"Ada apa-apa soalan lagi, Encik Putera?"
"Tak ada, Encik Zul."
Hari itu, bermulalah hari pertama aku sebagai Koordinator Divisyen untuk Divisyen Lakonan. Ironic sebenarnya sebab semasa aku belajar di Institut Seni Malaysia (INSEMAS) aku berada di dalam Divisyen Pengarahan tapi Divisyen Pilihan aku memang Lakonan.
Long story short, biar aku intro sikit. Nama diberi, eh macam MPP bagi speech pula, okeylah, ich bin Putera Inderashah Darul Megawani. Ya, itu memang nama aku. Putera Inderashah Darul Megawani bin Abdul Aziz. Nampak tak melampau dia kat sini?
Tak lama selepas Niko Iskandar dilucutkan jawatannya, aku telah ditawarkan jawatan sebagai Koordinator Divisyen Lakonan. Tapi aku tidak menerimanya awal-awal dek kerana aku rasa serba-salah untuk menggantikan tempat idolaku itu. Tapi selepas kematian dia, aku rasa tak salah untuk aku terima.
Niko turut meninggalkan aku dengan salah satu projek teaternya iaitu Swan Lake dan boom, aku pengarahnya. Mujurlah dia hanya sempat membuat script reading sekali sahaja sebelum dia meninggal dan untung jugalah, girlfriend aku Leeann merupakan watak utama dalam teater itu. Mudahlah sedikit kerja.
Jadi, pada malam itu, di Studio Mariani, berlakulah script reading kali kedua. Tapi sebenarnya more to aku perkenalkan diri sebenarnya.
"Assalamualaikum, nama saya Putera Inderashah Darul Megawani tapi korang semua panggil jelah Putera. Aku baru grad tahun lepas, Divisyen Pengarahan hehe so Lakonan honestly bukanlah forte aku. Aku acting pun biasa je tapi aku harap kita boleh work together as a team."
Memandangkan ini adalah pengarahan pertama aku sebagai KD Lakonan, I have to admit, semua benda macam dah bertukar sedikit. Paling besar, attitude budak-budak. Mana pelakon lelaki utama aku, bangsat?!
"Mana pelakon untuk watak Putera Tasik? Tak datang ke?" Aku bertanya selepas hampir 20 minit menunggu.
Girlfriend aku, Leeann datang dekat sikit kepadaku dengan riak muka serba salah sedikit. Haa sudah kenapa pulak ni?
"You, well I know memang punctuality is the key but pelakon tu memang problem sikit."
"Problem? What problem?"
"Niko yang cast dia dulu without audition pun. So can tell yang sebenarnya dia tu kesayangan Niko dulu hence, we can't do much about it."
Aku taklah rapat sangat dengan Niko tu tapi cerita pasal dia cukup famous satu INSEMAS ni. Especially bila cast watak lelaki utama yang handsome tapi kayu. Aku ingat lagi cerita Bas Ke Singapura tu, bapak kayu budak tu. End up budak tu jugak yang bunuh dia.
Hisy tak baik cerita pasal orang dah mati.
"Budak sini jugak ke pelakon tu?"
"Yang I dengar ya tapi sebab dia terlalu busy, so on paper je dia study sini. Most of the time dia berlakon jelah. Tapi acting dia memang padulah."
"Siapa?"
Baru Leeann hendak membuka mulut, pintu studio dibuka dengan kasar oleh seseorang. Melangkah ke dalam seorang lelaki memakai jersi Manchester City dan seluar trek. Wajahny langsung tak senyum pada kami semua.
"Sorry for being late. Can we start now?" Itu sahaja ayat dia. Maaf pun macam tak berapa ikhlas.
Kami mula duduk dalam bulatan semula. Semua orang memang ketara nampak intimidated dengan dia ni.
"Boleh tak kalau intro dulu awak siapa?" Aku masih cuba bersopan.
Dia menghembuskan nafas berat. "Haikal Herman. 20 tahun. Divisyen Lakonan."
Kami pun memulakan script-reading. Memandangkan this is an adaptation of ballet Swan Lake, maka tidaklah the whole play nanti tarian semata-mata. Korang boleh google sendiri ballet Swan Lake tu macam mana.
So, Haikal. Ya, attitude dia memang kelaut. Aku rasa aku familiar dengan nama dia ni. Tak salah mak dia arwah Natasha Elisa, pelakon yang meninggal rumah terbakar tu. Teruk jugaklah dengar sampai 80% melecur. Itu pun aku tahu sebab it was all over the news berbelas tahun dulu. So ya, memang aku rasa aku familiar dengan budak ni.
Tapi, despite that, acting dia undeniably the best so far. Even script-reading pun, dia still bagi all out punya deliverance. Aku puji dia untuk tu.
Seleps script-reading, kami mula melakukan sedikit perbincangan tentang what to do for our project and this boy is totally senyap for all the time. Macam dia tak ada je.
"Haikal, ada nak tambah apa-apa tak?"
Dia hanya menggelengkan kepala. Memang tak contribute apa-apa.
"Well, just to inform that we will do 4 nights per week rehearsal..."
"Sorry, can only for two nights." Dia mengangkat tangan. Aduh!
"Oh, ada involve play lain ke?"
Dia mengangguk. Diva!
"And I hope kita can work together as a team or even better, as a family."
Setannya dia boleh chuckle time tu. Kimak betul jantan ni! Orang tengah serius dua rius ni dia boleh chuckle.
"Yes, Haikal. Anything?"
"Nothing. Anything else coz I have things to do?"
Pelakon dan krew lain sudah mula bersungut tentang dia ni. Aku pun sudah rasa hendak naik angin. Diva betul! Katherine Heigl wannabe betul.
"If you want to go, you may excuse first." Aku melepaskan ayat tersebut. "We will update you soon."
Dia tidak berganjak. Anjir!
"So, we wrap up for tonight and see you tomorrow, I guess."
Aku menghantar girlfriendku pulang ke bloknya di Blok Panorama. Sebagai pelajar tahun akhir, aku rasa dia agak aktif dengan join aktiviti bukan divisyennya. Dia Divisyen Tarian by the way.
"You, personally I tak kisah you nak fire Haikal tu. Niko ambik dia dulu pun, well, you know why right?"
"Obviously tapi I tak nak nampak tak professional sangat. Kita tengok dulu few weeks ni macam mana. Kalau teruk sangat, I will follow your advice."
"Cari understudy siap-siap. Susahlah nak percaya pelakon diva macam tu."
"Yelah."
Sebenarnya, ada sesuatu yang membuatkan aku rasa macam aku tak nak fire Haikal tu. Dan aku tahu korang akan judge aku kerana ni.
To be honest, there were butterflies in my tummy masa pandang dia tadi. Kenapa eh?
YOU ARE READING
Haikal
Teen FictionKalau cinta itu boleh diumpamakan dengan makanan, pastinya ia merupakan custard cream puff yang baru dikeluarkan dari oven - Putera Sejak kali pertama Putera bertemu Haikal, dia tahu ada sesuatu yang istimewa tentang si misteri itu. Seorang yang bic...