Bab 17

2K 84 13
                                    

"Panggilan terakhir untuk penumpang pesawat MAS 124 ke Kuching. Sila ke pintu A4 kerana pintu akan ditutup sebentar lagi."

Aku dan Haikal pun masuk ke dalam perut kapal terbang dan menuju ke tempat duduk kami. Lucky us kerana tempat duduk yang tiga orang tepi tingkap itu hanya diduduki oleh kami sahaja. Makanya tidak ada gangguan. Penerbangan tengahari itu juga nampaknya tidak ramai penumpangnya. Aku duduk di sebelah tingkap manakala Haikal seperti biasa, di sebelahku.

"Sayang pernah sampai Kuching?" Aku bertanya kepadanya sebaik isyarat memasang tali pinggang keledar dipasang.

"Pernah but masa kecil dulu. I was six or seven tak salah." Kemudian dia memandang kepadaku. "Abang?"

"Pernah. Of courselah, Mama abang orang Kuching. Abang pun lahir sini."

"Oh, really? Tapi tak dengar pun yang suara abang macam orang Sarawak."

"Kitak mok kamek kelakar Bahasa Sarawak ka sik?"

Muka dia terkejut tu, oh my God, priceless. That being said, aku memang jarang cakap Sarawak kat Semenanjung. Tapi jangan bagi aku balik Santubong yakni kampung Mama, memang habis aku cakap Bahasa Sarawak je.

"Kejawak muka kitak!"

"Okey, cakap Melayu balik, please."

Aku menariknya bersandar di bahuku sebaik pesawat berlepas. Perjalanan hanya mengambil masa sejam lebih jadi memang tak sempat nak kejung pun punggung dalam tu. Tapi rasa sekejap sahaja kerana sepanjang penerbangan, Haikal tak lekang daripada memegang tanganku.

Tiba sahaja di sana, kami dijemput oleh sepupu aku (which is kalau nak diikutkan sepupu Harraz jugak), Melia. Sekarang ni sepupu aku ni jadi cikgu tadika kat Petra Jaya, satu kawasan perumahan di Bandaraya Kuching.

A little bit of trivia antara aku dan Kuching.
1) Aku dilahirkan di Kuching General Hospital
2) Aku sempat bersekolah di sini sampai darjah tiga sebelum ikut Mama completely pindah KL
3) Lepas SPM, sementara tunggu masuk INSEMAS, aku kerja part time kat Sugarbun Pasar Satok (Anak2 Sarawak mana kitak semua?!)

Tu je kut dulu for now.

"Kitak mok kamek hantar hotel ka makan dulok? Makan sik?"

"Sikmoklah. Kamek mok pigi nek River Cruise petang nanti. Anyway, orang sitok sihat sik?"

"Sihat jak. Kitak tu jak lamak sik pulang sitok. Kenak kitak sik pulang?"

"Kamek busylah. Kelaklah kamek ajak Mama pulang agik."

"Bulaklah kitak."

Sekali lagi, muka Haikal macam amazed gila dengan aku as if aku baru saja cakap Bahasa Russia. Bukannya susah sangat pun apa yang aku cakap tu pun.

"Pas nait cruise nanti kitak dua mok pigi sine?"

"Siktok lagi. Makan, kali. Topspotlah."

Tibanya di Hotel Pullman Kuching, aku membayar sepupuku RM50 sebagai token terima kasih. Sambil itu, sempat aku berjanji untuk membawa Mama pulang ke Kuching suatu hari nanti. Tengoklah nanti bila Mama free. Dahlah tiket flight pun macam kimak dia punya mahal. Padahal Sarawak sebahagian daripada Malaysia kut.

Check-in sahaja ke dalam bilik yang umpamanya mahligai syurga di bumi Kenyalang, Haikal terus memelukku dari belakang. Aku pula yang hampir tak bernafas dibuatnya.

"Abang, this is too fancy! Don't you think so?"

"Well, it is. And it is for you. Okeylah, kan?"

"Abang, it's more than okay if you were to ask me."

Kami kemudiannya berbaring dalam posisi spooning. Of course aku yang spoonkan dia. Tangan kami masih memegang satu sama lain dengan sangat rapat.

"So, what's our plan for today?"

"Well, as for today, kita akan naik River Cruise kejap lagi. Then lepas turun, kita makan kat Top Spot nak? Sayang suka seafood kan?"

"Suka! Esok?"

"Esok, tadi abang dah mintak nombor tour guide kat lobi. Malam nanti abang call dia. Sayang jangan risau eh?"

"Okey..."

Tak lama selepas itu aku terdengar dengkuran kecil darinya. Amboi, pantang letak sekejap terus lena. Aku tepuk-tepuk badannya lembut. Jam baru menunjukkan jam tiga setengah jadi tak salah sekiranya dia tidur dulu kerana River Cruise tu ada pukul lima setengah nanti di tepi Sungai Sarawak.

Aku mandi dan bersiap dan menjelang pukul empat petang, aku kejut Haikal yang masih lena. Tak susah pun nak kejut dia, just cium sikit dia kat pipi, haa bangunlah dia. Cuma kalau nasib tak best, freelah kena maki sikit dengan dia. Tapi sikit je kalau dia marah pun.

"Abang mandi ke?"

"Ha'ah. Sayang pun pergilah at least basuh muka."

Jam lima macam tu pun, kami sudah tiba di jeti tempat di mana River Cruise boleh dinaiki. Selepas membayar harga tiket sebanyam RM65 seorang (Sarawak Tourism tak bayar aku buat promosi ni), kami naik ke tingkat atas kapal cruise tersebut di mana anda akan dihidangkan dengan air buah dan juga free flow kek lapis ya anak-anak. And the special part is, akan ada special performance iaitu tarian etnik-etnik yang ada kat Sarawak yang bapak besar dia punya kawasan ni.

"Abang memang boleh cakap bahasa Melayu Sarawak je eh?"

"Ha'ah."

"Nanti ajarlah Kal."

"Untuk sayang, apa je yang abang tak sanggup?"

Dia ambil kameranya dan mula mengetik pemandangan-pemandangan yang dirasakannya cantik. Aku turut mengikutinya untuk berjalan serata atas bot itu. Aku juga, setelah sekian lama tak memudik di atas Sungai Sarawak ini, memangnya rindu aku terhadapnya.

"Gotcha!" Aku tak sedar yang rupanya Haikal sudah curi-curi tangkap gambarku berbackground langit Kuching tika senja. "Abang, abang nampak ridiculously handsome dalam ni. Are you sure no one ever said that to you before?"

"Even if they did, no one said it better than you do."

"Ingat comel ke? Haikal je tau yang boleh comel macam tu."

Sempat dia mengambil gambar aku bersama dengan penari-penari tradisional tadi. Aku hanya mampu menjadi model tidak berbayarnya sahaja.

Malamnya, kami makan malam di tempat makan yang kalau kau tanya pada orang Kuching, pastinya semua orang akan memberikan cadangan untuk makan malam di sini juga. Dia punya seafood ya ampun, kenyang nak! Dahlah siap ada King Crab lagi.

Itulah dia Top Spot yang juga terletak di Bandaraya Sarawak (Again, Sarawak Tourism tak bayar aku). Haikal mentekedarah agak banyak ya pada malam ini. Aku pun terkejut tengok. Jaranglah dia makan banyak macam tu.

Memandangkan belum terlalu lewat malam, kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja pulang ke hotel. 100 meter je pun kalau nak diikutkan, mengadalah kau, Putera.

"Haikal, nak tanya satu benda boleh?"

"Apa dia, abang?"

"Janji jangan marah."

"Apa dia ni?"

"Abang handsome ke di mata Haikal?"

"Why so random?"

"I don't know. Haikal kan handsome. You can get literally anyone."

Dia diam tapi wajahnya senyum memandang aku.

"Abang ni kan muka common je. Typical muka budak universiti final year. Apa yang layaknya dengan Haikal?"

Dia ketawa kecil.

"Haikal, I'm serious."

"Abang, jangan risau eh. Cukuplah abang handsome di mata Haikal. Itu je."

Malam itu, dia lena dalam pelukan aku. Haikal sangat manja. Di sebalik personaliti air batu dia tu, ada lembutnya budak kecik ni. Cuma perlu nak dicairkan saja...
—————
So, orang-orang Sarawak, apa menarik eh kat Kuching? Also, prepare because next update gomna be cute!

HaikalWhere stories live. Discover now