Bab 31

340 17 3
                                    

DARI tadi matanya tunak memandang ke arah sekelompok yang tidak jauh daripada kedudukan mejanya. Alif dan Ikawan mengaru pelipis kepala. Kalau ia pun cemburu perlu ke memandang yang halal seperti mahu menerkam?

"Tak habis lagi ke Izz?" Kata Alif lalu mengunyah nasi goreng ayamnya. Tidak semena-menanya jelingan tajam yang dia dapat. Automatic tangannya memegang sudu di dalam pinggan sebelum membawa sudu yang telah terisi dengan nasi ke dalam mulutnya sekali lagi.

"Yang korang ni macam anjing dengan kucing dah kenapa pula? Dari semalam lagi aku perhatikan" kata Ikwan dengan mengaru keningnya.

"Tak ada apalah Wan. Cuma salah faham je" kata Alif apabila melihat Faiz yang mendiamkan diri. Manakan tidak jasadnya ada disitu tapi fikirannya ke lain.

Ikwan yang melihat kelibat Damia di meja yang diduduki oleh rakan sekerjanya dipandang penuh minat. Rasanya sudah dua bulan juga dia tidak melihat wajah itu selepas direhatkan.

Boleh je kalau dia hendak ke wad kecemasan, tapi itulah. Jadualnya terlalu padat untuk sebulan itu. Kalau bukan didalam bilik kerjanya, ke dalam bilik bedahlah dia. Maklumlah menjadi doktor pakar bukannya terlalu senang seperti orang sangkakan.

Percakapan Alif terhenti apabila melihat sahabatnya yang leka dengan dunia sendiri. Begitu juga dengan Ikwan. Matanya statik memandang ke arah yang sama. Pandangan pelik jelas pada raut mukanya. Sah, kawannya mula mabuk kepayang! Tapi apa kena mengena dengan Ikwan?

"Huh, kalau dah angau sangat tu pergi jelah. Yang lagi pandang-pandang tu buat apa" kata Alif lalu menompang dagunya. Tidak semena-menanya Faiz bangun daripada duduknya.

"Korang makanlah dulu paper roger" kata Faiz lalu beredar. Alif sudah terlongo manakala Ikwan hanya tersegih melihat wajah kawannya. Siapa suruh cabar, kan dah kena.

Faiz melilau memandang ke sekeliling. Namun, masih tidak kelihatan dipandangan matanya. Kakinya melangkah ke tandas awam. Lintas sahaja di hadapan pintu tandas perempuan dari luar lagi dia dapat mendengar bunyi orang yang sedang muntah. Kakinya statik berdiri di hadapan pintu.

Lebih kurang 10 minit dia masih setia menunggu. Namun gerangan yang ditunggunya masih tidak memunculkan diri. Belakang tengkuknya diusapnya perlahan. Kakinya menuju ke pintu tandas lelaki. Baru sahaja dia hendak memboloskan diri, pintu tandas perempuan dibuka dari dalam. Terus termati langkahnya apabila melihat gerangan tersebut.

"Baby jangan banyak meragam ya, mama masih kerja lagi. Papa busy sebab tu papa tak datang tengok awak" kata Airis pada perutnya yang sedikit kehadapan. Tanpa dia sedari ada seseorang yang berada disitu. Baru lima langkah dia kehadapan lengannya dipegang oleh seseorang. Terus badannya berbalik melihat gerangan tersebut. Mulutnya terkunci dari sepatah kata.

"Ikut aku" kata Faiz sebelum beredar. Airis yang terasa penat sebaik sahaja melepaskan keinginan anak tekak, tiada tenaga untuk berdebat dengan suaminya. Dia hanya menurut tanpa sepatah kata.

Di hadapan bilik kerja suaminya,dia mengerutkan dahinya. Untuk apa lelaki itu mengajak dia kemari? Dia teragak-agak hendak masuk ke dalam.

"Masuklah, aku tak makan orang lagi" kata Faiz didalam. Dengan malas dia memboloskan dirinya.

"Awak nak cakap apa, cakaplah! Saya tak larat kalau awak ajak berdebat." Kata Airis yang masih berdiri. Faiz mengaru keningnya. Entah dari mana dia hendak memulakan perbualan diantara mereka.

"Duduklah, tak akan nak jadi tugu negara dalam bilik aku." Kata Faiz dengan senyuman sinis. Sudah lama dia tidak nampak senyuman tersebut. Rasa rindu pun ada.

Bekal nasi yang ditapau dari rumah dikeluarkan dari bawah meja. Bungkusan kain tersebut diletakkan pada permukaan meja sebelum dihulurkan pada Airis.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now