Seperti biasa, setiap 2 minggu sekali dia akan membeli barang kelengkapan dapur. Memandangkan hari ini dia cuti, dia bercadang untuk membeli barang dapur sahaja. Tudung sarung yang elok tergantung pada dinding biliknya dicapai.
Sebaik sahaja memboloskan dirinya ke dalam kereta, dia mula memandu membahagi jalan. Dalam 45 minit dia sudah sampai di tapak parking mall.
Kakinya melangkah masuk ke Pasar Raya. Dari satu rak ke satu rak yang lain, dia masih ralit mencari bahan masakkan. Sempat lagi dia mencari sabun mandian serta bahan pencuci.
Di bahagian bahan mentah pula, dia memilih ikan, sotong, udang dan tidak lupa ayam. Walaupun dia tidak gemar makan makanan seafood kecuali ikan tapi hanya untuk sekali sekala bolehlah.
"Dik, timbang!" panggil Airis apabila melihat pekerja lelaki di kaunter pernimbang itu ralit berborak.
Selesai sahaja menimbang, beg plastik yang telah siap terisi itu dibawa ke dalam troli. Baru beberapa langkah dia mengundur, tiba-tiba sebuah troli terkena tepat pada bahagian pinggangnya. Automatic tangannya memegang bahagian yang sakit itu.
"Maaf, saya tak sengaja!" kata seorang perempuan yang ralit menundukkan kepalanya. Gaya pakaiannya seakan kenal. Tapi betulkah itu dia?
"Eh, weh! Kau asal? Okay tak?" kata satu lagi suara dari belakangnya.
' Suara ini! Ka...kawan aku ' bisik hati Airis gembira. Tanpa banyak cakap terus dia menarik tubuh perempuan yang sedari tadi asyik menyebut perkataan maaf kepadanya. Lelaki yang tegur tadi, mula memandang pelik.
"Ehem, miss awak silap orang kot! Yang awak peluk ni adik saya" kata Adriana yang ralit memandang tubuh belakang perempuan itu. Dia langsung tak dapat hendak mengencam siapa geranggan tersebut.
"Sah kau tak ingat aku! Baru tiga bulan tak jumpa terus hilang ingatan ke Mr Adrian?" kataku penuh sinis.
Dapat aku lihat dari riak mukanya yang seakan terkejut dengan kehadiranku. Sempat lagi aku menghadiahkannya satu senyuman.
"Wey, korang! King Cup ke Cinta?" kata Farish yang masih ralit melihat tin sardin di tangan. Ahmad yang berada dibelakang Farish sudah membeliakkan bijih matanya.
"Hai Farish. Hai Ahmad." kata Airis sambil melambaikan tangannya ke udara. Kekok.
Farish yang mendengar namanya disebut terus memandang empunya suara itu. Dirinya seakan kaku disitu. Ahmad dibelakang membalas lambaian itu kembali.
"Korang apa khabar? Sihat?" kata Airis lagi. Gembiranya tidak dapat diungkapkan pada tahap yang mana. Yang dia tahu, dia gembira apabila dapat bersua muka dengan kawannya kembali.
"Kita orang sihat je! Kau apa cerita? Terus senyap bila dah kahwin" kata Amanda.
"Kau dah kahwin?" tanya Ahmad penuh dengan tanda tanya. Pandangannya terarah kepada Farish dan Airis silih berganti.
Airis rasa bersalah. Wajah Ahmad dipandangnya dengan anggukan. Farish yang masih mendiamkan diri masih meneliti tubuh badan penerangan jantungnya dari atas hinga ke bahagian perut. Matanya statik ke situ.
' Dia mengandung? Mana suami dia?" bisik hati Farish yang masih tunak memandang empunya tubuh.
"Engkau sorang je ke beb? Laki kau mana? Tak ikut sekali ke?" kata-kata Amanda menyentakkan aku. Banyak-banyak soalan, kenapa soalan ini juga yang ditanya. Kalau boleh dia tidak mahu mendengar tentang lelaki itu walaupun sedikit. Peristiwa semalam di makmal cukup perit baginya.
"Laki aku dia sibuk sikit... Lagi-lagi hari minggukan, lagi banyak patients kat hospital" jawab Airis penuh yakin.
Amanda hanya mengganggukkan kepala nya sahaja. Begitu juga dengan yang lain kecuali Farish. Airis yang perasan perubahan Farish seawal lagi mereka bersua muka mula tertanya-tanya.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...