Bab 21

318 16 2
                                    

Sampai sahaja di rumah Ikwan terus merebahkan badannya di sofa. Kepalanya disandarkan. Hilang segala penat yang dia pikul beberapa jam yang lalu.

"Huhh, baru ingat rumah! Nak dekat jam 2 pagi baru nampak batang hidung! Kamu pergi mana? Kamu tahu tak si Raiqa bagi tahu ibu dia tunggu kamu dari jam 8 suku kamu tak datang-datang! Kamu nak malukan ibu ke!" pekik ibu Ikwan sambil bercekak pinggang.

"Tadi Wan ada emergency, bukan Wan nak malukan ibu"kata Ikwan perlahan. Pandangan pelik dari ibunya tidak diendahkan. Lagi pun bukan dia nak sangap perjumpaan ini! Ibu dia je yang beria..

"Emergency apa! Kamu sendiri yang cakap dengan ibu hari ni jadual kamu tak padat" balas ibu ikwan tidak berpuas hati. Ikwan yang malas mendengar bebelan ibunya terus naik ke atas.

"Hei! Nak kemana tu! Aku belum habis cakap lagi ni" pekik ibu Ikwan melihat sikap anak bongsunya.

Naik sahaja ke bilik dia terus menuju ke katil. Dengan pakaian seharian yang tidak tertukar terus sahaja dia baringkan badannya. Terimbau peristiwa beberapa hari yang lalu.

Flashback

"Doktor okay tak? Kenapa sejak dua minjak ni saya tengok doktor asyik bad mood je?" tanya Damia sekadar hendak membuka perbualan. Terus langkah Ikwan berhenti.

"Jaga kain awak jelah" balas Ikwan dengan nada bekunya. Entah dimana silapnya Ikwan menepis tanggannya sehingga badannya jatuh ke lantai. Padahal time itu Damia hendak berjalan seiring dengan Ikwan. Tapi lain pula yang jadi.

"Boleh tak kalau seharian awak tak follow saya! Perbuatan awak tu semakin buat saya bertambah serabut tahu tak!" jerkah Ikwan. Sebaik mereka berada di tempat parking kereta.

"Sebenarnya saya dah lama sukakan doktor.. Tapi saya malu nak luahkan" kata Damia dengan berani. Dia berdiri semula walaupun terasa sedikit perit pada pergelangan kakinya. Bukan Ikwan tidak nampak tapi dia hanya berdiam diri sahaja.

"Huhh, seriously? Better awak buang perasaan tu.. Carilah lelaki yang lebih padan dengan awak.. Saya gerak dulu.." balas Ikwan tanpa menoleh ke arah Damia.

"Saya tak minta pun doktor balas perasaan saya.... Dan itu tak bermaksud doktor boleh menghina saya sesuka hati doktor! Saya pun tak hamaklah dengan doktor! Banyak lagi lelaki yang boleh saya dapat dekat luar tu! Mungkin jauh lebih baik dan sempurna daripada doktor!" Pekik Damia tiba-tiba. Ikwan masih memberikaan pandangan tanpa riak.

"Sebelum itu.." jerit Damia tiba-tiba apabila terlihat susuk tubuh Ikwan yang hendak melanglah pergi. Jarak diantara mereka didekatkan dalam beberapa meter.

"Untuk pengetahuan doktor benda yang paling saya kesal dengan menyimpan perasaan terhadap doktor! Saya kesal sangat sebab pernah menyukai doktor!" sambung Damia lagi. Air mata yang lama bertakung sudah jatuh ke muka mulus Damia. Kakinya terus menuju ke arah keretanya. Ikwan hanya diam tidak terkutik.

"Arghh! Apa masalah aku sampai nak fikirkan pasal minah ni!" Kata Ikwan dengan serabutkan rambutnya. Kepalanya terasa kusut sangat. Dengan masalah ibunya yang tidak habis-habis mendesaknya. Tanpa tunggu lama dia terus menuju ke bilik mandi.

•••••

"Airis termenungkan apa tu?" Tanya mak long apabila melihat Airis termenung jauh. Kerusi panjang yang sememangnya kosong sedari tadi didudukinya.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now