Kereta Honda CR-V milik Faiz dibawa membahagi jalan. Tidak salahlah kalau nak dikatakan Faiz ini orang berada. Kereta sahaja dah sampai dua. Tapi jarang dia nampak Faiz membawa kereta yang satu ini. Ini pun dia ambil sahaja kunci kereta itu, tanpa meminta pendapat si suami.
Lebih kurang setengah jam masa perjalanan diambil. Seperti yang dikatakan, kini dia sudah berada di pangkaran kawasan perumahan sewanya. Turun sahaja daripada kereta dia terus mengatur langkah ke pintu utama. Beg tanggannya diletakkan di atas meja televisyen.
"Misi mengemas rumahlah nampaknya" kata Airis perlahan. Lebih kurang 30 minit ruang tamu itu telah bersih tanpa sebarang habuk. Kakinya dibawa ke dapur. Bahan masakkan yang telah tamat tarikh luput dimasukkan kedalam beg plastik sampah.
Selesai sahaja siap mengemas kaki di bawa ke ruang tamu dengan menjinjit plastik sampah ditangan. Sempat lagi dia mengambil kunci kereta miliknya. Keluar sahaja daripada rumah kakinya diaturkan ke arah tong sampah. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah dirinya ditegur oleh seseorang.
"Baru pindah ke dik?" tanya seorang mak cik yang merupakan jiran sebelah rumah.
"Tak adalah mak cik... Beberapa bulan yang lepas saya memang dah duduk sini... Lepas saya dah kahwin saya mula duduk dengan suami saya" balas Airis lembut. Mak cik yang mendengar itu sudah mengerutkan keningnya. Bila masa pula budak perempuan ini kahwin?
"Dah kahwin... Mak cik ingat masih anak dara lagi.. Baru mak cik ingat nak kenalkan kamu dengan anak kedua mak cik.. manalah tahu tersangkut" kata mak cik itu lancang. Airis sudah menayangkan wajah yang ketara. Sebaik suaminya tidak ikut sekali. Kalau didengari oleh Faiz mati dia hendak membuka bicara. Apatah lagi perangai suaminya dia sendiri tidak dapat diduga.
"Saya minta diri dulu, ada lagi benda saya nak buat dekat dalam.. Assalamualaikum" pamit Airis dengan sopan. Kakinya terus menuju ke arah keretanya untuk memanaskan enjin. Makin lama dilayan tak siap kerjanya. Walaupun yang tinggal tak banyak.
"Alahai Encik Honda.. Bila mama boleh bawa kamu balik.." kata Airis sendirian. Dah macam orang gila pun ada. Siap bercakap sorang-sorang lagi tu.
Tangannya turun ke perut. Diusap perlahan-lahan perutnya yang masih kempis. Tersenyum dia sendirian. Tak disangka kandungannya sudah genap 2 bulan. Satu nyawa yang dia sendiri tidak tahu tentang kehadirannya. Namun tiada sesiapa lagi yang tahu kewujudan si kecil termasuklah suaminya.
"Taniah puan! Puan mengandung... Saya sarankan puan jangan melakukan kerja yang berat-berat.. Kandungan puan masih awal lagi dan risiko untuk keguguran sangat tinggi" kata si doktor perempuan.
Dia sendiri tidak percaya. Umpama macam mimpi pun ada. Namun untuk disebarkan perkara baik ini buat dia takut akan sesuatu. Apakah Faiz akan menerima kewujudan si kecil? Atau semua yang berlaku pada Faiz sejak kebelakangan ini berkaitan dengan si kecil?
Tanpa membuang masa, dia terus melakukan kerja yang terbengkalai. Selesai sahaja siap dia terus mengunci pintu rumahnya. Tubuhnya terus masuk ke dalam perut kereta. Tanpa dia sedari dirinya di perhati oleh seseorang sehinggalah keretanya hilang daripada pandangan.
•••••
"Iqbal mengendap siapa tu? Dari tadi mak tengok kamu terjenguk-jenguk memandang jiran sebelah" tanya Puan Suraya kepada anak keduanya. Sejak ditinggalkan kekasih hati, anak terunanya seakan kurang waras. Semua perempuan pada pandangan anaknya adalah sama.
"Siapa perempuan yang baru keluar dari rumah sebelah ini mak?" tanya Zafril Iqbal dengan penuh minat.
"Dia jiran sebelah rumah ni, tapi dia jarang duduk sini" balas Puan Suraya.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...