Epilog (Last)

2.3K 95 19
                                    

Bowtie aku pakai kemas di leher. Sut yang memang aku pertama kali memakainya pada hari ini sudah tersarung elok di tubuhku. Aku lihat diriku di dalam cermin. You know what, I am actually handsome.

Setelah yakin yang aku sudah kacak bergaya, aku ambil wallet, handphone dan kunci kereta dan keluar dari rumah. Aku masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan.

Sepanjang pemanduan, aku tak dapat membayangkan bagaimanalah rupanya dia nanti. Harapnya dia boleh menerima mata aku yang memakai contact lens pada malam ini. Bukan selalu aku pakai benda-benda macamni.

Aku tiba di Hanna's Cafe dan terus masuk ke dalam mencari CC dan Harraz yang juga mastermind untuk malam ini. Mujurlah kafe member sendiri, so bolehlah diaturkan semuanya. Malam ini, kafe ini hanya aku dan dia yang punya.

"Dia datang dengan siapa?" CC bertanya.

"Aku dah mintak Ari ambil dia. Korang semua ready eh?"

"Onz, boi!" Harraz dan Daydream Kids memang sudah bersedia dengan posisi masing-masing.

Dia masuk di pintu utama kafe tersebut. Kafe yang tadinya gelap kini dibukakan lampu berwarna biru gelap yang sedikit malap. Dari kejauhan, aku sudah nampak dia sudah tersenyum.

"Manakala hati... menggeliat mengusik renungan..." Ketika Harraz masuk saja intro lagu Cinta Sejati, aku berjalan menghampirinya. Dia juga perlahan-lahan berjalan ke arah aku.

Aku meraih tangannya. Aku kucup lembut tangannya. Kepalanya disandarkan ke bahuku.

"Sayang, happy 1st anniversary..." Aku mengucapkannya lembut ke telinganya.

"You too."

"For these 12 months of we facing life together, I am more than grateful to have you. I might fucked things up before but thank you for giving me the second chance. I couldn't be more lucky."

"Same. Thank you for staying with me. I am not perfect but we fit each other well."

"Cinta kita melukiskan sejarah, menggelarkan cerita penuh suka cita sehingga siapapun insan Tuhan, pasti tahu, cinta kita sejati..."

Aku memeluknya erat. Aku pernah hampir kehilangan dia satu masa dahulu dan aku tak mampu mengulangi saat hitam itu lagi. Dia juga membalas pelukan aku itu.

"Abang, this is too lavish, don't you think so?"

"What? It's our first anniversary kut. Haruslah meriah!"

Dia tersenyum. Senyuman yang membuatkan aku bertambah sayang kepadanya dari sehari ke sehari. Tak pernah berkurang waima sedikit.

Aku memandang CC yang berdiri di sebelah Harraz yang masih menyanyi. Pasangan itu juga nampaknya bahagia dan akan berkahwin pada bulan hadapan. Soulmates do exists.

Haikal Iskandar? After what happened, and also after the play, aku tak pernah lagi berjumpa dengan dia. Mungkin itu yang terbaik baik untuk aku dan dia. Cumanya, aku mengharapkan dia berjumpa dengan orang yang betul-betul boleh menjaganya sepenuh hati. Dia seorang yang baik, aku tahu itu.

Haikal Herman? Dia ada di depan aku sekarang, meraikan kami punya ulang tahun yang pertama. Selepas peristiwa itu, dia memberikan aku peluang kedua dan aku berjanji dengannya untuk tidak mensia-siakannya lagi walau dalam mimpi.

Itu sajalah sekian kisah aku dan Haikal. Mungkin cerita kami tak seindah movie atau series BL Thai yang anda tengok di YouTube, tapi ini kisah kami. Kalau ada yang korang boleh jadikan teladan, silalah. Doakan kami berdua. Adat hubungan, ada pasang surutnya. Begitu jugalah kami berdua. Cuma tanamkan sifat tolak ansur dan saling menyayangi, kebahagiaan itu akan datang sendiri.
-------------

Maka, tamatlah cerita ini. Nak panjang mana lagi woi dekat tiga bulan kut cerita ni. Pergi baca stories lain pulak (Temptation & Razif Haydar). Kalau ada feedbacks, macam biasa commentlah di bawah ini. I read and appreciate every single of those.

Jangan lupa baca Razif Haydar ya. Akan ada cameo Ari dengan Umar dengan Niko sekali dalam tu nanti. Stay tuned!

HaikalWhere stories live. Discover now