Pada hari Sabtu itu, berlangsungnya Karnival Muzik INSEMAS. Ramai juga artis yang menggunakan peluang itu untuk mencari protege baru dan tak kurang juga orang awam yang ingin berjumpa dengan pelajar INSEMAS ni.
Memandangkan aku adalah sahabat sehidup semati Ari, makanya pastilah aku dijemput untuk mengimarahkan event tahunan itu. Dia dan team dia Four Emo Kids sememangnya antara band yang famous namampos kat INSEMAS maka haruslah ramai peminat mereka. Tak pastilah mereka semua datang sebab nak tengok band or nak tengok Ari. Both kut? Dan disebabkan mereka ni famous babi, persembahan mereka dibuat di Foyer Utama Divisyen Muzik. Tapi sebagai sebuah kumpulan yang pernah perform di Dewan Dato' Sri Siti Nurhaliza, apalah sangat foyer tu
"Abang, Kal rasa kan, kalau suara Kal sedap mesti dah lama Kal tinggal bidang berlakon." Aku hempuk dia ni kang. Suara dia taklah teruk tapi takdelah sampai tak boleh nak dengar.
"Sayang, suara Sayang okey jelah. Okey gila!"
"You said that a lot but the moment I opened my mouth in the car, you asked me to shut up already."
I mean, duh?
Kami luangkan masa bersama hari itu dengan melihat band favourite kami berdua. Holding hands and good music, voila! Un momento perfecto!
Ari naik ke atas pentas dan melambai tangannya kepada semua orang. Matanya perasan kami berdua dan dia menjongket kening.
"Hari ini, kami hanya akan menyanyikan satu saja lagu daripada band kami sendiri. Tapi, untuk permulaan, saya akan hadiahkan kepada anda semua, sebuah lagu daripada Vanessa Williams, Save The Best For The Last. And I dedicate this to all who is in love and happily in there." And how sweet of Ari to say it while looking directly to both of us.
"Abang, remember whenever you say you are not as good-looking as what people think?" Haikal berpaling memandangku.
"Yes. I always think like that."
"No you're not. You are handsome. At least to my eyes."
Aku memegang erat tangannya lagi. Kemudiannya dia mencium lembut tanganku.
Seusai persembahan itu, Ari kembali berbicara. Aku tak faham dengan dia ni. Berlakon tu, bakt ada tapi dia lebih selesa dengan menulis dan menyanyi.
"Disebabkan permintaan ramai, I would love to present to you, Haikal Herman to sing yalls a song today. Haikal, I saw you there! Naik cepat!"
Haikal mengeluh berat sebelum akur dan naik ke atas pentas. Dia sempat berborak something dengan audiens sebelum memberitahu ahli band itu lagu apa yang ingin dinyanyikannya.
"Lagu ini saya tujukan kepada someone yang dah ajarkan saya apa maksud cinta. Love is indeed something you don't want to have, but you need, in your life." Dan matanya tepat memandang ke arah aku. Aku blushing seorang diri.
Saat aku tak lagi di sisimu, ku tunggu kau di keabadian...
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapapun insan Tuhan pasti tahu
Cinta kita sejatiTo the end of the song, aku ditegur oleh Haikal Iskandar. And as a normal person, takkanlah aku nak ignore dia ni kut. I mean, obvious sangat nanti.
"Didn't expect to see you here." Dia ni biar benar. Takkanlah aku KD tak datang tengok kut Divisyen lain punya event.
"Oh just supporting them. You're alone?"
"Yeah. Tadi tengok my friend perform kat Auditorium Ahmad Nawab. Lepas tu saja jalan singgah this area. Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini." Boi you're kidding right? INSEMAS ni bukan besar sangat.
"I see..." By now, Ari tengah nyanyi lagu Aku Dan Dirimu dengan Romy, allegedly girlfriend dia. "You like this band?"
"Yeah. I went to their gig before kat Publika and it was nice. They are so damn good!"
"Which song of theirs did you like?" Kalau dia cakap Prasasti, memang dia fake fan sebab almost semua orang akan pilih lagu tu.
"Epitomi. Serius lagu tu underrated gila. Romy killed the second verse and people stil..." Okay, to my surprise, dia sukakan lagu yang sama dengan aku. Dan ya, lagu tu memang tak ramai yang suka sangat. Bukan tak suka, mungkin sebab kurang sambutan kut. "And you?"
"Same. Epitomi jugak."
"Damn! What a coincidence!? You know, great minds think alike."
"Maybe..."
Kami kemudiannya sempat berborak mengenai muzik dan band favourite masing-masing. Dia makin terkejut ketika tahu yang Harraz adalah sepupu aku. I mean, siapa saja yang tak terkejut.
"Everyday you never manage to shook me."
"That's a compliment, right?"
"Of course."
Aku kemudian nampak Haikal kembali dengan membawa dua boba di tangannya. Melihat aku bersama Iskandar, wajahnya berubah.
"Eh, hai Haikal Herman!" Iskandar menegurnya ramah.
"Hai. Kau buat apa kat sini? Kau Divisyen Pengurusan Hiburan kan?"
"Oh, saja datang tengok performance." Nampak Iskandar terkejut dengan soalan Haikal yang even aku sendiri rasa ianya biadap.
"Oh then datang tengok jelah. Kenapa borak dengan director pulak?"
"Sorry. Hmm, then I think best of me to minta diri dulu kut. See you guys later!"
Aku memandang saja Iskandar berlalu pergi dengan sedikit frustration pada wajahnya. Selepas itu, aku berpaling memandang Haikal yang langsung tiada riak bersalah pada wajahnya.
"Seriously?"
"What?"
"You don't have to be rude, you know? That's plain disgraceful act if you were to ask me."
"It's rude because it's true, right? Kenapa dia beriya nak cakap dengan Abang? Dah..."
"Sayang, he's being friendly. He just trying to make friend with me."
"You're his director. Know the boundaries. I requested to Ari to play Aku Dan Dirimu special for you but you ruined the moment by talking to someone else. Tell me why shouldn't I get mad?"
"Did I ask you to? No! So don't say that I don't appreciate anything you've done. I didn't know pun pasal tu."
"Okay now back to him. Are we really bergaduh sebab someone else?"
"No..." Aku jengket sedikit. Payah ya bila pakwe lagi tinggi ni. "This is about you. Maybe you should tone down the ego inside you, Haikal. Some people are just being nice and you should cherish it. Be nice to everyone. Not selective."
Dia terdiam tapi rahangnya mengeras.
"Be nice not because you want something from them. Be nice because that's what we should always be."
"Fine, Kal salah."
"No, this is not a blame. Just a heads up to you. Abang dah penat with you being unnecessary rude to people. Please, Haikal."
Dia tidak menjawab sebaliknya dia berpusing dan terus pergi meninggalkan aku. Aku panggil namanya berulangkali tapi sedikit pun dia tak terkutik.
Biarlah dia ambil masa dia dulu. Aku cakap benda betul kut. Sampai bila dia nak hidup dalam dunia yang tak berkawan tu?
---------------So, what yalls think? Salah Haikal ke?
Also musim Corona ni, let's stay indoors, drink more water and kerap basuh tangan ya...
YOU ARE READING
Haikal
Teen FictionKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...