Bab 25

336 12 3
                                    

"Macam mana kamu boleh kena terkam? Kamu buat tok risau saja... Kalau tok pergi dulu apa tok nak cakap dengan mak bapak kamu kalau dorang tanya?" kata tok wan sebaik sahaja duduk diatas pangkin. Wajah pucat Damia dipandang sayu.

"Bukan terkam, tapi tikam... Dan tak baik tahu cakap macam tu... Dulu Tok wan sendiri kata jangan soalkan tentang ajal... Ajal, jodoh dan rezeki semuanya DIA yang tentukan.. Tok wan lupa apa yang tok wan pernah cakap dulu" kata Damia dengan tawanya sambil melentokkan kepalanya ke bahu tok wan.

"Kepala otak hang" kata Tok wan lalu meluku kepala cucunya. Habis tudung yang dipakai Damia menjadi kusut masai. Damia tidak membantah malah diperketatkan lagi pelukannya. Kalau tiada tok wan tiadalah tempat dia nak bermanja. Kalau tiada tok wan nasib dia sendiri pun belum tentu seperti sekarang. Kepergian orang tuanya digantikan dengan tok wan yang tidak tahu penat lelah melayan kerenahnya.

"Huhh... Bila kamu nak kahwin Damia, budak sebaya kamu dekat kampung ni semuanya dah beranak pinak... Kamu bila lagi? Biarlah tok wan merasa nasi minyak kamu sebelum tok wan pergi" luah isi hati tuanya. Damia bukan tak cantik, tapi budak tu bila di tanyakan soal jodoh ada sahaja jawapannya.

"Tok wan cakap apa ni... Tok wan tak nak Damia jaga tok wan lagi ke?" Kata Damia. Kalau boleh dia tak nak langsung bercakap soal itu.

"Kamu ni aku cakap betul-betul dia main-mainkan kita pula!"

"Siapa yang nak dekat Damia ni tok wan... Orang yang Damia kejar pun belum tentu sukakan kita" kata Damia seakan dengar tak dengar sahaja. Tok wan yang memang tidak dengar terus meminta diri untuk masuk ke dalam. Kepergian orang separuh uzur itu dia hantar dengan pandangan.

"Ingat rupanya kau jalan balik dekat kampung ni... Aku ingatkan lepas dah jejak kaki dekat bandar dah lupa diri asal dekat mana" kata ibu sedara Damia. Damia bangun perlahan mendekat ke arah perempuan yang berumur 40-an itu.

Damia menghulurkan tangannya untuk bersalam tapi hulurannya dipandang dengan meluat. Perlahan-lahan dia menarik tangannya kembali.

"Biasalah tu mak! Entah-entah dekat KL tu dia jual badan kot... Sebab tu sekarang baru nampak batang hidung... Tu perut tu, belum tentu tak ada penghuni" kata seorang gadis tinggi lampai di sebelah ibu sedaranya. Siapa lagi kalau bukan sepupunya.

"Saya tahu dekat mana asal usul saya... Mak utih jangan risau... Selagi saya duduk dengan tok wan, saya masih tahu lagi batas-batas saya" kata Damia dengan menahan perasaan geramnya. Perempuan tinggi lampai di sebelah ibu sedaranya terkumat kamit mengajuk kata-katanya.

Damia yang tidak betah berlamaan di situ terus bangun daripada duduknya. Tidak sewenangnya dia terjatuh di atas tanah. Dengan segala kudrat yang ada dia bangun lalu menampar wajah sepupunya.

"Berani kau tampar anak dara aku! Aku pun tak pernah naik tangan kat dia kau berani" jerkah ibu sedaranya separuh menjerit lalu melangkah ke arah Damia. Damia hanya memerhati ibu sedaranya yang meramuk sakan itu tanpa niat untuk melarikan dirinya.

Nampak sahaja tangan perempuan itu naik ke atas, Damia terus memejamkan matanya. Seakan menunggu dirinya ditampar. Tapi langsung tiada sebarang rasa sakit pada wajahnya. Dengan perlahan-lahan dia mencebikkan matanya.

Firdaus memegang tangan ibu sedara Damia daripada menampar wajahnya. Dengan kasar dia melepaskan tangan tersebut. Dalam hati Damia sudah mengucap kata syukur.

"Haa, baguslah... Engkau pun nak melawan cakap orang tua... Nama saja anak imam tapi perangai nauzubillah!"

"Mak cik Sa'addah, kalau nak bahaskan soal agama dengan saya lebih baik tidak perlu kot... Umpama mak cik Sa'addah berkata tentang diri sendiri" kata Firdaus tenang. Wajah perempuan 40-an itu terus menjadi merah apabila kata-katanya berbalik pada dirinya. Terus kakinya melangkah meninggalkan kawasan halaman rumah ibunya.

"Awak okay? Kenapa tak panggil tok wan Kat dalam... Inipun sebaik saya nampak" kata Firdaus seakan risau. Tanpa menyahut pertanyaan itu mahupun mengucap terima kasih, Damia terus berlari masuk ke dalam rumah.

Kepergian Damia dihantar dengan satu senyuman. Tanpa disedari oleh perempuan itu, perasaan yang telah lama hadir kembali berkembang seumpama bunga. Kakinya melangkah meninggalkan kawasan halaman tersebut.

••••

Airis terus membuka matanya. Pandangannya kini terbentang suasana bilik yang cukup asing baginya. Baru sahaja dirinya hendak bangun daripada baring, kelihatan figura lelaki membelakanginya. Airis terus membisu apabila pandangan mata Faiz bersatu dengan pandangannya.

"Apa yang kau rahsiakan daripada aku!"

"Maksud awak apa? Saya tak faham" Airis cuba berlagak tenang. Padahal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Badannya disandarkan ke kepala katil.

"Jangan buat-buat tak tahu boleh tak Airis!" tegah Faiz. Panas pula hatinya melihat kelakuan Airis yang seakan bodoh dimatanya. Kasih yang diberi bagaikan hilang tidak bermakna.

"Rahsia? Saya mana ada rahsiakan apa-apa dari awak?" kata Airis. Tidak sememangnya, rambutnya ditarik. Bagaikan hendak tercabut urat kepala rambutnya. Tangan Faiz cuba dirungkaikan. Namun tiada hasil, lagi diperkuatkan adalah.

"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu! Anak jantan mana dalam kandungan kau tu! Anak siapa yang kau kandungkan!" Jerkah Faiz geram. Rintihan sakit daripada Airis terus sahaja dia melepaskan genggamannya. Keegoannya seakan dicabar ketika itu. Airis terus diam tidak bersuara.

"Makin aku beri muka, makin menjadi-jadi lemak kau! Bila aku tanya tu pandanglah muka aku... Yang kau pandang kain selimut tu dah kenapa! Jantan mana yang buntingkan kau" kata Faiz sekali lagi. Kebisuan Airis memang mencabar kesabarannya pada ketika itu.

"Ini anak awak! Anak sah di sisi islam.. Kalau tiada awak, tiadalah dia" kata Airis perlahan. Mata Faiz tidak berani dipandangnya.

"Huhh, anak aku? Boleh percaya ke dalam tu anak aku, silap-silap kau tidur dengan orang lain lepastu jadikan aku sebagai pak sanggup...Tak payah nak berdalih dengan akulah Airis! Tak ada aku sekali pun, berlambak jantan dekat luar sana tu!" kata Faiz dengan kemarahan yang meresap naik ke kepala.

"Faiz, percayalah kata saya... Anak ni..." Kata-kata Airis dipotong laju oleh Faiz tanpa menunggu kata ayat itu habis.

"Oi perempuan! Sejak kita duduk sebumbung, sekali pun aku tak pernah sentuh kau! Menyesal aku kutip kau, ikut kata adik aku! Aku dah buat keputusan, lepas sahaja kau bersalin kita jumpa di mahkamah" kata Faiz sebelum melangkah keluar. Airis tergamam. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Hendak menghalang lagi dia tidak terdaya lagi. Apatah lagi kata-katanya langsung tidak dipercaya pada pendengaran lelaki itu.

Dalam keadaan yang lemah, Airis melangkah turun daripada katil. Kaki menuju ke arah tingkap. Tangannya membuka kunci tingkap. Dari atas dia dapat melihat ketinggiannya dari pada atas kebawah. Ketinggian tingkap yang separas dengan pinggang memudahkannya untuk memanjat.

' Andai ini pilihan terakhir, maafkan aku ' bisik hati Airis sebelum memejamkan matanya.

Dirinya diimbangkan setelah kedua kakinya memijak pada bingkai tingkap. Badannya direbahkan umpama bersedia untuk jatuh. Dan dirinya terasa di awangan.

####

Hai korang sorry lambat update, sis kekurangan idea merangka cerita ini... Harap bab ini tak membosankanlah walaupun pendek... Dan selamat berpuasa! •_<

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now