis perkenalan antara mereka.
“aku okay je. tak sangka dia masih dengan kau sampai sekarang. ” senyuman Mia nampak sangat fakenya tu.
ya, Mia memang dah lama kenal Kirin. sewaktu di sekolah menengah, Kirin dan Rayyan ialah pasangan yang jenis mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak berselera. senang kata, pasangan yang bahagia. dengar kata, hubungan mereka direstui walaupun masih bergelar pelajar sekolah.
“Mia, dengar dulu. aku dah break dengan dia. sepanjang aku couple dengan dia, aku tak pernah sukakan dia. mummy aku. dia sukakan Kirin. aku taktahu apa yang Kirin bagi mummy aku makan sampai dia macam dah di-brainwash. ”
“untunglah. bakal mak mertua sayang. ” kata - kata yang jelas menampakkan bahawa Mia sedang cemburu.
“kenapa? kau jeles ke? ” usik Rayyan.
“excuse sikit. pehal aku nak jeles pulak. bukan aku syok kat kau pun.” Mia buat muka meluat.
“ye ke tak syok?” Rayyan cuba menguji Mia.
“haah!” balas Mia laju.
“itulah tu. untung Kirin tu. ” sengaja Rayyan berkata begitu. dia ingin melihat bagaimana reaksi Mia.
“ishhh ” Mia mendengus dan menghentakkan kakinya berkali - kali.
“hahaha perangai macam budak - budak. ” Rayyan menggelengkan kepala melihat telatah Mia.
“aku takde pape dengan dia. takyah risau eh? ” kata - kata Rayyan berjaya menenangkan hati Mia yang gundah sejak pertemuan mereka dengan Kirin.
“boleh percaya ke mamat ni. tah - tah dia sembunyikan sesuatu dari aku. tapi takkan. gaya dia memang macam tak ada perasaan kat perempuan tu. ” Mia bersoal jawab dalam hati.
***
“aku nak kau pancitkan tayar skuter dia . kau boleh buat tak?” arah Kirin
“shiap bos!”
“bagus. ” Kirin tersenyum licik.
***
setelah tamat kuliahnya, Damia menuju ke tempat dia meletakkan skuternya .
“pehal tayar macam tak ada angin? rasanya semalam aku dah isi penuh. ”
* tayar skuternya dipicit *
“ADA ORANG KHIANAT DENGAN AKU NI! ”
Mia memandang sekeliling. dia terlihat Rafif yang berada paling dekat dengan tempat skuternya diparking.
“WOI !! kau kan yang pancitkan tayar aku?! ” jerit Mia seakan hilang kewarasan.
“eh kau ni gila ke? aku baru sampai kot! agak - agak ah nak tuduh pun! ” Rayyan tahu jeritan Mia tadi ditujukan kepadanya. dia tidak suka membiarkan dirinya menjadi mangsa keadaan.
“AHHH! SEBAB KAU ADA KAT SINI AH KAU DISYAKKI CUBA MELAKUKAN KHIANAT! ” Mia mula naik darah.
“ha dah sah gila minah ni. ” kata Rafif perlahan.
“CEPAT AH TANGGUNGJAWAB! KALAU TAK AKU JERIT! ” silap besarla kalau main - main dengan Mia ni.
“HA YELAH YELAH. AKU TAK BUAT PUN AKU YANG KENA ! ” Rafif menghampiri skuter Mia.
skuter pink milik Mia dituntun oleh Rafif hingga ke kedai .
“bila boleh siap?” tanya Damia.
“kalau macamni, ambil masa 2hari juga ”
“alah uncle. kasi cepat sikit takleh ke? uncle tak kesiankan saya ke? ” Mia menagih simpati.
“bukan tidak kesian. uncle ikut office hour. ni maa teruk nii.”
“teruk apanya uncle. pancit je kot. pehal nak kena sampai 2 hari? tinggal tukar tayar je pun. saya pun boleh buat sendiri! ” protes Mia.
“okay. buatla sendiri.”
“eh em. yelah - yelah! 2hari je eh! nanti saya datang ambik! mekasih uncle! ”
Rafif menunjukkan tanda 👍 kepada uncle itu.
uncle tersebut hanya tersenyum.
“APA SENYUM - SENYUM? SEBAB KAU AH AKU TAKBOLEH NAIK SKUTER AKU DAH! ” tengking Mia.
“2 hari je kot. tumpang je la aku. ” balas Rafif selamba.
“kau ingat aku ni apa nak menumpang numpang kereta orang? tapi..offer ke ni? ” jarang - jarang dapat naik kereta honda. sekali dapat offer, engko jaga - jaga.
Rafif meangkat bahunya.
“k cantekk. ”
***
YOU ARE READING
KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]
Roman d'amour" engkau yang paling mahir menciptakan degupan yang belum pernah dialami jika berhadapan dengan yang lain. heart itu jantung. hati itu liver. ya, begitu lebih tepat. tampak sama tapi berbeza. saat ini aku sedang belajar mematikan kehendak dan mem...