Bab 31

1.3K 69 4
                                    

"Honestly aku faham perasaan kau." Ari menghirup Iced Coffee yang dipesannya tadi. Typical gays ya minum kopi ais tengahari buta ni.

"Kau dah kawan dengan dia lama kan so haruslah kau tahu perangai dia macam mana."

Dalam saat kritikal seperti ini, aku tahu meluahkan kepada Ari is something that I lowkey need. Dia kenal Haikal lebih lama daripada aku jadi tak salah rasanya refer pada dia.

"Quite lama and I can say he's always like that. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa tapi if kau nak expect dia tegur orang nicely, he will never do that."

"Which is sebenarnya a bad thing tau tak? People just trying to be nice."

"I knew right..."

"Dengan Niko dulu pun dia macam tu ke?"

Ari ketawa kecil. Kopi ais dihirupnya lagi.

"Niko tu dulu acah je Haikal rapat dengan dia. Haikal rapat dengan dia sebab nak job je. Selain daripada tu, dia palau je Niko tu."

"Can tell. Haikal pernah mention."

"Anyway, since aku tak pernah nampak Haikal bercinta, may I ask biasanya korang dating kat mana je? Curious gak nak tahu."

"Not much. Most of the time, we just eat McD and jalan-jalan naik MRT."

Ari memandang aku pelik. Pelik sepertinya aku sedang bercerita perkara yang mustahil.

"Keep coming?"

"Also dia suka kalau kitorang masak and just go picnic somewhere. And kalau ada duit sikit, kitorang pergi jalan-jalan somewhere."

Muka Ari semakin confuse. Nampak ketara kebingungannya tu.

"Are you sure kau describe tentang Haikal yang kita kenal? It doesn't sound like him."

"Maksud kau?"

"Haikal makan McD? What on Earth would that situation will ever happened?"

Aku pula yang bingung. "Naik MRT? Malaun tulah yang paling malas naik public transport setahu aku. Kerja dia kalau tak pergi shooting, duduk rumah jelah. Ni aku pelik bila kau mention pasal picnic dengan travel bagai ni. Are we even talking about the same Haikal?"

Tapi, Haikal buat semua benda tu dengan aku. Dia buat semuanya despite he hates it. I mean, he didn't have to but he did.

"With this being said, tak mustahil dia sanggup berubah sebab kau tak suka apa yang dia buat sekarang."

Sebolehnya, aku tak mahu itu berlaku. Andainya dia berubah, biarlah kerana dirinya sendiri. Tak perlulah kerana aku.

"Dah berapa lama kau tak contact dia ni?"

"Adalah dalam empat hari."

"Wow, that's long. In case kau nak tahu dia kat mana, dia ada kat Taman Tasik INSEMAS hari ni. Ada photoshoot kat situ."

Tak nafikan yang aku memang rindukan Haikal. Walaupun empat hari, rasa macam empat tahun ya. He's a douchebag to the world, a sweetheart for me.

"Pergilah tengok dia. Aku bet dia rindu kau jugak tu. Jangan ulang salah aku dengan Umar dulu."

Aku ingat dan masih segar dalam ingatan aku tentang apa yang terjadi antara Ari dan Umar. Hubungan yang retaknya kerana fitnah dan juga keegoan Ari sendiri dan turut diakui oleh Ari sendiri. Aku tak nak itu berlaku kepada aku dan Haikal.

Dalam perjalanan pulang, aku sempat singgah di Taman Tasik INSEMAS untuk melihat samada Haikal masih berada di situ. Aku nampak memang seperti ada set penggambaran di situ tapi motor Haikal tiada pula di situ.

Aku turun dari kereta dan menghampiri set itu. Propsmaster mereka yang juga kawan aku, Dolly datang menegurku. Dolly ni sama batch dengan aku cuma sebab dia tomboy sikit dan juga minat dia lebih kepada benda seperti ini, dia memilih bidang props making.

"Cari siapa, Put?"

"Haikal Herman ada sini tak?"

"Ada. Dia keluar kejap sebab sekarang tengah rehat sejam. Kenapa, Put?"

"Takde apa. Saja je datang singgah."

"Haa, alang-alang kau tanya pasal si Haikal tu, ni aku nak membawang ni." Dia menarik aku duduk di salah satu bench di situ. "Hari ni dia pelik sikit tau."

"Maksud kau?"

"Dia tegur semua orang. Kau tahulah dia punya level diva macam mana kan? Tapi hari ni semua orang dia tegur. Siap offer belikan air lagi tadi. Gila kau tak pernah aku tengok dia macam tu."

Adakah semua ini sebab aku cakap kat dia hari tu? Takkanlah.

"Is that a good thing tho?"

"Good tu memanglah cuma kau faham tak benda tu pelik. Kita semua tahu dia tu macam mana sekali dia jadi macam ni."

Baru hendak sambung lagi, kedengaran semua orang bersorak kegembiraan. Aku berpaling dan aku melihat sosok Haikal dengan membawa dua plastik besar KFC. Di wajahnya juga terpancarnya senyuman yang aku sendiri tak sangka boleh muncul pada jejaka ais beku sepertinya.

Dia terpandang aku dan senyumannya itu kendur sedikit. Dia menyuakan semua beg itu kepada salah seorang krew sebelum datang ke arah aku. Dolly juga sudah pergi menyerbu KFC kesayangan rakyat Malaysia itu.

"Kenapa datang?"

"Because I missed you."

"I'm working and you know I hate it when someone interrupts my working..."

"I'll wait for you. Here. Pergilah. Abang tunggu."

Dia tersenyum segaris sebelum pergi kepada krew yang lain. Aku mengeluarkan handphone dan mula scroll Twitter untuk melihat perkembangan dunia. Salah seorang krew yang aku rasa macam budak baru lepas SPM kemudiannya datang kepadaku membawa sebuah pinggan berisi dua ketul ayam.

"Haikal Herman bagi."

Aku memandang Haikal dan dia mouthing ciuman kepada aku.

Adalah dalam hampir dua jam aku menunggu di situ sebelum mereka semua wrap up. Lumrah shooting macam ni memang kadang-kadang makan masa seharian. Sebab itu aku lebih suka bergiat dalam dunia teater.

"Dah makan dah?"

"Dah. Thanks."

Dia tersenyum dan mengambil tempat di sebelah aku. Keadaan juga sudah petang jadi cuaca agak redup.

"Sayang, Abang minta maaf eh pasal hari tu."

Dia diam dan meneguk Coke botol RM1 yang sudah kurang sejuk itu.

"I miss you."

"I know and Kal pun nak say sorry about it." Dia menyandarkan kepalanya pada bahuku. Tanganku kemudian diraih lembut olehnya.

"But you don't have to be nice just because I asked you to do so, Haikal. I mean, I accept you for whoever you are."

"Tak, bukan sebab tu. Betul apa yang Abang cakap kat Kal tu. Pretty sure ramai je fikir macam tu tapi Kal je blinded with the image that I'm comfortable with. I never get out from my comfort zone. And Abang brought me out of it. So thank you for that."

Aku mencium dahinya.

"I never know being nice is this good."

"Hey, I win your heart by being nice, okay."

"Well, that one thing for sure."

Aku memainkan rambut dia dengan jemariku.

"Malam ni tidur rumah Haikal boleh?" Dia memandangku dengan mata bersinar-sinar persis anime.

"Untuk Sayang, apa je Abang tak sanggup."

"Ditto that!"

Maybe yes, we are all clown for that one person. Kita sanggup buat apa saja termasuk keluar dari comfort zone kita. Dan in this case, Haikal.

Tell me why I shouldn't in love with him???

HaikalWhere stories live. Discover now