Airis duduk dibahagian penjuru katil dengan beg pakaiannya sekali. Faiz pula terlebih dahulu keluar sebaik sahaja menghantar dirinya pulang ke rumah. Pergi ke mana dia sendiri tidak tahu. Bila ditanya, balik dia yang kena marah.
Selesai sahaja mengemas pakaian, kakinya melangkah kearah muka pintu. Tangan yang hendak memaut tombol pintu dipandangnya. Lebih tepat pada cincin permata yang masih kemas tersarung di jari manisnya.
"Kalau aku dia dah buang, tiada makna cincin ni untuk aku" katanya dengan air mata yang masih mengalir. Meja tidur ditujunya lalu cincin itu diletakkan disitu. Kakinya diatur semula ke arah pintu.
Baru sahaja tangannya hendak memegang tombol pintu, pintu tersebut telah dibuka dari luar. Kerana terkejut tanpa sempat berundur, muka pintu juga diciumnya.
"Auchh!"
Faiz menjengahkan kepalanya ke dalam bilik. Kelihatan Airis sedang mengusap lembut kulit dahinya. Kelopak mata isterinya juga kelihatan merah tapi dia tidak peduli akan semua itu. Tanpa mengucap kata maaf, dia terus melangkah masuk ke dalam.
"Faiz..." seru Airis perlahan sebaik sahaja suaminya memboloskan dirinya ke dalam bilik. Namun langsung tiada sahutan daripadanya. Panggilannya juga dia buat endah tak endah sahaja. Satu keluhan dilepaskan.
Dirinya merapati Faiz yang masih berdiri di meja make up. Tangan yang kaku itu diraih sebelum melabuhkan ciumannya. Dahi yang masih terasa sakit tidak dipedulikan. Kemungkinan muncul makhluk asing disitu.
"...halalkan segala makan minum saya, kekurangan saya, dan apa yang saya terambil. Walaupun awak tak terima zuriat ini, saya tetap akan besarkan dia... Saya kecewa dengan diri saya sebab tak dapat menyakinkan awak bawa anak yang saya kandungkan dari benih awak sendiri..." kata Airis lalu mengangkat kepalanya memandang sang suami. Air mata yang ditahan tumpah sekali lagi.
"...saya janji, lepas ini saya tak akan muncul depan awak lagi. Tak akan menyusahkan awak lagi. Dan awak tak akan lihat muka saya lagi. Tapi saya cuma nak awak tahu..." Airis menggantungkan ayatnya. Anak matanya mencari mata hitam pekat milik suaminya dan ditenung dalam. Ketinggiannya disamakan.
"...saya mula jatuh cinta pada awak, Encik Suami." Faiz tergamam. Ayat itu yang dia ingin dengar sekian lamanya. Jiwa dan raganya memberontak apatah lagi melihat tumpahan air mata isterinya. Tubuh milik isterinya ingin sangat dia dakap kedalam pelukkannya. Tapi jauh disudut hatinya mula berkata lain.
'Kau jangan jadi bodoh! Itu semua hanya lakonan dia je untuk jerat kau jadi pak sanggup... Entah anak lelaki mana yang dia kandungkan'
'Dia isteri kau... Anak tu anak engkau... Sanggup engkau tengok isteri dan anak kau terkontang kanting macam tu?'
'Bukan ini ke yang kau nak dari awal lagi? Nak tengok dia derita? Dia perangkap engkau, dia gunakan engkau je'
Airis yang masih setia menunggu balasan daripada suaminya mengeluh perlahan. Suaminya sudah membuang dirinya sepenuhnya ke?
' Nak pandang kau pun dia tak nak... Apatah lagi nak balas kata cinta kau... Kejamnya awak, Faiz ' rintih hati Airis. Dia terus mengangkat kaki setelah mengucap Salam. Orang dah benci, nak lihat muka pun sudah tak sudi. Tak akan nak dipaksa.
Fikirannya mula bercampur-aduk. Kata hatinya yang satu lagi semakin bergemar di otak kepalanya. Dari arah jendela, dia dapat melihat susuk tubuh isterinya yang membuka kunci pintu pagar. Setitis air matanya mulai jatuh.
Tanpa berfikir panjang, kunci kereta yang terletak elok di meja solek digapainya. Dalam kegelapan malam, dirinya ditemankan dengan 1001 perasaan. Kata-kata yang dilontarkan oleh isterinya semakin lama, semakin tersemat pada pendengarannya.
•••••
Kepekatan malam, membuatkan dirinya disirami dengan perasaan gentar, takut dan marah. Gentar pada kesunyian jalan raya tanpa sebarang kenderaan. Takut akan suasana yang gelap. Marah kerana dirinya yang terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir baik dan buruk. Inilah jadinya. Jalan yang lengang tanpa kereta mahupun motorsikal membuatkan dirinya hanya bertawakal kepada-Nya.
Di bawah perhentian bas, dia merenungkan nasib. Sedang asyik melamun tanpa dia sedari ada mata yang ralit memandangnya. Sehinggalah geranggan tersebut mendekati perhentian itu.
"Malam-malam ni susah nak dapat bas, apatah lagi jam nak dekat pukul sebelas" sapa satu suara. Airis terus berpaling ke sebelah sebaik sahaja gerangan itu menegurnya. Lidahnya menjadi kelu serta merta.
"Nampak hantu ke? Muka macam tertelan buah bijih kedondong je" kata Aiman dengan sengihan. Airis hanya menghadiahkan jelingan tajam. Malam, malam beginilah dia hendak menyeru. Sikit lagi keluar Cik Ponti merasa ada yang lari tak cukup tanah.
"Awak buat apa kat sini? Awak stalker saya ke?"
"Buat apa nak stalker, kalau empunya badan didepan mata..." Kata lelaki di hadapannya. Airis mempamerkan wajah kosong. Dulu mungkin dia boleh cair, tapi kini tidak lagi. Manusia pun boleh berubah inikan pula perasaan. Cintanya sudah beralih arah.
Tiada sahutan daripada Airis, Aiman menggaru pelipis kepalanya. Tiada idea untuk dia bahaskan. Bekas teman wanitanya sudah berubah seratus peratus. Dulu periang dan manja tapi tidak kini. Dihadapannya itu adalah Airis Adriana yang baru. Seorang yang dingin dan ego tinggi melanggit. Wajah perempuan yang dia pernah sayang sehinggalah kini ditatap dengan penuh minat.
"Dah larut malam ni, apa kata Acap hantarkan Riana ke rumah?" Airis yang mendengar cadangan tersebut, berfikir sejenak. Malam yang semakin gelap dengan tiada sebarang kenderaan dipandang sepi.
'Huh, nampaknya aku kena tumpang mamat ni... Tapi aku masih isteri orang, nampak tak manis pula...' bisik hatinya. Dijeling sekilas kearah lelaki disebelahnya sebelum dilarikan pandangannya.
"Jom Acap hantarkan?" pelawa Aiman dengan penuh harapan. Airis diam sejenak.
"Okay, tapi saya buat ni bersebab! Awak jangan nak ambil kesempatan dalam kesulitkan orang lain pula" kata Airis lalu bangun daripada duduk.
Dia tumpang lelaki itu pun demi keselamatan dirinya dan anak yang dikandung. Kalau bukan disebabkan zuriat yang dikasihinya jangan harap dia ikut tumpang lelaki itu. Malahan pula, hari semakin gelap. Macam-macam boleh berlaku.
"I'm promise!" tabik Aiman dengan mengangkatkan tangannya separas bahunya. Tanpa melengahkan masa Airis terus masuk ke dalam perut kereta, sebaik sahaja pintu bahagian penumpang sudah siap terbuka. Baru dia perasan, jarak kereta lelaki itu dengan perhentian bas. Terlalu dekat, dalam sepuluh langkah sahaja.
"I swear I did not follow you" katanya yang seakan faham benda yang bermain dalam fikiran Airis.
"It's up to you... I can't think of anything else right now" Airis terus menyandarkan kepalanya. Dirinya penat. Penat dengan lakonan dunia yang tak pernah nak henti. Aiman yang disebelah hanya mendiamkan dirinya. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat dengan pandangan marah.
~ If you do not want him / her, you just admit instead of leaving ~
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
Roman d'amourDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...