Petang itu dia sudah tercegat di hadapan pintu wad kecemasan. Nampak sahaja kelibat orang yang dicari terus kakinya melangkah ke arah itu.
"Riana.." kata Aiman sepatah. Serta merta langkah perempuan itu terhenti. Tubuhnya menjadi kaku.
"Dia.. A..apa dia buat dekat sini?" Tanpa dia membuang masa kakinya terus melangkah meninggalkan tempat itu. Damia di sebelah sudah tertanya-tanya.
"Riana berhenti.. Riana" pekik Aiman lalu menatik tangan Airis daripada terus berlari.
"Dah puas dah lari? Kenapa bila saya panggil awak terus lari" kata Aiman dengan nafas yang tidak teraturnya. Airis disebelah sudah terkumat kamit menyumpah Aiman.
"Lepaslah! Awak ni tak tahu hukum hakam ke! Main pegang-pegang anak orang! Awak dah lupa ke apa yang awak dah buat 3 tahun lepas!" tepik Airis dengan bengang. Lebih-lebih lagi muka yang dia benci muncul di depannya ketika ini.
Aiman sudah mati kata. Kesempatan itu Airis memanfaatkan dengan merentap tangannya daripada pegangan Aiman. Sekali rentap peganggan itu turut terlerai.
"Riana.." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya terus dipotong laju oleh Airis.
"Saya minta tolong dekat awak! Jangan ganggu saya lagi.. Cukup-cukuplah dengan apa yang awak pernah buat dekat saya dulu.. Itu pun dah cukup kot untuk saya jadikan sebagai pengajaran" kata Airis lalu pergi. Sempat lagi dia menarik tangan Damia. Aiman hanya memerhati sahaja.
"Weii.. Siapa tadi tu?" tanya Damia sambil merangkul lengan Airis. Airis hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
"Kau tak nak cerita dengan aku ke? Tapi cara mamat tu dia macam sukakan kau.. Ex kau ke?" tanya Damia lagi. Memang tak putus asa betul minah ni.
Airis hanya mendiamkan dirinya. Damia disebelah sudah mengeluh hampa. Hari ni dia shift petang jadi time dia baliklah. Sampai sahaja di tempat parking kereta dia teringatkan sesuatu. Kunci kereta yang sedari di genggam dikuatkan genggamannya.
"Lahh aku lupalah.. Doktor Mikail tadi ada suruh aku letak bungkusan dekat atas meja dia.. Aku masuk dululah.. Kau balik dulu tak apakan?" tanya Airis. Damia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Sampai sahaja di kawasan wad kecemasan terus di menepek di bawah meja kaunter. Naim yang melihat sudah mengaru kepala. Airis ni dah kenapa?
"Airis.. Kau buat apa duduk dekat bawah meja tu?" tanya Naim. Airis mula keresahan. Terus dia berdiri mendekati Naim.
"Wei Naim.. Kau ada nampak bungkusan warna coklat tak dekat bawah meja ni? Tadi aku letak situ.. Kau ada nampak tak?" kata Airis laju. Perbuatannya kini semuanya jadi serba tidak kena.
"Aku rasa dekat meja doktor Faizlah.. Tadi Mira ada godek dekat bawah tu.. Masa tu datangnya pula doktor Faiz.. Dia terus bagi doktor Faiz bungkusan tu tanpa kata apa-apa pun.." dengar sahaja ayat yang keluar daripada mulut Naim, Airis terus melangkah ke bilik Faiz. Tanpa mengetuk pintu kakinya terus masuk ke dalam. Faiz yang tengah mengemas mejanya terus tergendala.
"Mana bungkusan tu" kata Airis dengan menghulurkan tapak tangannya. Faiz yang melihat sudah mengerutkan dahi.
"Kau main terjah je masuk bilik aku.. Kalau time tu aku tengah buka baju seronoklah kau dapat tengok tayangan perdana" tepik Faiz tanpa menjawab soalan Airis. Paling pantang dia orang masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu.
"Doktor gila macam kau je yang aku rasa akan buka baju dalam bilik ni.. Dan lagi satu aku tak hamaklah dengan badan kau tu!" kata Airis kasar. Senyuman sinis daripada Faiz dipandang dengan kerutan di dahi.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
Roman d'amourDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...