Bab 20

349 23 2
                                    

Buka sahaja mata dia melihat Faiz yang masih tidur terlantar pulas disebelah. Terus matanya beralih melihat tubuhnya. Masih elok tersarung baju. Kejadian malam tadi berlayar dikotak fikirannya. Terasa bersalah pun ada di segenap pelusuk hatinya.

Flashback

"Boleh tak kalau kau jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri" bisik Faiz tepat ke telinga Airis.

"A..awak cakap apa ni?" kata Airis dengan mencuba melepaskan pelukan yang masih kemas dipinggangnya.

"Aku nak kau.." kata Faiz dengan meletakkan kepalanya dibahu Airis. Tubuh isterinya masih kaku seperti tidak bernyawa. Dihidu bauan rambut isterinya.

Tiada sepatah sahutan daripada Airis. Faiz melepaskan pelukannya lalu membalikkan tubuh. Airis yang melihat perubahan suaminya terus membalikkan tubuh menghadap belakang Faiz.

"Awak marah saya ke?" tanya Airis perlahan. Penglihatan yang samar-samar sukar untuk melihat raut muka Faiz. Satu keluhan dilepaskan perlahan apabila pertanyaannya tiada sebarang sahutan. Dengan sedikit kekuatan Airis memberanikan dirinya mendekati Faiz yang tidak jauh daripadanya.

"Awak.."

"Tidur jelah... It's okay aku tak nak paksa engkau pun" kata Faiz. Tanpa banyak bicara Airis hanya menurut sahaja. Penglihatannya masih statik ke arah Faiz.

Pergerakkan di sebelah mematikan lamunan Airis. Pandangannya terus teralih ke arah Faiz. Sikit demi sedikit mata yang terpejam itu terbuka juga. Baru sahaja Airis hendak melarikan diri pergelangan tangannya di pegang oleh Faiz. Terus tubuh Airis terbaring semula ke atas katil.

"Nak pergi mana?" kata Faiz dengan mamainya. Ditarik Airis kedalam pelukannya. Kepalanya disandarkan dibelakang tubuh Airis. Serta merta tubuh Airis menjadi kaku umpama manusia yang tidak bernyawa.

"Awak..." Airis mula bersuara apabila suasana diantara mereka dirasakan semakin janggal. Pelukan yang masih kemas dipinggangnya cuba dirungkaikan. Namun tanggannya digenggam erat oleh Faiz.

"Shuhhh... Just stay with me.. kau pakai apa ni?" kata Faiz perlahan. Kepalanya ketika itu terasa sangat berat. Apatah lagi hendak membuka mata.

"Huhh?"

"Bau engkau buat sakit kepala aku hilang" kata Faiz dengan mata yang terpejam. Pelukannya dieratkan lagi. Umpama tak nak melepaskan Airis pergi daripadanya. Airis tidak menjawab sepatah pun sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menemani Faiz di situ.

Sedar sahaja daripada ngantuknya, Airis melihat jam dinding. Jam 9:45 pagi! Airis turun dari katil dengan perlahan. Kakinya di bawa ke dalam bilik air. Dekat 30 minit baru dia keluar semula. Pandangannya masih memandang ke arah katil.

"Semalam tak nampak pula dia bermandian hujan. Kenapa pagi ni kelihatan macam nak demam?" bisik hati Airis.

Keluar sahaja daripada bilik kakinya terus diatur ke dapur. Kelihatan keluarga mak sedara lelaki itu sedang sarapan. Rasa bersalah pula sebagai tuan rumah tidak menyediakan makanan untuk tetamu.

"Mak long, Airis minta maaf.. Tadi abang Faiz.." kata-kata Airis termati saat terdengar suara seseorang memanggilnya dari atas.

"Airis naik atas dulu ya, nak tengokkan abang Faiz" kata Airis lalu meminta diri. Kakinya memijak anak tangga satu persatu.

•••••

Tokk! Tokk! Tokk!

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now