Ada 365 hari dalam setahun dan Leeann pilih untuk melakukannya sehari sebelum pementasan. Dugaan terbesar pernah aku hadap.
Kami semua sudah bersiap sedia di Auditorium Puan Sri Saloma dan hari ini, hanya tech run sahaja yang dilakukan. Takde maknanya aku nak mengerah tenaga mereka semua nak buat full run sampai berjuta kali. Aku pun faham yang mereka semua penat.
Hari itu, aku memang langsung tak pedulikan Leeann melainkan kalau scene tu dia terlibat. Bukannya apa, props, lighting dengan audio memang aku jugak yang nak kena handle. Bantai semua benda bawah aku punya supervision, boleh koyak jugak mental aku ni. Aku taklah strong mana pun orangnya.
Tapi kan, sebenarnya Leeann memang dah lain dengan aku. Tak dinafikan yang memang ada masanya aku banyak mengetepikan dia dek kerana sibuknya nak handle teater ni tapi itulah, kalau Niko Iskandar dulu boleh buat masa dia sebaya aku, apa alasan aku? Oh ya, dia boleh buat sebab dia tak couple dengan Leeann. Couple dengan Leeann and kau boleh relate apa yang aku cakap tadi.
Sehinggalah malam itu, terbuktilah memang Leeann sudah ada pengganti aku.
Semasa dia sedang berbual dengan salah seorang penari lain, dia tak perasan agaknya yang phone dia ada dengan aku. Mulanya aku sedar apabil dia mula vibrate terlalu banyak. Bukan call punya vibrate tapi vibrate notifications masuk tak berhenti. Girlfriend aku ni tweetfamous ke?
Tapi mulanya aku tak syak apa-apalah. Mana tahu kut-kut group whatsappnya tiba-tiba lit ke malam tu kan? Cuma itulah, curiousity kills the cat. Aku check juga akhirnya.
Apparently, Farisha is Faris. Eh salah. Faris ❤️ rupanya.
Dunia aku terus gelap gelita. Aku terus pandang Leeann di sudut sana. Betapa cerianya wajah dia berbual bersama rakan-rakannya. Mungkin bercerita tentang this guy, Faris.
Aku unlock handphonenya dan mula membaca mesej-mesej dia. Air mata aku terus bergenang saat semua mesej itu aku baca. Tak sangka aku. Sumpah aku tak sangka betul apa yang ditelah CC sebelum ini.
"Putera, why are you checking my phone?" Dia sudah berdiri tepat di hadapan aku. Wajahnya nampak panik dan cemas.
"Selama ni you tak pernah kisah pun?"
"Well now I kisah. It's my privacy."
"Sweet. So apparently it was Faris and it didn't seem to me that you guys are just friends. It looks like..."
"Fine! Yeah, he's my... well I don't know how to say."
"Say it, Liyana. If you can do it, why can't you say it?"
Semua orang sudah mula menumpukan perhatian kepada kami. Director dengan pelakon utama bergaduh, siapa tak nak tengok?!
"You tak boleh salah I seorang. After you jadi je KD, all the attention on me almost tak ada, okey? So kenapa nak salahkan I seorang?"
"What the fuck you mean with attention you tak ada?! You nak pergi shopping, semua I bagi. Siap bagi duit lagi. Pergi konsert Masdo yang I tak minat tu pun I ikut sebab fikirkan pasal you. Call almost everyday. Which part of that you nak kata attention pada you almost tak ada?!"
"It's not enough, Putera. Hence I pergi kat Faris tu. At least he understands me well. Better than you!"
"Okay fine! The day of the staging would be the last day I will ever see your face. Ever!" Nasib baiklah INSEMAS ada buat rules yang if kau masuk any performance, kau tak boleh quit unless with proper reason. And in this case, Leeann tak boleh.
Aku terus berlalu dari situ dan pergi ke arah Jojo, assistant director 1. Budak final year Divisyen Pengarahan itu nampak takut dengan apa yang baru terjadi.
"Jojo, aku gerak dulu. Kalau Leeann buat hal, roger aku."
"Okey. Esok kau datang kan, Put?"
"Datang. Hari ni je aku tak berapa sedap feeling."
"Okey, Put. Hati-hati balik." Dah macam mak aku pulak Johana Johari ni.
Aku terus memandu pulang ke rumah tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Tiga traffic light aku langgar dalam perjalanan itu. Kau bayangkan betapa marahnya aku.
Masuk saja bilik, aku cabut spek dan terus masuk ke dalam bilik air tanpa membuka pakaian pun. Shower aku pasang dan aku duduk di bawahnya membiarkan badan dibasahi air mandian. Aku tak tahu air yang ada pada wajah aku ni air shower ke air mata sebenarnya. Sama banyak saja aku rasa.
3 tahun punya hubungan hancur macam itu sahaja. Punya aku jaga dia sehabis baik tapi itu yang dia balas kat aku balik. Celaka punya perempuan!
This is beyond sad it almost inexplicable. Memang betul aku tak dapat nak describe langsung kesedihan aku sekarang. Aku sedih-marah-kecewa-geram-benci-sayang pada dia. CC was right all this time. She was damn right.
Selepas 'mandi', aku sarung singlet dan berbaring di atas katil. Aku nampak saja ada panggilan daripada Leeann tapi the damage is done. You cannot unfuck what's been fucked.
Dalam group WhatsApp semua sibuk bertanyakan tentang aku. Yang ws personal tak payah tanyalah. Tapi for now, aku malas nak membesarkan isu ni. Bagi aku, mungkin ada salahnya juga aku ni.
Kriiing... loceng rumah berbunyi. JANGAN CAKAP LEEANN DATANG RUMAH!!!
Aku mengintai dari tingkap bilik. Mustahillah Leeann sebab naik motor tetamu tu. Jojo kut sebab aku positif aku tertinggal skrip kat auditorium tadi. Jadi aku pun pakai spek dan turun ke bawah.
Okey. O...keyyy... Wey ni tak kelakar!!! Sumpah tak kelakar!!!
"Hai, Putera..." It's Hai-fucking-Kal. Haikal! HAIKAL!!! "Sorry for bothering you."
"Hai, Haikal. Well, sorry you have to see all that tadi. Masuklah." Aku buzz pagar rumah tersebut sebelum dia menolak motornya masuk. "Well, sorry again."
"Stop saying sorry, can you?"
"I mean, I should have be a professional dealing with all this. I should have..."
"Putera Inderashah Darul Megawani, can you take a chill pill? We completely understand your situation. Relaks, okey."
Aku diam. Aku kemudian duduk di atas bench depan rumah manakala dia masih berdiri. Okey aku perasan ada sesuatu yang lain pada dia. Macam kat muka dia tu ada something yang lain.
"Ni Haikal ada belikan Strawberry Sundae dengan Fries. Makanlah eh. Cool down the heat." 10 kali aku bad mood, mahu gemuk asyik disua makanan je. "I know that Faris. Second year Divisyen Tarian. Budak B-Boy."
No wonderlah. Nama pun B-Boy. Budak nerd looking macam aku ni mana ada perempuan nak pandang sangat. Dengan spek mata bulatnya, tinggi pun 175 cm je. SIAPA JE YANG NAK?!
"Thanks anyway, Haikal."
"Sorry sebab lambat bagitau kau pasal girlfriend kau tu." Aik, dia pun cakap sorry.
"She's an ex now."
Dia tersenyum. Okey aku baru perasan. Warna mata dia sebelah lain. Lupa cabut lens ke?
"Haikal..."
"What?"
"Kau lupa cabut lens ke? Mata kau sebelah lain warna."
Dia ketawa. Okey, what the fuck?
"Aku heterochromialah. The right one is amber and the other one is chocolate. Selama ni yang kau nampak tu, tu yang aku pakai lens."
AND THAT JUST MAKE YOU MORE AND MORE CUTER, HAIKAL!
"Anyway, aku rasa aku gerak dulu. Kau pun need rest, I believe. Take care tau, Putera."
Aku menghantarnya ke pagar sebelum bid my adieu.
"Thanks, Haikal."
"Whenever you need me, Putera."
It went from 0-100 that quickly, huh?
![](https://img.wattpad.com/cover/205384846-288-k169066.jpg)
YOU ARE READING
Haikal
Подростковая литератураKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...