Manuk Pansoh, Lemang, Rendang Itik Pucuk Maman dan Ambuyat sudah siap terhidang di atas meja. On a rare occasion Puan Zahira dapat cuti pada hari raya ya. Dan bila ianya berlaku, alhamdulillah, Mama akan menyediakan pelbagai juadah untuk kami semua. Macam hari ini dia fusionkan semua Sarawak cuisine.
"Putera Inderashah Darul Megawani, mari tolong Mama hidangkan lauk ni semua. Itu tadi bilang ada kawan mok datang, jam berapa tok?"
"Siktauklah pukul berapa. Papa ada madah sik jam berapa mok datang sitok?"
"Petang kelak. CC satu urang jak ka ni?"
"Haikal, Mama. Dia ada sekali nanti."
"Aoklah."
Selepas itu nampak sebuah kereta masuk berhenti di perkarangan rumah Mama. Keluar seorang gadis berbaju kurung berwarna pic membawa sebekas mangkuk tingkat dan tersenyum kepada.
"Assalamulaikum!!! Christina Clara datang nak beraya!"
"Takde, takde. Mak takde kat rumah." Aku bergurau. "Masuklah bodo!"
"Yang kau dah macam pokok pisang bergerak tengah rumah ni dah kenapa gila?"
Aku tahulah baju raya aku tahun ni warna hijau muda tapi nak tuduh aku jadi pokok pisang tu huwaaaaaaaa. Dahlah kesayangan yang belikan baju ni.
"Haikal mana?"
"Dia kata lambat sikit sebab pergi kubur mak dia dulu."
"Ari balik Ipoh kan?"
Aku mengangguk.
"Anyway ni aku ada bawakkan Ketupat Palas dengan Kuah Kacang. Mak akulah bising suruh bawak jugak."
"Eloklah pun, rumah aku ada lemang je. Nice gak kau bawak ketupat ni."
Sebaik saja kami masuk ke dalam, Leeann muncul dengan keretanya di hadapan rumah aku. Aku, as good as I am, menyambutnya dengan senyuman sahaja.
"Hi, Putera..." Dia menyapa. "Selamat hari raya."
"Selamat hari raya jugak, Leeann. Mehlah naik rumah dulu."
Leeann masuk ke dalam rumah aku dan kami mula menjamu selera bersama-sama. Walaupun CC taklah berapa okey sangat dengan Leeann, hari itu aku tengok mereka berdua okey saja tegur-menegur satu sama lain. Cuma bitter Mama masih tak hilang ya.
"Anyway, Putera, this is my wedding invitation. CC, datang sekali tau?"
Aku menyambut kad kahwin yang dihulur oleh Leeann itu. Setidak-tidaknya dia bahagia, itu sudah cukup bagi aku. I mean, dengan aku dulu, itu adalah kenangan. Aku pun sudah ada Haikal dan aku cukup bersyukur.
Tak lama selepas itu, Leeann pun pulang. CC saja yang macam tak nak balik. Aku tahu dia nak tunggu Haikal datang tu. Kadang-kadang aku pun confuse Haikal ni boyfriend aku ke boyfriend dia. Harraz need to step up his game. Mujurlah mamat tu balik raya kat Sarawak kalau tak...
Loceng rumah dibunyikan. Aku nampak di pagar, berdiri seseorang berkaca mata hitam memakai baju melayu hitam berserta samping songket keemasan. Nampak saja aku, dia membuka cermin mata hitamnya dan menjongket kening. Juga di sebelahnya terdapat mangkuk tingkat.
"Selamat Hari Raya, my Prince." Dia bersalam denganku.
"Selamat Hari Raya jugak, Haikalku..."
Kami masuk ke dalam rumah dan dia meletakkan juadah yang dibawanya di atas meja. Semuanya lauk tradisi Kelantan tapi yang paling special ada nekbat tulah.
"Apa benda rendam bahulu dalam air gula ni?" Mama bertanya curiously.
"Tu bukey bahulu, Aunty. Oghe Kelatey panggil tu nekbak. Rupo dio memey macey bahulu sikit tapi jangey saloh. Ghaso memey lain gilo. Hok ni manih layi kalau Aunty rasa. Makey macey tu jah."
Semasa Haikal explainkan Nekbat dalam bahasa Kelantan, aku tak pernah nampak muka Mama seblur itu. CC pun. Aku yang faham sikit selepas dah setahun lebih couple ni tersenyum sedikit.
"Makan jelah semuanya. Alahai, sedap je." Barulah dia cakap normal balik.
Semasa menjamu selera, aku berbual dengan CC dan Haikal. Selepas satu ke satu topik menjadi fokus utama kami. Sejam selepas itu, CC meminta diri dan tinggallah aku dan Haikal sahaja. Mama pula pergi bertandang ke rumah jiran-jiran. Di hari raya seperti ini jugalah pun kalau mereka nak bertegur sapa ke apa.
"Sayang tak balik Kelantan langsung ke?"
"Balik. Esok pagi." Kemudian dia bersandar di bahuku. Ceh, mentang-mentang Mama tak ada. "Tak balik Sarawak?"
"Next week kut. Sebab Mama dapat cuti straight tiga hari. Nak ikut?"
"Hari tu bercuti ni balik kampung. Mesti lagi best kan?"
"Of courselah best. Jomlah, Sayang."
"Boleh je. Bookkan flight eh."
Tangan kami bertaut. Tak sangka selepas setahun menyulam cinta, rasa itu masih ada. Semakin hari semakin kuat. Tak pernah luntur dan tak pernah padam. Datanglah badai apa sekalipun, kami tak pernah tergugat. Ada masanya memang ada duka tapi sukanya sepanjang masa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada aku, Putera Inderashah Darul Megawani dan buah hati pengarang jantung aku, Raja Haikal Firmansyah... maaf zahir dan batin. Kosong kosong eh?
-----------------Not an important chapter tapi jadilah untuk ubati kerinduan anda semua kepada couple ini. Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir batin kepada anda semua yang membaca. Jumpa lagi!
YOU ARE READING
Haikal
Teen FictionKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...