"Kalau kita pergi IKEA boleh tak? Kal nak cari barang untuk bilik Kal." Itu ideanya untuk first date kami sebagai couple. Knowing me, of course aku on sahaja.
Aku ambilnya di rumah dan oh my God, he's so handsome in a plain black shirt and blue jeans. I want to kiss him so badly.
"Sorry lambat. Kal tak jumpa another pair stoking Kal tadi. Abang lama ke tunggu?"
"Bila je Kal on time?" Aku bertanya dalam nada bergurau.
"Eeeiii, jahatlah! Sorrylah!"
Aku tersenyum kecil sambil memandang wajahnya. Handbrake ditarik dan aku memulakan pemanduan.
"Kita pergi naik MRT nak? Takut jammedlah."
"Kita nak pergi Damansara ke Cheras punya?"
"Damansaralah. Ingat lepas tu nak makan Pak John, hehe..." His 'hehe' is what I live for. "Okey je kan?"
"Okey je."
Dia memasang tali pinggang sebelum menyandarkan kepalanya ke bahuku tanpa sebarang notis. Dia tak buat apa-apa pun. Just sandar dan kemudiannya main phone. Main phone pun rasanya dia bukak pdf skrip saja rasanya dalam tu.
"Baca skrip ke tu?" Aku bertanya.
"Ha'ah. Weekend ni staging."
"Sekejapnya. Short sketch ke?"
"Not really. One hour play tapi pelakon dua orang je. Experimental play."
"I see. Reserve satu tiket untuk abang, boleh?"
"Dah reserve siap dah. Ingat nak surprisekan abang." Comelnya dia ni nak surprisekan aku bagai. Aaaaaaaaaa!!!! "Datang tau nanti."
"Okey..."
Tiba di stesen MRT paling berhampiran, kami terus menaiki MRT menuju ke Sungai Buloh dan kami akan turun di Stesen MRT Mutiara Damansara. Memandangkan masih jauh lagi, kami hanya duduk memandang pemandangan yang sangat cantik.
"Abang, sekarang kan tengah tak ramai orang kan dalam train ni?" Haikal mencuit tanganku.
"Yes?"
"Nak buat benda gila tak?"
"Apa benda?"
"Jom lumba lari dari hujung sini sampai depan nak?"
Gilalah budak ni! Dia kemudiannya beriya menarik tangan aku memujukku untuk melakukannya.
"Jomlah..."
Aku memandang keseluruhan tren tersebut. Memang betul pun tak ramai pun orang dan mostlynya buat hal sendiri je. Jadi, onyomat, geset, go! Berlarilah kami dari hujung ke hujung sambil diperhatikan oleh orang sekeliling. Ada yang ketawa dan tak kurang juga ada yang nampak macam judge apa yang kami sedang lakukan. What to say? We are a newly-dating 21 and 23 years old boys.
Setibanya di MRT itu, kami berjalan menuju ke IKEA terus untuk mencari barangan rumah Haikal. Satu ke satu pameran, ada saja yang dipandang dan menarik pada pandangannya.
"Haikal memang suka duduk seorang eh?" Aku tergerak hati untuk bertanya.
"Ha'ah. The lesser, the merrier."
"Oh, I see."
"But not just that. Mostly sebenarnya sebab Kal tak suka mak tiri Kal."
"Kenapa? If I may ask."
"Well, abang tahu kan what happened to mak Kal, kan?"
Aku mengangguk. Gila kau siapa yang tak tahu?! Selepas kemalangan jalan raya Zaiton Sameon tahun 1990, kebakaran rumah yang mengorbankan Natasha Elisa tahun 2004 turut menjadi titik hitam industri hiburan Malaysia. Siap ada yang tuduh ayah si Haikal yang bakar rumah tu sebab nak kahwin dengan skandalnya iaitu model Indonesia, Farrah Lily Johnson.
"Well, Farrah tu tak layak pun untuk Kal panggil dia as Mama. Dahlah dengan anak dia yang kecik-kecik semuanya, Kal jadi semak. Hence, Kal mintak kat Papa Kal untuk bayarkan downpayment studio apartment Kal duduk sekarang tu and I reside there. My space, my law."
"Wow!"
"And well, he accepted it wholeheartedly. He never wanted me anyway. Not after dia bolot all the duit Natasha Elisa that she inherited it to me." Haikal menuturkannya seraya menulis nombor siri almari yang dia berminat ke dalam iPadnya. "I only got RM50k on my 18th birthday and he took all the millions. Malas nak gaduh lebih-lebih. He violated Mama punya wasiat and basically, makan duit anak sendiri. Menjawablah kat sana nanti!"
"That's messed up."
"It is. But win-winlah as I never love him anyway. Tak tahulah apa arwah Mama pandang dia dulu."
Aku terdiam. Aku baru nampak apa persamaan antara aku dengan Haikal yang pertama. Kedua-dua kami basically ada daddy issues.
"Abang pulak? Abang dengan ayah abang okey?" Dia berpaling memandangku.
"Macam tu jelah, Kal. Well, mak abang second wife. But don't get it wrong. Mama abang tahu dia akan jadi second wife only a month before she's getting married."
"I see..."
"Tapi sekarang mak tiri abang sakit so most of the time Papa abang kat rumah first wife dia je. Mama abang pun stewardess so most of the time abang seorang jelah kat rumah."
Dia hanya mengangguk. "Fuck up jugak life kita kan?"
"Betul tu. Life is always hard."
Selesai memilih, dia pergi membayar sebelum berurusan dengan khidmat pelanggan untuk membuat delivery barangan yang dibayarnya tadi ke rumah. Selepas itu, aku mula merasakan yang perut aku lapar.
"Haikal, jom makan?"
"Here? No. Tadi kata nak steamboat Pak John tu."
"Ala, belum dinner lagi so premium menu tak ada."
"Hmm, then? Abang nak Kal decide ke?"
"Well, if you have the best place to choose."
Peliknya, kami kembali ke stesen MRT dan kembali ke keretaku semula. Budak ni biar benar, aku dah kebulur teruk dah ni. Pagi tadi pun Mma tak tinggalkan breakfast macam selalu.
"Now, drive pergi mana-mana McD drive-thru."
Aku pun bagaikan dipukau, ikutkan sahaja rencananya itu. Setiba sahaja di McD, aku memesan Double Cheeseburger set besar dan dia pula GCB juga set besar. Turut dibeli adalah Strawberry Sundae dan Oreo McFlurry.
"Okey, my kesayangan, now drive pergi any lake garden yang dekat."
"Okey, Haikal, now kita nak picnic ke?"
"Boleh tak ikut je?"
Sekali lagi, aku sekadar menurut. Dia di sebelah hanya bermain dengan handphone. Masih menelek skripnya.
Tiba di lake garden yang berhampiran, aku mematikan enjin dan bersedia hendak keluar dari kereta. Tapi dia masih statik di tempatnya.
"Did I say anything about makan outdoor?" Dia bersuara tanpa menggerakkan badannya langsung. "Come get inside."
Aku masuk semula memandangnya penuh kehairanan. Sebaliknya dia memegang tanganku dan merenungku jauh ke dalam mata.
"Ni kan first date kita, literally. So, apa kata instead of makan in public or in a crowd, kita makan dalam kereta je. It even better and well..." Dia memandang tangan kami yang masih bertaut. "I could hold your hand doing it."
"Haikal, you!re cute."
"You said that a lot, but thank you still. Now, suap Kal makan."
Kami saling menyuap satu sama lain di dalam kereta itu. Jarang biasanya aku bagi orang makan dalam kereta aku tapi untuk Haikal, rasanya tak salah bagi exception. Malah, clingynya dia, tak nak lepas oh tangan aku tu.
"Sayang abang!" Dia mencium tanganku.
"Sayang Haikal jugak..."
———Unnecessary update but who cares. They are cute kut. Kut!?

ANDA SEDANG MEMBACA
Haikal
Fiksi RemajaKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...