Sebulan kemudian,
Tepat jam 6:45 pagi, dia telah siap dengan pakaian seragamnya seperti biasa. Sebelum ini wajah lelaki itu yang menjadi tatapan paginya. Kini hanya terselit pada sebahagian memorinya sahaja. Kandungan yang baru masuk tiga bulan lebih diusap perlahan.
Tanpa melengahkan masa, dia terus melangkah ke muka pintu utama. Pintu rumah serta pagar turut dia kunci. Dengan perlahan dia memandu membahagi jalan. Pejam celik sudah masuk 3 bulan lebih juga dia praktikal di situ. Sama dengan usia kandungannya. Dan sejak sebulan ini jugalah dia tidak berjumpa mahupun terserempak dengan suaminya selepas kepergiannya pada malam itu.
Kereta diberhentikan apabila lampu isyarat bertukar kepada merah. Kepala disandarkan sambil mata tertutup rapat. Jauh disudut hatinya, dia ingin sangat hendak menatap wajah kacak suaminya. Tapi keinginannya tidak kesampaian. Dia juga bukan bawah penjagaan suaminya lagi. Ingat lagi peristiwa pagi itu.
"Airis, awak nanti ikut saya buat pemeriksaan... Awak tahukan awak bukan lagi bawah penjagaan doktor Faiz?" tanya Alif. Aku yang mendengar terus tergamam.
"Tapi kenapa?"
"Saya sendiri pun tidak pasti kenapa. Saya ikut je arahan pihak atasan, katanya doktor Faiz yang memohon pertukaran penjagaan praktikal" kata Alif lagi. Airis diam seribu bahasa.
"Dia pun ada minta pertukaran tempat kerja ta...."
"Kenapa dia buat macam itu? Awakkan kawan baik dia, tak akan awak tak tahu? Doktor Ikawan pun tak tahu ke?" tanya Airis dengan kerutan dahi. Alif menggaru tengkuknya apabila ditanya sedemikian rupa.
"Actually, I should ask you" Airis terdiam. Tanpa membalas dia terus melangkah pergi. Lagi bertambah pelik dipemikiran doktor muda itu.
PIN! PIN! PIN!
Bunyi hon dari kereta belakang menyedarkan dirinya ke alam realiti. Dia sendiri tidak perasan sejak bila lampu sudah bertukar warna. Tanpa membuang masa dia terus menekan minyak sebaik sahaja kereta telah masuk ke gear satu.
Sesampai sahaja di hospital, dia memakingkan keretanya. Sampai sahaja di wad kecemasan dia terus time in. Kaki menuju ke arah kaunter. Jam baru sahaja menunjuk ke angka 7:10 minit pagi. Tapi majoriti kesemua yang bertugas di shift pagi telah pun sampai. Dia terus melabuhkan punggung.
"Airis, tolong akak hantarkan fail ni kat bilik doktor Faiz... Akak nak ke makmal sekejap" kata Kak Rose sambil menyerahkan fail. Teragak-agak Airis hendak mengambil fail tersebut.
"Doktor Faiz ada dalam bilik dia ke kak?"
"Adalah kot, akak pun tak perasan... Tolong akak ya" matanya mengikuti kelibat Kak Rose sebelum memandang semula pada fail ditangan.
Kakinya diatur ke bilik kerja suaminya. Di hadapan pintu, dia teragak-agak untuk masuk ke dalam. Sehinggalah ada geranggan yang menegurnya dibelakang.
"Kau buat apa tercegat dekat pintu bilik aku? Nak mencuri pula ke" kata Faiz yang baru sahaja sampai. Matanya statik memandang kearah fail yang dipegang oleh isterinya.
"Saya nak bagi fail ini. Maaflah kalau mengganggu awak" kata-kata yang dilontarkan oleh suaminya tidak dihiraukan. Walaupun jauh disudut hatinya terasa dengan kata-kata lelaki itu, tapi disebabkan rindu dia buang perasaan yang bertandang itu jauh-jauh.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...