Bab 11

2.3K 80 8
                                    

"It's Saturday and anak Mama ni dah single kan? Where are you going?" Sebegitu direct ya Puan Zahira ni attack anak tunggal dia ni. Tak berselindung langsung. Kut ya pun jagalah perasaan anak dia ni.

"Well, jumpa kawan. Ingat anak Mama ni loner sangat ke? Mama tak ada flight ke hari ni?" Aku yang sedang membetulkan sikatan rambutku di cermin ruang tamu memandangnya sekilas.

"Ada. Petang nanti pergi Dubai. Three days trip. So, jaga rumah okey?" Mama menjawab sambil tangannya rancak mengait selimut or I don't know what it is.

"Sure. Macam tak biasa."

"Kalau Putera nak tidur rumah Mama Noreen pun tak apa. Mama tak ambil hatilah. Dia tu mak tiri Putera jugak."

"Buat apa? Rumah kita sendiri pun ada."

"Mama bagi suggestion je. Up to you."

Aku kemudiannya mengambil kunci kereta sebelum bersalam dan mencium pipi Mama. Sebagai anak tunggal dari ibu yang sama, pastinya aku adalah anak kesayangan pengarang jantung gunung meletupnya. Dan aku tak pernah untuk menciumnya hatta ketika di public sekalipun.

Aku mula memandu ke apartmen Haikal. Ini adalah kali pertama kami berjumpa selepas malam ketiga pementasan Swan Lake. Perjumpaan personal kami kali kedua kalau nak diikutkan. Nervous, of course ada. Bukannya tak pernah jumpa tapi itulah. Aaaaaaaaa!!!!!!!

Ketika di bawah apartmennya, aku dapat merasakan kaki tangan aku semuanya menggeletar. Aneh ya? Masa first date dengan Leeann dulu tak ada pun rasa macam ni. Dengan Leeann dulu, setakat nervous tu adalah, tapi taklah seteruk sekarang ni dia punya perasaan gementar tu.

Aku nampak saja dia keluar dari blok apartmennya itu, jantung aku berdegup kencang lagi. Kacaknya dia... Pakaiannya simple saja. T-shirt hitam dan disarung jaket merah serta jeans hitam. Simple sangat kalau nak diikutkan. Rambutnya pula dicover dengan topi. Simple gila kan?

"Hi..." Dia menyapa aku lembut sahaja. "Lama ke tunggu?"

"Tak sampai 10 minitlah yang pasti."

"Sorry. Kal tertinggal wallet tu. Dah dalam lif baru sedar. Lepas tu Kal rasa macam Kal misplaced pulak wallet tu kat mana..." Did he just bahasakan diri dia 'Kal' instead of 'aku' as usual? Did he?! "Kita nak pergi mana by the way?"

"I don't know. Movie macam..."

"I don't like watching movies. Ni kan first time kita keluar as..." Kemudian dia jeda seketika. "Wait, are we tho?"

"We what?" Alah kau ni, Putera. Acah je tak tahu.

"Well, if we aren't yet..." I like that he put 'yet' as if we might have a relationship. "..., so Kal rasa jom pergi makan dulu?"

"Actually, I just ate tadi. Kau belum makan ke?"

Dia memuncungkan bibir dan menggeleng. If that is not the epitome of cuteness, I don't know what is.

"Nak makan apa?"

"Hmm, honestly Kal craving Zinger Burger. KFC boleh tak, bang... I mean, Putera?"

"Boleh je. Abang pun rasa nak makan Loaded Potato Bowl je."

Aku pun mula memandu ke KFC yang paling dekat dengan kami. Tiba sahaja di situ, aku pergi memilih tempat duduk terlebih dulu sementara Haikal pergi memesan makanan. Tempat yang aku pilih di tingkat atas dan bersebelahan dengan tingkap. Perfect jugak locationnya kalau nak diikutkan.

Tak lama kemudian, Haikal tiba dengan Zinger Burger set dan juga Loaded Potato Bowl aku. To my surprise, dia bawak dua straw. Nak share air sekali ke?

HaikalWhere stories live. Discover now