Bab 15

322 13 0
                                    

Airis yang terpisat hendak bangun menenyeh matanya. Kantuknya masih lagi terasa. Jam di dinding di kerlingnya. Jam 5:45 pagi. Telefon disisi berdering menandakan mesej masuk. Terus dia mengambil lalu membuka aplikasi whatsapp.

Unknown
Oii! Nanti tak payah drive.. Kau naik teksi je! Balik naik aku! Lepas baca jangan lupa balas!
Nanti balik tunggu aku dekat simpang empat!

Airis yang memang dalam keadaan mamai tidak dapat memproses mesej yang diterima. Jarinya laju sahaja menari di atas skrin telefonnya.

Ni siapa ya? Lagi satu mana dapat nombor ni? Kita pernah kenal ke🙄

Faiz yang mendapat mesej daripada Airis sudah menyinga. Soalan apakah? Sah minah ni tak save nombornya. Siap kau!

Unknown
Bapak kau yang tengah chat kau ni! Nampak sangat tak save nombor aku! Aku suami kaulah bodoh! Kau save sekarang!

Amboi.. Sedapnya mulut pagi² dah panggil orang bodoh! Kau tu macam pandai sangatlah! Bengap 2×5 je!

Airis tidak dpat menerima orang memanggilnya sedemikian rupa. Nasiblah jauh, kalau depan ni dah lama dia tenyeh kepala lelaki tu! Nasib suami! Terus di save nombor lelaki itu.

Faiz gila💔
Pagi² dah maki suami.. Nak cium bau neraka sangat ke😏.. Dah banyak sangat pahala tu! Kau nanti just bawa pakaian kau je..

Cakap orang! Dia tu maki isteri apa cerita pula! Not fair😡

Faiz gila💔
Aku suami.. Kau isteri so mana paling berkuasa😏

Dahlah daripada layan kau baik aku siap! Tapi apasal aku kena naik teksi gila! Dahlah rumah aku jauh ke dalam..

Faiz gila💔
Ada nampak muka aku kisah? Zaman moden naiklah grab.. Tak akanlah aku suruh naik teksi kau nak naik teksi juga! Kuno betul kau ni!

Airis sudah berdecit geram. Sakit pula hatinya dengan sikap sambalewa si Fsiz terhadapnya. Apa dia ingat rumahnya macam dekat rumah bandar sana tu ke? Rumah dia nak ke depan pun ambil masa 20 minit! Ni nak jalan kaki ke depan naik grab! Dahlah kawasan rumahnya itu hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk!

Tanpa menunggu lama, Airis terus siap. Ambil masa 10 minit baru dia siap. Ni belum termasuk breakfast! Sebaik Dia sudah tempah grab tadi. Beg pakaiannya di bawa ke luar.

Faiz gila💔
Nanti kalau dah sampai tunggu dekat bawah pokok.. Baris 2M.. Nombor plat AW 1544 Honda Civic!

Pesan Faiz di dalam mesej. Airis sudah mengemam giginya geram. Sebaik sahaja sampai di hadapan pondok pengawal, Airis terus menuju ke arah garab yang tidak jauh daripadanya. Lebih kurang setengah jam dia sudah sampai di hadapan hospital.

Kakinya mengatur ke arah parking kereta 2M. Matanya tidak lepas memandang ke arah nombor plat kereta. Mamat ni pun satu tak nak cakap kiri ke kanan! Entah dah sampai ke tak dia ni! Dengan tiba-tiba kereta ketiga daripada tempat dia berdiri membunyikan hon.

"Lembap! Suruh cari kereta je pun! Bukan suruh cari benda lain" tepik Faiz sebaik sahaja keluar daripada kereta. Langkahnya datang ke arah Airis. Beg perempuan itu di ambil lalu di letakkan di bahagian bonet kereta.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now