Bab 22

327 13 2
                                    

Damia yang  terasa bosan terus pasang niat untuk keluar menghirup udara segar. Sementara diberi cuti, baik dia manfaatkan secukupnya. Baru sahaja dia hendak keluar daripada bilik langkahnya terhenti saat terdengar bisikkan suara orang yang lalu di depan biliknya.

"Aku dengar doktor Ikwan ada perjumpaan jodoh, betul ke?" tanya salah seorang nurse kepada rakannya.

"Memang betul, satu hospital pun dah tahu.. Semuanya sebab perempuan dalam bilik 507 tu! Kalau bukan disebabkan perempuan tu, doktor Ikwan pasti dah pergi dah" jawab nurse yang kedua.

"Beberapa hari lepas aku ada nampak perempuan tu macam bertekak dengan doktor Ikwan.. Teruk jugalah aku tengok sampai perempuan tu jatuh.. tapi sayang sebab aku tak dapat dengar bicara dorang!" rungut seorang nurse lagi.

"Huhh, kalau aku jadi dia.. Aku tak akan sebodoh tu! Tak sanggup aku nak tagih simpati... Macam tak ada maruah" kata nurse yang pertama semula.

Damia yang mendengar terus kembali ke katilnya semula. Tidak sanggup dia hendak menadah telinga mendengar bicara tersebut. Benanah hatinya. Rasa nak cekik ketiga orang nurse itu pun ada!

"Saya benci awak, Ikwan.. Benci sangat!" kata Damia perlahan. Pandangannya dibuang ke arah tingkap. Satu persatu air matanya jatuh ke pipi. Sehingga bunyi suara esakkan di ruang tersebut. Bilik vip jadi hanya dia sahaja yang dalam itu.

•••••

*Rujuk bab15 part Aiman & Alif

Seperti yang dijanjikan, Aiman sudah siap sedia menunggu kedatangan Airis di mall. Dia mendapat mesej daripada Alif bahawa Airis akan berada di situ.

"Mak long Airis nak beli something... Mak long tunggu dekat kereta ya.. Nanti Airis terus datang ke kereta" kata Airis sambil memberi kunci kereta milik Faiz.

Nak naik kereta sendiri, kereta dekat rumah sewa. Jawapannya kena ke rumah sewa dia itulah.Masuk sahaja ke dalam kedai Guardians Airis terus pergi ke bahagian perubatan. Namun tanpa di sedari langkahnya di ikuti oleh seseorang.

Nampak sahaja kelibat Airis yang baru kelua Aiman terus melangkah mendapatkan Airis. Di pegang pergelangan tangan Airis sehingga membuat langkah perempuan itu terhenti. Lihat sahaja figura itu, Airis terus merentap pergelangan tanggannya kembali.

"Riana sakit ke? Kenapa Acap tengok Riana keluar dari farmasi?" soal Acap bertalu-talu.

"Saya sudah beritahu jangan ganggu saya lagi! Antara kita dah tak ada apa-apa! Awak tak faham lagi ke Acap! Awak nak saya merayu siap berlutut dekat awak, baru awak nak faham ke?"

"Benci sangat ke sampai siap nak berlutut? Pandang Acap pun dah tak nak.. cakap dengan Acap lagilah.." keluh Aiman perlahan.

Baru sahaja dia nak menjawab, telefon di dalam begnya berbunyi minta di angkat. Tertera nama Faiz di skrin telefon. Dengan berat hati diangkat juga panggilan itu.

"Hello" sahut Airis menandakan dia berada didalam talian. Pandangan Aiman tidak diendahkan.

"Kau kat mana? Pergi beli barang ke pergi buat barang! Kalau boleh satu mall sekali kau nak beli" segah Faiz tiba-tiba. Mana taknya, bangun-bangun sahaja isteri tidak ada di sebelah. Kalau sebelah okay lagi, ini masalahnya tiada di rumah! Tahu-tahu dah keluar dengan mak sedaranya.

"Awak ni memang tak reti nak bersabar ke? Ingat pasar raya ni mak ayah saya punya? Tunggulah sekejap sikit lagi kami balik" marah Airis di dalam talian. Terus dimatikan telefon tanpa menunggu sahutan dariapa Faiz. Faiz sudah tersenyum sampai ke telinga. Jarang dia nak dapat tengok kemarahan Airis. Mana taknya kalau hampir setiap kali asyik nak bertekak. Sekali jadi air pun okaylah.

"Saya bagi amaran dekat awak, kalau awak masih kacau atau ganggu saya lagi jangan salahkan saya kalau tangan saya tiba-tiba naik ke muka awak.." kata Airis dengan amaran. Baru selangkah dia terus terhenti sambil berkata tanpa melihat muka Aiman.

"Dan satu lagi, saya sudah berkahwin.. Dah nak masuk 4 bulan.. Saya ada suami dan saya perlu jaga maruah suami saya! Nak tak nak, awak kena terima kenyataan.. Saya harap awak faham situasi saya" kata Airis tenang. Sampai bila dia hendak berdiam diri? Daripada Aiman asyik mengganggunya lebih baik dia berkata benar.

"Tapi awak tak cintakan suami awakkan? Cinta awak masih pada sayakan?" Tanya Aiman tanpa berfikir panjang. Airis yang mendengar susah mati langkah. Tipulah kalau dia katakan tak. Padahal dah duduk serumah dengan sebilik lagi. Pasti ada walaupun sedikit.

"Awak silap.. Saya cintakan dia.. Walaupun saya tak kenal dia, tapi dia jauh lebih baik dari awak.. saya minta diri dulu" kata Airis tanpa melihat muka Aiman. Jawapan Airis cukup mensiat sekeping hatinya.

"Tak mudah untuk aku mengalah, Airis Adriana... Selagi kau tidak menjadi hak aku"bentak hati Aiman. Namun nak tak nak dia kena telan juga walaupun perit.

•••••

Puan Farah memulas tombol pintu bilik anaknya. Sejak anak perempuannya itu berkahwin langsung tiada sebarang cerita yang didengarkan. Keras sungguh hati suaminya. Pernah juga dia memujuk suaminya agar memaafkan anak perempuannya itu. Gambar yang ada di tepi meja anaknya di bawa ke dalam pelukkan.

Dengar sahaja bunyi enjin kereta yang masuk ke pangkaran rumah dia terus meletakkan album itu kembali. Kakinya dibawa ke ruang tamu. Nampak sahaja  kelibat suaminya terus dia datang mendekat.

"Lambat abang balik hari ni"

"Tadi ada majlis tahlil dekat surau.. Menantu pak Iman baru lepas bersalin"

Dengar sahaja kata yang baru keluar daripada mulut suaminya dia teringat akan anak perempuannya. Adakah anak perempuannya itu dalam keadaan yang baik? Sihatkah? Adakah dia juga turut sudah mempunyai anak? Bermacam-macam soalan yang bermain dibenak fikirannya. Encik Kamal yang dapat tangkap terus mengubah topik.

"Anak sulung kamu mana? Tadi dekat surau batang hidung dia pun saya tak nampak" tanya encik Kamal sambil memandang sekitar pelusuk rumah. Namun tidak kelihatan.

" Ada dekat atas... Baru sahaja balik daripada kerja" kata

Nampak sahaja kelibat suaminya yang hendak naik ke atas terus dipegang tangannya. Terus termati langkah suaminya.

"Kalau awak tak keberatan, saya ingat nak cari anak perempuan Kita" kata Puan Farah mengeluarkan isi hatinya.

"Tak payah cari dia! Kalau dia ingat yang mak bapak dia masih hidup dia yang cari kita, bukan kita yang cari dia! Dan saya tak nak dengar lagi pasal ni" kata Encik Kamal tiba-tiba.

"Tapi sampai bila abang nak nafikan? Abang sendiri juga rindukan dia bukan? Saya ada dua orang anak! Saya yang mengandungkan dia! Sakit dia, saya juga yang rasa! Abang tak boleh pentingkan diri!" kata Puan Farah tidak berpuas hati.

" Saya tak nak bahaskan soal ni!"

" Kenapa abang kejam sangat dekat Airis? Kita tak dengar lagi penjelasan dari dia... Mungkin sebelum terjadi benda tu dia memang terjerat" kata Puan Farah lagi. Hatinya terlalu rindukan anak perempuannya.

" Saya penat.... Saya naik dulu" kata Encik Kamal lalu naik keatas. Ditinggalkan isterinya dibawah.

Kepergian suaminya dipandang dengan air mata. Luluh hatinya melihat sikap suaminya yang ambil tidak endah terhadap anak perempuannya itu. Iffat yang kebetulan hendak turun terbantut apabila ibu ayahnya bertekak soal adik perempuannya. Terus diatur langkahnya ke arah bilik semula.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now