"Abang, Kal nak cakap sikit..." Dia membuka bicara semasa menghidangkan lauk yang Mama masak dan kami panaskan untuk makan malam.
"Ya? What is it?"
"Esok sampai Ahad ni Kal takde. Balik Kelantan. Ada sepupu kahwin."
"Oh okey. Balik sorang?"
"Taklah. Balik dengan Papa semualah. Flight kul 11 pagi esok. Kal ghoyak doh hok Papa Kal tubik sana sendiri."
"Sayang, cakap KL please."
"Oh haha sorry. Terlepas. So, Abang hantar KLIA esok boleh eh?"
"Boleh je."
"Also, kalau Abang nak duduk rumah Kal tu, duduk jelah. Tak elok jugak biar rumah tu pergi biar lama sangat."
"Okey, Sayang."
"Nak ajak kawan Abang ke, Ari ke, ajak jelah. Kal tak kisah. Tapi kalau sepah, kemas balik eh?"
Keesokkan harinya, aku pun dropkan dia di KLIA. Sebelum itu, sempat kami pulang ke rumah dia dulu untuk mengambil beg barangnya semua. Habis sarapan siap, baru siap pergi airport.
"Oghe ghoyak doh oghe tunggu situ jah. Pasa nyo? Kal tubik samo saeng lo ni. Ho lah. Doksoh buak gocoh boleh dop? Oghe ghimah ni. On the way doh ni. Tunggu situ ja deh? Bye!" Kalau dulu Haikal confuse aku cakap Sarawak, sekarang aku confuse dia cakap Kelantan. Patutlah rapat dengan Niko dulu, tu pun sama jugak Kelantan.
Semasa dia hendak turun, dia memegang tanganku erat. Eratnya itu sampaikan bagai tak nak dilepaskan langsung.
"Honestly, Kal tak nak pun balik sana ni."
"Abang tahu. Your eyes said that."
"If Abang nak, Kal boleh je call Papa and cancelkan the flight. I don't mind if you wanted me to do so."
"No! Family always come first. Balik jelah sana. Kejap je kan pun Kal balik sana."
Dia pandang muka aku dengan riak yang nampaknya sangat tak rela meninggalkan aku sendiri.
"Haikal..."
"Abang jaga diri tau kat sini. I will miss you surely."
"Sayang, tiga hari je pun kenapa dramatic sangat ni?"
"Hey! Tiga hari tu lama tau. Anything could happened in those period."
"Takpe..." Aku menolak rambutnya ke belakang. "Sayang take care jugak eh? I love you."
Dia mencium pipi aku dan mengambil bagasinya di but belakang. Ketika dia melambai kepadaku, aku tak dapat nafikan yang aku juga turut merasa sedih. Tak apalah, tiga hari je pun. Lagipun aku ada rehearsal untuk menceriakan hari-hari aku.
Malam itu, rehearsal berjalan seperti biasa. Cuaca agak mendung semasa aku on the way ke studio jadi aku menyuruh mereka semua cepat sikit supaya tak ada yang terkandas dalam hujan.
Seperti biasa, aku yang pertama sampai di situ. Kedua adalah Haikal Iskandar. Selepas itu barulah yang lain-lain tiba.
Sesi rehearsal dijalankan seperti biasa. Tanpa Haikal menemani seperti biasa, ianya sangat sunyi. Kalau tak, ada saja dia bersandar pada aku atau dia, you know, just being there and be cute. Because Haikal is a cute bean.
Mungkin menyedari perubahan energy aku hari ini, Haikal Iskandar banyak mendekatkan diri dengan aku.
"Assistant tak datang ke hari ni?" Oh ya, dia masih tak tahu.
"Oh, dia balik Kelantan."
"I see. You're really close with him, don't you?"
"Kinda. We worked together and tak sangka boleh vibe rupanya."
YOU ARE READING
Haikal
Teen FictionKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...