Masuk sahaja di dalam warung Pak Mail, Airis terus meluru kearah sekumpulan lelaki yang sedang lepak disitu. Mata memandang tajam ke arah mereka.
"Apahal kau kacau member aku!" pekik Airis. Farish dan Adrian di sebelah tidak di hiraukan. Mana taknya, habis kawannya ditibai semalam sehingga lunyai. Kalau bukan kumpulan Forezz siapa lagi!
"Woww.. Kau nak menuduh kita orang pun agak-agaklah! Kau ada bukti ke?" kata salah seorang daripada mereka seraya tersenyum sinis.
Laju sahaja langkah kaki Airis menuju ke arah budak tersebut. Kolar baju lelaki tersebut di tarik kasar. Ya, sejujurnya dia tahu keberadaan Ahmad, Amy dan Amanda petang semalam. Setiba sahaja dia disitu, kelihatan kawannya sudah terbaring di tepi jalan tar tidak sedarkan diri. Penuh luka-luka di badan mereka.
"Kalau bukan korang yang usik kawan aku siapa lagi! Kau nak kata Pak Mail yang sentuh dorang ke!" jerkah Airis lalu melayangkan penampar di muka budak tersebut. Ringan saja tangannya kini.
Suasana yang tadi tegang kini bertambah rumit. Adrian dan Farish menarik tangan Airis supaya menjauh daripada lelaki yang sudah separuh nak mati itu.
"Airis kau nak bunuh anak orang ke? Kalau mati anak orang tu macam mana" kata Adrian dengan jelingan tajam.
"Biarlah dia nak mati ke apa! Tak akanlah aku bagi penampar terus mati! Yang kau nak backing dia sangat apasal!" kata Airis bengang.
Zack yang baru sahaja sampai terkejut melihat suasana yamg mula riuh-rendah. Terus kakinya melangkah ke arah budaknya. Dengar sahaja cerita daripada Jais dia terus meluru ke arah Airis. Rambut perempuan itu ditarik daripada belakang.
"Apa masalah kau perempuan! Kalau kau nak tunjuk taring kau bukan dekat budak aku" kata Zack lalu menumbuk 2 kali diperut Airis. Kisah apa dia perempuan ke tak!
Laju sahaja Farish melayangkan penumbuk sulungnya ke arah muka Zack. Airis yang ke senakkan cuba sedaya menahan kesakitan.
"Eh? Apa bising-bising ni! Ya Allah! Airis kalau kamu nak bergaduh jangan nak buat kecoh kat kedai pak cik! Kamu pergi dari sini sekarang!" kata Pak Mail dari arah dapur. Sempat lagi dia mengambil penyapu lidi untuk menghalau mereka bertiga.
Tidak betah berlama-lamaan di situ laju sahaja Airis melangkah kaki ke kereta. Begitu juga dengan Adrian dan Farish. Kepergian mereka dihantar dengan jelingan tajam. Sempat lagi makcik-makcik di situ mengkretiknya.
"Aku akan pastikan kau merana Airis" bisik hati jahatnya.
☁☁☁☁☁
"Eh, Airis apasal kau bertampal-tampal ni? Pagi tadi okay je" kata Amy seraya bangun daripada baringannya.
Adrian dan Farish di belakang Airis dipandang meminta kepastian. Tangan Farish juga terdapat plaster. Sah gaduh!
"Korang gaduh ke?" tanya Ahmad kepada Adrian.
"Hmm" deheman yang diterima cukup membuat mereka yang berada di situ berasa terkejut. Amanda masih tidak sedar diri.
Bunyi tarikan roda mesin menarik perhatian mereka semua di situ. Kelihatan seorang jururawat dan seorang figura memakai kot doktor di tubuh tersebut.
"Mamat ni lagi!" bentak Airis dengar tak dengar sahaja. Laju kakinya melangkah keluar daripada bilik tersebut. Bahu lelaki tu, sengaja dilangarnya tanpa ada perasaan bersalah.
"Eh'eh minah ni! Tak padan dengan perempuan!" bentak hati Faiz. Stetoskop yang terjatuh dikutip kasar. Pandangan yang diterima hanya dibiarkan seperti angin berlalu. Langsung tak terkesan pada dirinya.
"Tak apa Rose biar saya yang buat. Awak boleh sambung kerja awak" kata Faiz lalu mendapatkan patientnya.
"Doktor kenal ke dengan kawan saya tu?" kata Amy yang sedari tadi hanya memandang Doktor dihadapannya. Tolonglah katakan tak!
"Kenapa awak cakap macam tu?" kata Faiz dengan kerutan di dahi. Sempat lagi dia mengerling sekilas memandang perempuan di hadapannya. Haikal di sebelah sudah menahan bengang.
"Tak ada apalah" kata Amy menahan malu. Pandangan kawan-kawannya tidak dihiraukan. Aku suka kaulah mangkuk!
Setelah mengambil tekanan darah patientnya dia berlalu pergi meninggalkan bilik tersebut. Tak betah dia duduk berlama-lamaan di dalam bilik tersebut. Lebih-lebih lagi tingkah-lakunya asyik ditenung oleh perempuan yang bernama Amyza itu. Nampak sahaja kelibat perempuan yang sengaja melangarnya di mesin minuman laju sahaja kakinya melangkah ke arah perempuan tersebut.
"Apasal mamat ni? Sewel ke apa.. Harap je doktor tapi gila" bisik hati Airis dengan kerutan di dahi apabila doktor itu berdiri betul-betul ditepinya. Terkejut juga dia tetiba je si Faiz ni ada ditepinya. Sebaik air yang dipegang tidak tertumpah. Kalau tumpah dah dilukunya kepala si Faiz ni.
"Aku just jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang doktor je" kata Faiz. Sempat lagi dia mengambil cawan kertas yang berisi Milo Ais di tangan perempuan itu lalu beredar.
"Oii! Air aku tu! Belilah sendiri pemalas!" pekik Airis tidak puas hati. Tidak betah berlamaan di situ laju sahaja kakinya melangkah ke arah bilik yang menempatkan kawannya.
"Airis kau pergi mana tadi?" tanya Farish yang terlihat susuk tubuh Airis.
"Aku beli ni.. Tetiba je terasa lapar" kata Airis sambil melayang-layangkan bungkusan beg plastik putih di tangan. Serupa macam budak-budak!
"Kau ada problems ke dengan mamat tu?" kata Zain tepat ke muka kawannya. Amy yang sedang minum laju sahaja memandang kearah kawannya.
"Tak ada pun.. Asal?" kata Airis hairan. Kaki melangkah ke arah Amanda yang sedang nyenyak tidur.
"Tak adalah. Kau main rempuh je doktor tu tadi tapi doktor tu pun boleh tahan gak bengang dia kat kau" kata Zain panjang lebar. Tercalit senyuman di tepi bibirmya. Geli hati mungkin.
"Ooo, biarkanlah mamat tu. Manda dah bangun ke?" kata Airis kepada yang lain. Sempat lagi dia menguis rambut si Amanda.
"Dah time doktor tu check dia tadi, lepas tu dia ada tanya mana kau. Itu je" kata Idlan yang diam daripada tadi.
"Ooo.. Lagi pun aku tak boleh lama ni. Mak aku dah call tadi" kata Airis sepatah lalu mengambil tempat disisi Amanda.
☁☁☁☁☁
"Rose tolong gantikan saya punya kepada baru! Sebelum tu awak ambil buku rekod patient 2 minggu lepas saya nak semak semula!" kata Faiz masuk sahaja di kawasan kecemasan lalu meletakan stetoskopnya kasar di atas permukaan meja. Cawan kertas di tangan dipandang lalu diteguk saki yang tinggal sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Amalin yang duduk di kaunter laju sahaja mendapatkan Rose.
"Hey rose! Kenapa dengan Doktor Faiz tu? Bad mood semacam je? Pagi tadi okay je" kata Amalin sambil menyiku lengan rakannya.
"Entahlah.. Aku pun tak tahu.. Rasanyalah sebab perempuan yang lawat patient.." kata-kata Rose termati apabila kedengaran suara di belakangnya.
"Seronok dapat mengumpat saya? Yang awak ni Rose saya minta apa? Ada saya suruh awak membawang dengan Amalin ni ke!" sembur Faiz pedas.
Rose yang sudah ketakutan terus meletakan buku rekod yang diminta sempat lagi diselitkan dengan stetoskop. Amalin pula sudah lari terlebih dahulu. Gerun mungkin?
Laju sahaja kaki Faiz terus mendapatkan jerurawat yang berhampiran dengannya. Buku rekod di letakkan di atas meja.
"Amir nanti tolong check senarai patient yang baru masuk pagi tadi. Lepas tu yang dah boleh discharged dah boleh balik. Kalau boleh masukkan beberapa patient ke dalam wad. Ruang dekat sini pun dah nak penuh!" kata Faiz lalu menuju ke biliknya.
Amir hanya menghantar jelingan tajam. Mentang-mentanglah dia tu pangkat doktor asyik nak menyuruh je! Buku rekod dicapai kasar selepas figura doktor itu sudah tidak kelihatan.
#janganlupalike❤️
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...