Bab 13

2.3K 90 6
                                    

Hari itu, aku mengadakan sebuah audition di Studio Roseyatimah untuk teater tulisan Ari Niddurzan bertajuk Cermin. Ari Niddurzan tu ialah Ari ya in case korang tak baca Racun Sekuntum Lily. Memandangkan dia ialah penulis skrip, maka secara rasminya dia juga adalah pengarah artistik dan juga creative control di tangannya. Tapi dia ni kan member, so basically ke mana aku pergi, dia ada je.

"Kau bukak audition kat semua Divisyen ke Divisyen kau je?" Dia bertanya kepadaku semasa menunggu peserta seterusnya masuk audition.

"Semua aku bukak sebab ada junior Pengarahan aku pun nak join."

"Berlakon?"

"Yelah. Krew aku dah memang ada budak production aku dah."

"I see..."

"Well, next on the list is, Umarehsan Izzani..." Aku sebut saja nama itu, terus Ari bangun dan pergi keluar dari bilik itu. Judging from what happened antara dia dengan Umarehsan tu, aku faham kenapa. Dan apabila Umarehsan itu melangkah masuk sahaja ke dalam studio itu, wajahnya nampak kecewa sedikit. "Hai..." aku menyapa lembut.

"Hai, nama saya Umarehsan Izzani, tahun dua Divisyen Penulisan Skrip."

Sesi ujibakatnya berjalan just fine. He has the talent and charisma as an actor. For record (baca: yang tak baca Racun Sekuntum Lily), dia nilah kawan baik Shahkurnia Setiawan, the infamous killer of Niko Iskandar. After the murder, dia mendapat perhatian yang agak banyak jugalah sebab well, he was there at the crime scene. But, let's not talk about it, shall we?

Ari masuk semula selepas Umarehsan keluar. Dia membawa dua Wonda Coffee yang aku menebak bahawa satu daripadanya adalah aku punya.

"Haikal tak datang ke?" Ari bertanya. Dia tak tahu lagi pasal aku dengan Haikal, jangan risau.

"Aku ada offer kat dia tapi tak tahulah dia datang ke tak?"

"He has an enormous talent doh. Umarehsan tu pun sama. Sorry aku keluar tadi."

"Takpe, dude. Aku faham."

Semasa take five, aku mengambil kesempatan itu untuk menelefon Haikal. Tak sampai lima saat ianya berdering, panggilanku diangkat.

"Hello..." suaranya mengantuk. Seriuslah dah pukul 12 tengahari kut!

"Kal, datang tak ni?"

"Oh, audition eh? Kal balik shooting malam tadi pukul lima. Audition abang dua hari kan?"

"Ha'ah. Esok ada lagi. Tapi bukan Kal cakap kat abang yang esok Kal ada event ke?"

"Kal cancel. I don't like the organiser." His sleepy voice is the reason I live. "Kal pergi esok je eh?"

"Okey. Nak makan apa-apa tak? Abang bawakkan untuk Kal."

"No need kut. Kal ingat nak sambung tidur balik ni."

"Okay, sweet dreams."

"I love you..." Dengan suara mengantuknya itu, that's how I literally die.

Audition berlangsung lagi sampai pukul tiga. Hal ini kerana Mama kata yang petang ini ada saudara nak datang jadi aku pun buatlah audition sampai pukul tiga je.

Selepas audition, aku menghantar Ari pulang ke kolej kediamannya. Di dalam kereta, kami sempat berbual sedikit mengenai teater yang akan kami jalankan bersama itu.

"Dude, kalau kau nak ambik Umar tu aku okey je. Aku just be professional jelah." Dia cuba menjelaskan keadaan.

"Kita tengok dulu esok macam mana. Haikal katanya nak datang esok."

"Then, that's good. By the way, untuk watak Arif tu, find someone who can sing good live tau. I want to make it as genuine and raw as it could be."

"Wey, susah doh. Kau jelah jadi Arif tu."

"Malas aku nak berlakon. It doesn't have to be budak kita kan? Kau boleh je ambik orang luar."

"Siapa doh? Theatrical performance susah kut nak handpick je orang."

"Alah, nanti adalah orang tu."

Selepas menurunkan dia, aku singgah di McD drive-thru berhampiran INSEMAS untuk membeli lunch yang aku tak sempat makan tadi. Blame my schedule, please. Selepas melahap Triple Cheeseburger set besar, barulah aku kembali bertenaga untuk memandu semula.

Tiba di rumah, aku mencarut perlahan ketika aku melihat ada sebuah Vellfire diparkir di halaman rumah. Well aware yang ianya bukannya Vellfire para menteri yang mereka dapat percuma dek kerana kerajaan baru, aku rasa inilah saudara kami yang baru tiba itu. 

Masuk saja ke dalam rumah, aku melihat Mama sedang berbual dengan seorang wanita. Oh, patutlah kenal! Aunty Zuraida, kakak kepada Mama rupanya. Tak salah, dia tua dalam tiga tahun macam tu kut.

"Haa, balik dah pun budak bertuah ni. Mama dah cakap dah tadi Aunty Eda datang." Mama mula mengomel.

"Mama bagitau Putera tadi saudara je yang datang, Ma."

"Haa, tengok tu! Pandai dah menjawab eh?"

Aku bersalam dengan Aunty Eda dan dia sempat bertanyakan apa yang aku lakukan selepas graduasi. Not much, honestly.

"Tulah, Kak Eda. Jenuh dah Ira suruh dia stop teater ni semua, minat sangat."

"Biarlah, Ira. Asalkan minat dia tu bukannya mengarut, sokongkan saja. Samalah macam Harraz tu. Muzik je dalam kepala dia."

"Oh ya, aunty. Harraz kat mana sekarang?"

"Harraz? Sekarang tu maksudnya macam mana?"

"Yelah, dia kat mana? Kan dia sekarang menyanyi kat US. Tak balik ke?"

Aunty Eda ketawa. What the fuck, seriously?

"Literally right now, he's in your room. Mama yang suruh dia masuk bilik Putera tadi."

Aku terus berlari naik ke bilik aku. Masuk sahaja, aku melihat seorang lelaki duduk di atas katil memetik gitar lagu You're The Reason daripada Hoobastank.

"HARRAZ FIZARIE! WHAT THE FUCK?!"

"Yeah, that's a good expression to greet your cousin yang dah almost two years tak jumpa."

Aku terus memeluknya. Beza umur kami tiga tahun jadi honestly, dia ni seumpama brother figure kepada aku.

Introduce you to Harraz Fizarie, my cousin also a brother I never have. Duda hot yang pernah jadi bahan bualan warga Twitterjaya kerana kes perceraian berprofil tinggi antara dia dan tweetfemes @/whoisLana. Bekas isterinya yang aku panggil Lana itu telah menduakan dia dengan salah seorang abang sado yang apparently gay dan hanya menjadikan Lana itu sebagai promote barang gymnya sahaja. Followers Lana time tu turun daripada 20k kepada 7k sahaja. Nampak tak betapa dahsyatnya orang rooting for Harraz. But well, first of all, he's handsome and when you are good-looking, you can conquer the world.

"Aku balik Malaysia for a year. Hiatus, cari ilham."

"Damn, that's goodlah wey."

"Very much, hopefully. Alang-alang kau pun dah habis belajar ni bolehlah lepas selalu."

"Boleh sangat wey..."

Ada cerita sebenarnya antara aku dengan Harraz. Tapi, hmm, cane ek? Nantilah aku cerita...
———

1) Sorry lambat update. Sekarang tengah exam week so doakan saya ehek
2) Unlike RSL, timeline cerita ni is in 2020. Umur Putera 23, Haikal 21 and Harraz 26.
3) Pinuye 2020 everybody!!!

HaikalWhere stories live. Discover now