"Mempersembahkan, dari Auditorium Tan Sri P. Ramlee, Institut Seni Malaysia, sebuah teater muzikal, Swan Lake, hasil karya Pyotr Ilich Tchaikovsky dan diolah oleh Allahyarham Niko Iskandar, diarahkan oleh Putera Megawani, Koordinator Divisyen Lakonan..."
Pada hari pementasan itu, aku sejujurnya mempunyai berjuta perasaan. Nervouslah paling utama sekali. Gila kau tak nervous! Ini dahlah projek pertama aku sebagai Koordinator Divisyen. Haruslah untuk aku berasa nervous gila babi. Tapi dengan kuatnya team aku kali ni, adalah terubat sedikit kegundahan hati ini.
Papa aku, Tan Sri Abdul Aziz Mansuri sanggup mencemar duli untuk datang menonton teater tersebut pada malam pertama sekali dengan Mama. Walaupun Papa tak pernah meminati apa-apa yang berunsurkan seni, tapi setiapkali aku berlakon atau mengarah, pasti dia akan datang juga. Aku puji di situ sifat supportive Papa. Aku aspire untuk jadi sesupportive itu pada anak-anak aku. Jadi di seat VVIP pada malam itu, ada aku, Mama, Papa dan juga Pengarah INSEMAS. Oh ya, CC pun obviously datang.
Habis sahaja mereka membuat persembahan, aku menghela nafas lega. Lega habis satu bala. Ketika aku naik ke atas pentas semasa curtain call, fuh terasa macam hendak menangis keharuan.
"That was a good show. Good job, Putera!" Papa memberikan appraisal sebelum dia dan Mama meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Kat rumah nanti pun boleh borak panjang lagi.
"Mate, tell you what, even though I hate the main actress, but the play as a whole is beyond greatness. I posted it on Instagram and well, do expect a big crowd tomorrow okay." CC pula memberikan remarknya. Main actress tu siapa lagi kalau bukan Leeann.
Tapi, aku dah come clean dengan Leeann. Dia pun dah ask for apology and aku honestly tak ada choice other than lepaskan dia. It is hard, very hard. To let go someone yang kau dah memang janji nak kahwin, is never be easy.
Malam itu, jujurnya fokus aku hanya pada Haikal. Dia nampak sangat lincah di atas pentas sebagai Putera Siegfried. Malah, lakonannya juga nampak sangat natural dan memang wajar mendapat pujian yang melimpah ruah daripada penonton.
Sebelum Papa pulang, sempat dia menuju ke Haikal yang sedang rancak melayan peminatnya. Untunglah handsome, ramai je yang minat.
"Haikal Herman, anak Dato' Hermansyah ya?" Papa menegurnya.
"Well, biasanya orang kenal saya as anak Natasha Elisa so this is new." That sounds like a shade, or it is?
"Oh, memang Uncle dah nampak dari tadi dah. You really can act, huh?"
"Well, an apple never falls far from tree." Narcissist and bold. Two words to describe Haikal Herman.
"Good for you, though."
Malam itu, selepas pulang ke rumah dan berbual sedikit dengan Mama dan Papa (on a very rare occasion ya Papa actually pulang ke rumah), aku pun mandi dan berbaring di atas katil. Review yang CC buat mengenai teater aku tadi juga sudah mendapat hampir 50 ribu likes already. Gila punya influenced member seorang ni. Cepat je dapat clout.
Aku masih tak dapat melupakan persembahan penuh mengujakan daripada Haikal tadi. He stole all the spotlights the moment dia masuk je stage. And I'm not saying this because aku crush kat dia, it's a genuine opinion from me. Haikal is beyond talented. Handsome and talented, Malay mainstream actors can never relate to that.
YOU ARE READING
Haikal
Teen FictionKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...