Bab 16

2.1K 90 23
                                    

"Nama saya Putera Inderashah Darul Megawani dan semua boleh panggil saya Putera je. Saya Koordinator Divisyen Lakonan dan juga pengarah untuk teater Cermin ini."

"Nama aku Syed Nazruddin Syed Salman. Panggil Ari. Playwright untuk story ni."

"Christina Clara but just call me CC. Pretty sure korang semua already know me kan? Well, I am the PA for Putera, this boy here..." Ya, CC ada sekali. Aku tak tahu siapa yang lantik dia jadi PA aku dan main reason dia kat sini sebab dia nak jumpa Harraz. Fangirl teruk dia masa tu.

Seterusnya tibalah giliran para pelakon pula untuk memperkenalkan diri masing-masing. Pelakon utama iaitu Haikal dan Harraz sudah tentulah yang introduce diri masing-masing.

"Nama aku Harraz Fizarie Santa Esmeralda bin Ahmad Sulaiman Solomon Santa Esmeralda. Ya, nama aku sangat panjang tapi for short panggil aku Harraz or Raz je. Maybe ada yang dah kenal aku sebab aku lead vocalist Daydream Kids..." Ya, ramai kenal dia wey. In fact, kat luar studio ni dah ramai peminat dia tunggu. "... Aku tak reti berlakon to be honest so I really accept any of advice from yalls."

"Nama aku Haikal. Haikal Herman. Main cast cerita ni. Umur 21. Tak ada band apa-apa." Haikal macam biasa, muka divanya memang tak lekang daripada riaknya. Dah memang muka original dia macam tu. Dan aku dah perasan yang ada beberapa orang dah mula usha-usha buah hati aku tu.

"Haikal, single tak?" Maureen, budak tahun dua Lakonan yang juga pelakon pembantu nampaknya memulakan gamenya. Tapi aku tahu Haikal takkan termakan. "Nak bismillah assalamualaikum ni."

"Unfortunately I'm not, sorry. Waalaikumussalam tho." Dia menjeling sekilas kepadaku.

Nampaklah setianya di situ.

Seterusnya sesi script reading dimulakan dan semua orang melontarkan dialog masing-masing. I would say everyone is good even Harraz. Siap kau nanti Harraz kononnya kau kaku bagai.

"For the first session, honestly it's a great presentation. So, if possible, other than main actors, next week dah hafal skrip eh. Haikal dengan Harraz, two weeks kut. Haikal maybe boleh tolong Harraz sikit sebab cik abang kita ni kata dia kayu sikit so yeah..."

"Sure."

Selepas sesi rehearsal tamat, apparently ada unofficial meet n greet with Harraz Fizarie kat luar studio membuatkan kami semua yang lain stranded kat dalam studio. Makanya aku gunakan kesempatan itu untuk berbincang dengan Den, budak second year Divisyen Pengarahan (roommate Umar dalam Racun Sekuntum Lily).

"Babe, your cousin is a hot shit!" CC datang menyibuk.

"Of course. Dah biasa dah." Daripada dia belum jadi artis lagi.

"Anyway, tak salah kan kalau dia ajak aku keluar kejap lagi?"

"Babilah! Tadi kau kata nak follow aku pergi mamak."

"Alaa... please, Put. It's like a chance once in a lifetime kut. Pleaseeee..."

"Yelah. Kerana jantan kau buang aku eh, CC?!"

"Pembetulan. Jantan who is also your cousin so basically..."

"Yelah tu, CC..."

Aku sambung semula berbincang dengan Den. Sebagai Pengarah Pembantu, dia sebenarnya nampak sangat passionate dengan apa yang dia lakukan. I mean, too passionate.

Aku pandang Haikal di suatu sudut. Earphone dimasukkan ke dalam telinganya. Aku tahu sebenarnya dia tak dengar apa-apa pun. Itu cara dia menunjukkan yang dia tak sedia untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun. Walaupun ada beberapa orang krew dan pelakon yang ingin beramah mesra tapi Haikal tak suka. Aku pun tak tahu kenapa.

Seusai habis kesemuanya, aku mengajaknya pulang. Tadi masa datang pun aku yang jemput dia bersama dengan CC (ya dia dah tahu and I shit you not that woman went berserk out of it). Dia pun nampaknya sudah letih.

"Kata nak pergi mamak dengan CC?" Haikal bertanya sebaik dia masuk ke dalam kereta.

"CC nak keluar dengan Harraz. So kita berdua jelah."

"Oh, if that way, Kal tak naklah pergi mamak."

"Then Kal nak pergi mana? Tak lapar ke?"

Dia terus memeluk lenganku dan memandangku tepat ke dalam mata. "Mana-mana pun takpe. Asalkan dengan abang."

"Okey, sayang."

Sebelah tanganku memandu manakala sebelah lagi dipegang rapat oleh Haikal. I tell you what, he always knows whenever I need a touch. Macam sekarang. Tipulah kalau tak stres nak direct a play kan?

"Abang, jangan risaulah sangat pasal Cermin ni. Haikal akan cuba my best."

"Abang tak risau pasal Haikal. Abang risau pasal Harraz tu."

"Kal akan tolong dia. Jangan risau, okey..." AAAAAAA DIA PEGANG DAGU AKU!!!

Aku cubit lembut pipinya dan dia merengek kecil sebelum dicium pipiku pula.

"Haikal comel tak?"

"Of course Sayang comel. Kan dah tahu benda tu?"

"Saja je nak constant validation. I mean, you are mine so tak salah kan?" AAAAA COMELLLLL RASA NAK MAKAN!

Tempat paling common kami pergi iaitu McD Drive-Thru menjadi destinasi pilihan kami pada malam itu. Dia memesan Bubur Ayam manakala aku memesan set Nasi Lemak McD berserta ayam goreng 3x pedas. Puas weyyy...

Kami memutuskan untuk makan di tempat letak kereta di apartment Haikal sahaja. Lepak taman tasik kang mahu ada yang kena ketuk dengan JAIS kejap lagi. Dengan Leeann dulu banyak kali kut kena.

"Sayang..." Aku memanggilnya.

"Ya, saya."

"Perasan je orang panggil dia."

"Well, last time I checked I'm your only 'sayang' and it better only be me because I don't like sharing."

"Takdelah, Sayang. Abang gurau je. Abang nak tanya, kenapa Sayang tak suka interact dengan cast and crew lain? Tak ke dorang rasa yang Kal sombong?"

Dia menghirup Milo Aisnya sebelum memberi jawapannya. "For me, people are entitled to what they want to think or say but it's also our rights to prove them. Suka hatilah what we want to do. Bagi Kal, I'm there to work and that's only. Professional. I have outside life."

Aku diam sahaja.

"Also, entahlah. Kal tak suka people in general. And you are my favourite person so imagine that, Putera."

"Thank you, Sayang."

"My pleasure. Anyway Kal dah inform kan yang malam esok Kal takde? Papa ajak dinner."

"Dah. You told me."

Kemudian dia menarik kedua-dua tanganku dan memegangnya erat. Matanya yang sebelah lain warnanya itu memandangku bersinar. Macam nak minta sesuatu.

"Okay, what now?"

"Abang free tak weekend ni?"

"Supposedly. Why, Sayang?"

"Jom holiday! Please..."

Hmm good idea. Aku terus mengeluarkan handphoneku untuk melihat jadualku di situ.

"I should be free, fortunately."

"Yeaaaaayyyyy!!! Okay, pick a place."

Aku berfikir sejenak sebelum nama tempat itu melintas di kepalaku. "Kuching nak?"

Wajahnya sedikit kaget. "Okay, I was expecting Melaka or Penang or maybe Port Dickson, you know somewhere flightless. Why there tho?"

"It's my hometown. I'm good with Kuching."

"Then fine that way. Kuching it is!"
---------

So, with that, expect sweetness and cuteness on next chapter. Or maybe korang boleh pilih antara tiga tempat bawah ni nak dorang pergi mana...

1) Kuching
2) Penang
3) Hatyai

HaikalWhere stories live. Discover now