Bab 3

3.2K 137 12
                                    

Hari pertama untuk rehearsal. Aku bertolak ke sana sekali dengan Leeann. Rehearsal bermula pada jam 8:15 dan akan berakhir biasanya dalam jam 11 macam tu. Tengoklah komitmen dan performance yang diberi macam mana.

Malam itu, aku tiba di sana tepat pukul lapan dan to my surprise, Haikal is already there. Wow! Jaranglah dia datang awal tiba-tiba ni.

"Awalnya dia datang hari ni." Leeann juga turut berpendapat yang sama.

"I know, right. Hari tu main futsal pun lambat."

"Wait, you main futsal dengan dia?"

"Yeah. There was that one time sebab seorang tu tak datang. My friend tu suruh dia yang replace."

"Good first impression, isn't it?"

"Maybe."

Aku pergi ke depan stage dan ketika itulah, aku didatangi olehnya. Rama-rama mengibas rianh sayapnya di dalam perut aku ketika itu.

"Putera, I got a question."

"Yes..." Jangan nampak nervous please, Putera.

"For my character, memang awal-awal am I really in love with the White Swan sebab aku macam confuse sikit with the line delivered by the character. I don't know sebab the line so subtle it's hard for me to determine..." Selebihnya memang langsung aku tak dapat fokus. Suaranya husky lembut dan sangat sedap pada pendengaran manusia. "Putera, are you listening?"

"Yes, I am. Well, so far, as far as you comprehend, what do you understand about the character?"

Dia pun menerangkan dengan detail apa yang dia faham tentang karakternya itu. Ya, disiplin dia sebagai pelakon mungkin tak ada tapi kegigihan dia research watak dia aku tak nafikan tertinggi.

"So far, as kita pun baru day one, I think you just show me what you have so far. It would be better, I think."

"Really? But if..." Oh my God, he's so detailed. Semua benda dia tanya. Nampaklah dia memang rajin.

Aku pun jawab sajalah walaupun ada benda yang aku sendiri tak berapa nak certain. Tapi tengokkan dia punya determination tu, aku adore.

"Thanks. I'll get back to you if anything comes to my mind."

"Sure, Haikal."

Dia tersenyum nipis sebelum berlalu pergi. Senyumannya itu sangat nipis tapi cukup untuk membuatkan aku slightly delighted. What's wrong with me?

"Sayang, asal dia jumpa you?"

"Jealous ke?"

"Banyaklah jealous. Takdelah. Tiba-tiba je I tengok dia pergi kat you."

"Oh, he was just asking about his script. Ada benda yang dia tak faham."

Leeann tercengang. "Seriuslah baru first day kut."

"I know right. But that's goodlah that means dia hardworking. Unlike some actors yang depends kena spoonfeed by the director je."

Leeann hanya membuat muncung sebelum kembali kepada rakan-rakan penarinya. Aku sambung memandang ke arah Haikal. Dia membuka baju t-shirt long sleevenya meninggalkan dia hanya memakai tank top sahaja berwarna kelabu.

Aku tak gay tapi asal aku blushing tak tentu pasal ni. His biceps tu oh. My. God!

Rehearsal dijalankan dan aku tak nafikan, Haikal is a good actor. Eventhough ini baru latihan pertama, nampak yang dia berikan seluruh energynya kepada lakonannya. Talented ass bitch!

"Haikal, let's do scene 2 terus, are you okay?"

Dia on sahaja! Memang energy nampak ada dalam lakonannya. Jaranglah Niko cast orang yang betul-betul berpengalaman dan berbakat.

Tapi sejujurnya, pandangan aku pada dia ketika rehearsal itu sangat lain. Aku memandangnya dengan rasa yang sangat lain dalam dadaku. Entahlah, rasa berombak semacam.

Nama dia pun sedap. Raja Haikal Firmansyah. It is common but nama tu sesuai dengan personalities dia.

Apa hal dengan kau ni, Putera?!

Ketika round table, dia duduk bertentangan dengan aku di dalam bulatan. Dan bagusnya, dia tak check handphone pun. Unlike pelakon lain. Then asal dia tak behave sangat masa script reading hari tu? Ni nak marah ni.

"Haikal, ada apa-apa nak cakap ke?"

Dia mengangkat mukanya dari memandang telefon dan memandang tepat ke dalam mataku. Senyuman nipis trademarknya terlarik sebelum dia mula bersuara.

"For a first rehearsal, honestly I don't expect anything best. Biasalah kan first time, kita pun still tak familiarize with the script pun lagi kan..." And the rest is out of my focus. How can someone be so perfect and mysterious in the same time? This is absurd. He is like a special creature.

Sebelum aku masuk ke dalam kereta, dia datang ke kereta aku dan menyapaku sopan. Pelik sangat ni.

"Putera, I've made few changes on the script. I hope you don't mind it."

"Sure, what is it?"

"I'll text you tomorrow, boleh? It's too late to discuss now."

"Sure. Boleh je, Haikal."

"See ya!"

Leeann, sekali lagi datang ke arahku sebaik sahaja Putera beredar. Takkanlah itu pun nak cemburu girlfriend aku yang seorang ni?! Haikal tu lelaki kut.

"What's with him getting attached to you malam ni? Sesuatu sangat!"

"Yang you jealous sangat kenapa? Takut pape ke?"

"Not takut like that, okay. Okay, look, some people say that dia tu tak straight okay and Putera, you are good-looking so what if..."

"What if what? He's hitting on me? You know I'll never leave you right, Liyana?" Ketika aku sudah memanggilnya Liyana, dia tahu aku memaksudkannya serius.

"Just be careful, okay. Tanyalah Ari about him, even I pun rasa Ari tu pun freak jugak."

"Jangan suka-suka hati panggil member I freak boleh tak? I tak suka."

"Yelah, backuplah member you tu. Nanti kena possess macam Niko baru tau."

"Awak nak balik jalan kaki ke ni, Cik Liyana? Dah, masuk!"

Selepas menghantar Leeann ke blok Simbiosis, aku terus menuju je KLIA untuk mengambil Mama. Mamaku, Puan Zahira, merupakan isteri kedua Papa, Dato' Seri Abdul Aziz Abdul Jalil, seorang ahli perniagaan. Mama berkerja sebagai seorang pramugari dan masih komited dengan kerjanya. Papa pula, selepas isteri pertamanya Mama Suhaila jatuh sakit, dia banyak menghabiskan masa dengan isteri pertamanya itu. Tinggallah aku sahaja bersama Mama.

Nampak wajah penat Mama menarik begnya di ruang ketibaan, aku rasa syahdu seketika. Berdasarkan apa yang aku ingati daripada apa yang Ari ceritakan, ibu Haikal, pelakon Natasha Elisa meninggal dunia dalam kebakaran. Ketika itu, Haikal baru berusia lima tahun dan ibunya berusia 37 tahun. Memang kalau nak diikutkan masih muda untuk pergi. Haikal terlalu kecil untuk memahami apa-apa.

Tapi kenapa ya, sejak dua menjak ni, semua benda aku akan kaitkan dengan Haikal. Haikal tu, Haikal ni, Haikal tu, Haikal ni. Am I in love? But how? And why?

Hisy, aku straight kut...
—————

Dah bab 3 ni, dah boleh comment kut hehe. Anyway, what's with Leeann yal? Cemburu tak pasal...

HaikalWhere stories live. Discover now