Bab 17

292 14 0
                                    

Pagi itu Airis terpaksa bangun awal untuk menyiapkan sarapan. Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi dia masih bertungkus lumus untuk menyiapkan nasi goreng belacan. Lengan pakaian seragam yang masih tersarung di tubuhnya disingkatkan ke atas.

"Patutlah rumah aku bunyi macam nak runtuh! Nenek kebayan kat dapur rupanya" kata Faiz lalu menarik salah satu sebuah kerusi. Airis yang mendengar sudah terkedu. Nenek kebayan?

"Eh, encik suami! Kira bersyukur tau ada orang yang sanggup bangun awal pagi nak masakkan sarapan!" kata Airis geram. Faiz hanya mencebikkan bibirnya sahaja.

"Kau masak apa tu" kata Faiz sebagai isu untuk diborakkan. Airis sudah menayangkan muka menyampah!

Dah terang lagi bersuluh ada belacan di atas meja itu, sudah tentulah dia hendak memasak nasi goreng belacan! Tak akanlah nak masak ikan keli pulakan. Soalan apakah!

"Nasi goreng belacan" kata Airis senada. Malas nak bertekak awal pagi. Bukan lelaki tu yang kena dia juga yang menahan rasa nanti. Baik dia diam. Hati pun tak sakit!

Selesai sahaja dia masak pinggan besar di ambilnya. Nasi di dalam kuali di kautnya. Tanpa dia sedari Faiz berdiri dekat dengannya.

"Boleh tahan!" kata Faiz tepat ke telinga Airis. Sebaik tidak terjatuh pinggan ditangan! Sia-sia je dia berperang di dapur untuk lelaki itu!

"Kau ni memang tak ada kerja lain ke selain duduk di belakang aku? Hishh.. Pergilah mandi! Dah nak dekat jam 7 ingat hospital tu mummy daddy kau punya ke" sindir Airis. Tubuh sasa Faiz ditolaknya sedikit.

"Nak mandilah ni!" kata Faiz lalu pergi naik ke bilik. Tubuh belakang Faiz dipandangnya dengan satu keluhan.

Dia selalu terfikir adakah hubungan mereka akan berakhir begini? Ataupun dia akan memegang gelaran janda pada awal usia? Cincin yang elok tersarung di jari manisnya di perhatikannya.

Sejak dia bergelar isteri kepada Faiz Ifwat tiada sebarang khabar berita tentang ahli keluargannya. Keras betul hati si tua itu hendak memaafkannya. Sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah itu berpunca daripada dirinya juga.

"Engkau termenungkan apa lagi.. Tak sabar nak tunggu tuhan ambil nyawa kau ke? Tapi kalau itu yang kau harapkan.. Aku lagi suka.. Tak payah susah-susah aku sandang gelaran terpaksa ni" kata Faiz lalu duduk di meja makan. Kata-kata itu hanya dibalas dengan senyuman kelat.

"Kalau itu yang kau harapkan aku lagi bersyukur.. Sekurang-kurangnya aku tak ada tambahkan lagi dosa kau.. Berat jugakan bahu nak memikul" kata Airis. Namun hatinya sudah berbalah dengan kata-katanya.

Siapa yang tak sakit jika suami sendiri yang mengharapkan sedemikian rupa? Sedangkan dia hanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan khilaf!

☁☁☁☁☁

Damia hanya memandang Airis yang ralit membuat kerjanya. Idlan disebelahnya disiku. Memasing membuat isyarat mata.

"Engkaulah cakap" kata Idlan tegas. Laju sahaja Damia mengelengkan kepalanya.

Airis yang hendak mengambil fail yang tidak jauh daripadanya terhenti. Matanya teralih ke arah kawannya. Keningnya dikerutkan sedikit. Apasal dorang berdua ni?

"Korang berdua ni dah kenapa?Ada nak cakap apa-apa ke dengan aku? " kata Airis lalu mendekatkan jarak kerusinya ke arah Damia dan Idlan.

"Err.. Sebenarnya macam ni.. Engkaukan dah kahwin nak dekat 3 bulan lebih.. Tapi tak akan tak ada isi lagi? Dan satu lagi.. Semenjak kau kahwin ni kita orang tak pernah nampak lagi suami kau.. Sebenarnya kau ni kahwin ke tak? Tapi kalau nak kata tak mustahilah.. Sebab inai di jari ni pun tak hilang lagi.. Ni cincin ni.. Aku tengok pun dah tahu mahal.. Siapa laki kau sebenarnya?" kata Idlan panjang lebar. Airis sudah terkedu.

"Sebenarnya.." kata-kata Airis termati saat terdengar gelak ketawa 3 orang figura yang tidak jauh daripadanya.

Mata Damia dan Idlan statik memandang ke arah yang sama. Mata Damia statik memandang salah seorang daripada mereka bertiga. SiPa lagi kalah bukan Ikwan. Begitu juga dengan Airis. Tanpa di ketahui oleh rakan-rakannya.

"Hai doktor.. Galak ketawa apa yang di gelakkannya tu" kata Damia dengan menayang giginya. Terkulat-kulat ketiga-tiga lelaki dihadapannya itu hendak menjawab.

"Err.. Tak ada apa pun.." kata Alif dengan mengaru kepalanya yang gatal. Damia sudah muncungkan bibir. Orang lain yang ditanya, orang lain pula yang menjawab.

Faiz yang malas hendak berlamaan di situ terus melangkah hendak meninggalkan tempat itu. Kawannya juga membuntotinya  dari belakang. 

Damia sudah mencebik melihat buah hatinya turut pergi. Terus pandangannya teralih ke arah Airis. Lengan baju perempuan itu ditariknya.

"Kau tak habak lagi kat aku siapa laki kau" kata Damia. Faiz yang mendengar sudah mati langkah. Badannya dipusingkan memandang Airis. Mati dia kalau orang lain tahu! Sedangkan yang tahu pun hanya kawan terdekat sahaja. Ni pula nak rakan sekerja?

"Su..suami aku.. Dia.." Airis sudah mati akal. Damia dan Idlan masih menunggu jawapan. Teringat dia akan topik yang ditanya Idlan sebentar tadi terus dia ubah ke topik lai.

"Haa tadi kau ada cakap pasal anak kan.. Insyallah kalau ada rezeki adalah.. Lagi pun perkahwinan kita orang awal lagi.. Suami aku pun tak bercadang nak kan anak lagi.." kata Airis. Matanya statik ke arah Faiz yang memandangnya dengan satu perasaan yang dia sendiri tidak pasti. Marah ke dia?

"Korang buat perancangan keluarga ke? Nampaknya lambat lagilah aku nak ada anak buah" kata Damia lalu bangun daripada duduk. Idlan di sebelah sudah mengangguk faham.

"Alaa biasalah tu.. Mula-mulakan.. Nanti adalah tu isi.. Tapikan Airis.. Aku nak ingatkan kau.. Orang lelaki ni jaranglah nak sunyi-sunyi ni.. Nanti tak lama lagi berderet anak kau kat belakang.. Boleh jadi pemain gol simpanan lagi" kata Idlan dengan gelak ketawanya.

Airis yang mendengar hanya tersenyum kelat. Makin dilayan boleh jadi gila dia dibuatnya. Faiz terus melangkah pergi. Kepergian Faiz di hantar dengan ekoran anak matanya.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now