Believe me, this gonna be a long and sad chapter...
—————Tak sangka pulak aku yang Abang Putera nak call. Mujur tak terkantoi je tadi yang aku dah memang nak boarding flight balik dari KB balik ke KL. Beriya tau aku pujuk Papa tau nak mintak balik KL awal sikit. Merentan orang tua tu pegang kaki tangan aku tak nak bagi aku balik sebab tiket return aku esok. Entahlah, bagi aku itu semua bukanlah satu masalah. Demi Abang Putera aku yang tersayang!
Dalam flight, hanya dihidangkan air oren dan warm peanuts saja. Yalah flight pun tak sampai sejam, mana nak bagi nasi bagainya. Itupun dah cukup.
Tiba di KLIA, aku terus memanggil Grab untuk terus pulang ke rumah. ERL masih ada tapi aku menginginkan perjalanan pantas dan mudah. Rindu sangat kat Abang Putera!
Oh, baru teringat, aku tak pasti yang Abang Putera dah makan ke belum. Lupa nak tanya dia tadi. Kesian pulak dia kalau belum makan lagi. Dia tak tahu aku nak balik ni. Saja nak buat surprise sikit.
"Abang, boleh drive-thru McD kejap tak? Saya lupa nak beli makanan tadi."
"Okey, dik." Mujurlah brader Grab ni tak berkira. Elok je dia bawak aku masuk drive-thru dan biarkan aku membeli apa-apa makanan yang aku nak.
Sejujurnya, aku taklah suka sangat McD tapi aku tahu Abang Putera suka. Benda yang dia suka pun aku dah boleh teka. Tak payah tanya pun dah boleh agak apa benda. Jadi itulah yang aku pesan untuknya dan juga untuk aku nanti.
Sepanjang perjalanan yang agak panjang itu, terbayang wajahnya dalam ingatan aku. Entah apalah yang dia sedang buat di rumah aku itu agaknya. Sumpah jumpa dia nanti aku nak peluk dia ketat-ketat namo lepas. Aaaaaaa Haikal rindu Abanggggg!!!
Tiba di apartmen itu, aku mengucapkan terima kasih kepada brader Grab itu dan memberikan dia tips RM30. Cukuplah kut selain daripada tambang Grab yang dah memang pakai GrabPay tu. Ada jugak duit minyak dia nanti.
Naik ke tingkat atas, jantung aku berdebar. Entah apa sebab nak berdebar, aku pun tak tahu. Rindu sangat mungkin?
Aku nampak di luar rumah, terdapat kasut lain bersama kasut Abang Putera. Mungkin Ari ada kat sini sekali kut. Lagipun, dorang berdua dah memang rapat. Aku jugak pun yang memang bagi Abang Putera untuk ajak kalau-kalau ada kawan dia yang nak teman dia sekali.
Ketika aku membuka pintu, aku terus terpandang katil aku dan...
McD yang berada di pegangan aku terlepas jatuh ke lantai. Bibir aku bergetar tak dapat nak digerakkan. Kaki aku bagaikan dipaku. Wajah aku panas membara. Apa yang mata kepala aku saksikan ini terlalu absurd untuk dinyatakan perasaan apa yang aku patut rasakan.
Abang Ridzuan, hanya bersinglet berada di atas badan Haikal Iskandar. Baju Haikal Iskandar itu pula sudah separuh terselak. Apa kemungkinan lain yang boleh secara rasionalnya aku fikirkan?
"Sorry interrupt. You guys may continue." Aku terus keluar dari rumah itu.
Aku dengar suara Abang Putera memanggil aku dari belakang tapi aku terlalu sakit untuk berpaling memandangnya. Di dalam lif, aku berdoa agar biarlah lif itu terhempas sahaja kerana sakit yang aku rasakan sekarang memang merenggut segala pucuk hayat untuk aku bernafas sekalipun.
Di lobi, dia masih mengejar aku tapi aku tak terasa hendak menoleh. Aku nak pusing. Aku nak pandang wajahnya itu. Aku nak peluk dia sekuat-kuatnya dan cakap 'Haikal rindu Abang' tapi selepas apa yang aku saksikan, aku tak tahu sama ada dia masih menginginkannya lagi atau tidak daripada aku.
"Haikal..." Dia menarik bahu aku. Aku tiada pilihan melainkan untuk memandang wajahnya. Wajah yang aku sayang, yang aku rindu setiap masa walau dalam mimpi itu. "That's not what you think it is, Haikal."
YOU ARE READING
Haikal
Teen FictionKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...