"You main futsal ni sampai pukul berapa?" Alahai Cik Leeann kita ni. Asal time nak futsal, mulalah dia caring semacam.
"Tak tahu. Tapi lepastu I nak keluar dengan Ari so you tak payah tunggulah. Apa-apa I call you balik."
"Okay. Stay hydrated."
Aku mematikan panggilan sebelum menukar bajuku kepada jersi Liverpool. YNWA. Selepas itu, aku mendail nombor Ari untuk bertanyakan lokasinya. Baca Racun Sekuntum Lily dan Madu Sekuntum Belladonna sekiranya anda tidak mengenali Ari.
"Ri, kau kat mana?"
"Bilik. Blok Estetika."
"Oh, okey. Nak ikut tak aku futsal petang ni?"
"Hmm malaslah. Aku tunggu kau kat situ jelah. So kiranya kau ambik aku dululah."
"Okey. Siap cepat. Aku nak gerak dah ni."
"D'accord." Tak habis-habis nak cakap French. Cakap Melayu jelah kau tu mak bapak dedua Melayu. Kau je yang lahir kat France.
Selepas itu, aku terus turun ke kereta dan menuju ke Pusat Sukan INSEMAS. Sejak zaman aku tahun pertama di sini lagi, Pusat Sukan INSEMAS adalah satu tempat yang sering aku meluangkan masa. Not to say that aku ni athletic tapi adalah aktiviti petang-petang.
Ketika aku tiba, aku melihat budak team aku ada lagi tiga orang yang masih belum sampai. Jadi aku berboraklah dengan salah seorang daripada rakan aku, Taufik yang kini merupakan felo blok Simfoni. Blok akulah tu sekarang.
"Safwan tak datang tau. Tapi dia dah cari ganti dah untuk dia."
"Asal tak datang?"
"Mak dia datang KL. So dia nak bawak mak dia jalan-jalan KL lah kiranya. Kelantan kan jauh."
"Oh, siapa yang dia suruh gantikan tu? Student ke?"
"Mungkin. Aku pun tak tahu. Dia tak cakap pulak."
Kami menunggu lagi geng-geng yang lain. Geng pihak lawan yang juga rakan kami juga kini sudah cukup. Tinggal team kami saja lagi.
"Aduh lambat pulak member si Safwan ni." Adi, salah seorang antara kami mulai merungut.
Tak lama selepas itu, datanglah seorang remaja lelaki memakai jersi Harimau Malaya. Wajahnya merengus dan dia nampak sangat familiar.
Oh my God, seriuslah?!
"Kau ke yang Safwan suruh datang tu?" Taufik bertanya. Dia mengangguk.
"Oh, kau ke, Haikal?" Adi nampaknya kenal dengan Haikal ni.
"Sorry lambat. Traffic was shit."
"Sejak bila pulak ada traffic jam dalam INSEMAS ni, hanat?"
Dia tersenyum kambing. Melihat senyuman tidak ikhlasnya itu, aku juga ingin turut tersenyum. Aku sendiri tak tahu mengapa. Bagiku, senyumannya itu unik dan indah. Atau setidaknya bagi aku. Senyuman yang...
"Dah, dah jom main!"
Itu adalah game friendly makanya tidak ada yang menentukan secara rigid pun siapa yang menang atau kalah. Habis sahaja menang, semua pergi lepak mamak minum.
Habis game, semua duduk tepi court menyejukkan badan. Makanya, pastilah akan ada yang membuka baju dan sebagainya. Tapi aku lelaki kut mana ada nak turn on bagai.
Except for that night. Aku menggigil satu badan apabila melihat Haikal membuka jersinya mendedahkan upper bodynya yang dibasahi peluh itu. Terus menundukkan pandangan aku dibuatnya.
Tapi lamalah pulak dia bukak baju ni. Cepatlah pakai balik setan!
"Kal, kau pergi kelas tak esok pagi?" Irfad, salah seorang dari kami bertanya.
Dia menyangkut bajunya yang basah dengan peluh itu ke bahu. Damn! "Photoshoot Maskulin pukul 9 pagi."
"Okey!"
Okey, aku kenal dia siapa! Dia inilah anak Natasha Elisa. Okey, patutlah handsome semacam. Ada baka arwah pelakon itu rupanya.
Tapi, that being said, lamanya dia ni shirtless. Aku semakin tak tentu arah ni.
Well, lemme describe him personally and physically. Kulit dia putih kuning. Muka dia sekali imbas ada iras pelakon Filipina sikit. Abs dia kira strong jugak. Tak adalah sado sangat but it's there. Rambut dia coklat kehitaman dan disikat ala-ala Fattah Amin masa baru kahwin dengan Fazura. Baik kan aku describe?
Aku meminta diri terlebih dahulu. Sebelum aku berangkat pergi, aku nampak matanya memandang ke arah aku. Sepertinya, dia juga turut merenungku sepertimana aku memerhatikannya tadi. Atau mungkin aku yang terlalu berfikir. Mungkinlah kan...
Agenda seterusnya aku pada malam itu adalah untuk catch-up sesh dengan Ari. Okey, macam mana aku boleh kenal mamat stone cold ni, it's a cool story. Semasa aku first year dulu, aku sebilik dengan dia. Way before dia quit belajar sekejap. Dan setelah diberitahu oleh Mama aku, barulah aku tahu yang sebenarnya aku dan Ari ni sepupu jauh dengan aku.
That being said, aku pun tak tahu sebenarnya apa sebab dia berhenti belajar sekejap tu. Cuma adalah rumours.
"So, Niko Iskandar Jr., how was it to become the Koordinator Divisyen Lakonan?" Anak orang ni memang tak reti nak chill langsunglah.
"Apa hanat kau samakan aku dengan Niko? Level dia lain kut dengan aku. Way more superior daripada aku."
"Alah, as long as kau tak cast pelakon based on their rupa, you just put yourself five more steps beyond him. We all know how rupalistik he can be, right?"
"Kau ni kan, tak eloklah cakap buruk pasal dia. Dia dah meninggal dah pun."
"Yeah, you shouldn't talk bad about dead people. Niko Iskandar is dead, good then."
"Setanlah kau ni, Ari."
Selepas memesan makanan, aku teringatkan Haikal. Memandangkan Ari ni pernah rapat dengan Niko, semestinya dia kenal dengan Haikal. Tak salah rasanya aku nak tanya pasal dia.
"Ri, kau kenal Haikal tak?"
"Nama common macam tu, there are at least seven kids in my block nama tu."
"Haikal Herman. You know, anak Natasha Elisa."
"Oh, kenal. Member aku jugak tu. Asal? Oh, Niko ambik dia kan untuk Swan Lake?"
"Ha'ah. Dia memang ice-cold sikit eh?"
"Ha'ah. Sangat, actually. Memang perangai dia macam tu. Tapi kau jangan risaulah. Dia je pelakon handsome yang Niko ambik dan betul-betul talented. Harapkan yang lain macam cibai."
Banyak soalan yang aku nak tanya dan tak tahu kenapa yang paling berlegar di kepala otakku adalah, Haikal tu single lagi ke tak? Kenapa dengan aku ni? Putera, apa masalah kau?
"Oh, speaking of the devil. There he comes."
Aku berpaling ke belakang. Melangkah masuk ke dalam kedai mamak itu adalah Haikal. Oh my God, he is so so so perfect!
Melihat sahaja Ari, dia terus tersenyum. Wow! Tak salah, itulah kali pertama aku nampak Haikal ini senyum. God, he is so perfect!
"Yo, Syed Nazruddin. Comment ça va?"
"Babilah kau, Kal. Aku okey je. Ni aku lepak dengan director kau ni."
Dia memandang ke arah aku dan senyum segaris. Nak pengsan kejap boleh tak?
"Yeah, haha. Eh, aku nak bungkus je ni. Kena gerak photoshoot esok awal pagi."
Selepas Haikal berlalu pergi, mataku masih memerhatikan dia. Jangan tanya kenapa, aku sendiri pun tak tahu. Aku sendiri pun hairan dengan diri aku sendiri.
"Put..."
"Ya?"
"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?"
"Haa, takdelah."
"Yelah tu."
Fucklah asal dengan aku ni?!

ANDA SEDANG MEMBACA
Haikal
Fiksi RemajaKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...