"Hah baru ingat nak balik? Kamu ni daripada mana Airis! Ibu dah suruh balik cepatkan, tapi kamu ni degil sangat kenapalah" pekik Puan Farah sebaik sahaja nampak kelibat anak perempuannya di muka pintu.
"Ibu ni Airis daripada hospitallah.. Kawan orang sakit bukan Airis pergi mana pun" kata Airis lalu menyalam tangan ibunya.
Dengar sahaja perkataan kawan ibunya sudah mula naik darah. Tak dengan perempuan sekumpulan lelaki lepak tu lah! Pantas di hampiri anak perempuannya lalu telinganya dipiat.
"Kamu masih berkawan dengan lelaki-lelaki itu ke Airis? Kamu tu perempuan.. Berapa kali ibu pesan! Tak elok berkawan dengan dorang!" bebel Puan Farah geram.
"Ibu ni kenapa? Sakitlah.. Lagi pun ibu sendiri kata kawan boleh dicari tapi musuh jangan dicari.. Ibu lupa ke?" kata Airis dengan mengusap telinganya perlahan.
"Mulut kamu ni ada je nak menjawab! Kamu tu satu-satu je anak dara ibu! Kamu nak kena tangkap khalwat baru nak dengar cakap ibu ke? Ingatkan dapat anak perempuan senang tapi payah juga!"
"Apa ibu merepek ni? Dorang baiklah ibu.. Dorang tak macam apa yang ibu sangkakan tu.. Lagipun Airis bukan buat jahat pun" kata Airis dengan membela kawannya.
"Tengkorak kamu tak buat jahat! Setiap minggu ada je yang bertampal tu tak dinamakan buat jahatlah! Luka lama tak hilang, luka baru datang! Merasa ibu kahwinkan kamu tak lama lagi!" desir Puan Farah dalam api kemarahannya.
Airin yang mati kata terus melangkah menuju ke biliknya. Nak bantah lagi macamlah dia tak tahu perangai ibunya macam mana. Nak melawan tak boleh! Itu ibu bukan lawan.
"Tak habis-habis topik kahwin! Aku baru habis degree kot, calon lelaki pun tak ada nak kahwin apanya" kata Airin lalu baring menelentang. Sakit juga hatinya sewaktu ibunya desir pasal tangkap khalwat tapi nak marah tak boleh.
Dia pun hairan salah ke hendak berkawan dengan rakan lelaki? Kenapa mesti ada tanggapan negatif? Dia berkawan dengan lelaki pun sebab dia selesa. Dan dorang pun banyak tolong dia time dia susah. Ingat lagi dia pertemuan mereka pertama kali.
Flashback
"Eh, Farish apa kita buat dekat sini?" kata Airin gusar apabila sampai sahaja di kedai tersebut. Lebih-lebih lagi meja sekumpulan lelaki yang ditujunya.
"Lah.. Kau kata nak aku tolong kau buat assignment untuk presentation" kata Farish pelik. Minah ni aku luku kang kepalanya nanti!
"Ialah tapi kenapa dekat sini? Kenapa bukan library?" tanya Airin lagi.
"Kau ni banyak tanyalah Airin! Aku bukan satu jurusan dengan kau.. So macam mana aku nak bantu kau? Ni pun aku minta tolong kawan aku yang sama jurusan dengan kau! Dah alang-alang dia free apa salahnya." kata Farish panjang lebar.
"Tapi ramai kot kawan-kawan kau.. Tak akan semua sama jurusan dengan aku?"
"Airin kau ni kenapa banyak tanya sangat hari ni? Kau sebenarnya takut kita orang buat something dekat kau ke?" kata Farish yang mula ragu.
"Eh tak! Itu bukan maksud aku" balas Airin dan cuba membuang tanggapan buruknya.
"Aku kenal kawan akulah! Dorang tak akan buat macam tu so trust me okay" pujuk Farish lagi.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...