Kesesakkan orang ramai menyukarkan Airis hendak lalu. Maklumlah hujung minggukan, pasti ramai yang cuti. Matanya statik memandang pasangan sejoli yang tidak jauh dengannya.
Terbit perasaan cemburu di dalam hatinya. Kenapa dia berkahwin dengan cara begini? Kenapa dengan orang yang dia tidak cinta? Sekian kalinya soalan itu berlegar-legar di dalam kotak fikirannya. Tanpa berfikir panjang kakinya terus dibawa ke kaunter.
"Semuanya Rm 35.40.." kata penjaga kaunter. Belum sempat dia hendak mengeluarkan beg dompetnya muncul seseorang di belakangnya.
"Tak payah.. Aku bayar" kata Faiz lalu mengeluarkan wang kertas bernilai 50 sekeping. Kerja doktor tapi tak akan 24 jam nak hadap muka pesakit. Mesti kena ada rehat juga.
"Ehh tak perlu.." kata Airis termati saat matanya bertembung dengan mata helang Faiz. Tubuhnya terus kaku. Penjaga kaunter itu hanya memerhati sahaja.
"Aku suami kau.. Biarlah aku bayar! Duit tu kau simpan je buat tokong.. Bila time emergency kau boleh guna.. Nak beli bikini pun tak apa" kata Faiz lancar. Airis di sebelahnya sudah menahan malu.
"Awak ni dah kenapa nak dirty talk! Kita dekat publickan" bisik Airis keras. Faiz di sebelah hanya beriak biasa. Penjaga kaunter itu hanya tersenyum sahaja.
Selesai sahaja membuat pembayaraan, Airis menuju ke arah sebuah restorant yang berdekatan. Dia mengambil tempat duduk yang sedikit tersembunyi daripada orang ramai. Baru sahaja dia hendak duduk tangannya ditarik daripada belakang. Terus termati niatnya.
"Kau ni dah kenapa.. Aku tak kacau kaukan.. Ooo, sekejap" kata Airis lalu mengeluarkan wang kertas berwarna merah sebanyak 4 keping. Huluran itu hanya dipandang sepi.
"Ambilah aku ganti balik duit kau" kata Airis. Hulurannya itu tidak disambut oleh Faiz malah dia menolak troli yang mempunyai barang kepunyaan Airis keluar daripada restorant itu.
Airis mengeluh kesal. Ingatkan bila dapat cuti dia tidak terserempak dengan suaminya. Namun tanggapannya silap belaka. Memang benar kata orang-orang tua. Kalau dah jodoh tak kemana. Tapi dorang bukan kahwin atas dasar suka sama suka!
"Kau naik apa datang sini?" kata Faiz lancar. Kerutan di dahi Airis tidak diendahkan.
Sejak dia dibasuh secukup-cukupnya oleh adiknya tempoh hari hatinya memberontak hendak tahu tempat tinggal isterinya. Tak salahkan?
"Yang kau nak tahu kenapa? Lagipun aku tak tinggal dekat kawasan sini" kata Airis lancar. Tanpa dia sedari kata-katanya juga memakan dirinya.
"Dah tu kau tinggal mana? Serumah dengan Mikail! Atau kau tinggal dengan mana-mana jantan dekat luar sana tu!" herdik Faiz tanpa mempedulikan perasaan si isteri. Airis sudah menggigit bibirnya.
"Jawablah! Kau tinggal dengan jantan mana! Kau ni perempuan jenis apa haa! Aku suami kau, tapi kau senang lenang bekepit dengan jantan lain!" herdik Faiz lagi. Kesabaran Airis dudah menipis. Air matanya sudah jatuh dipipi. Sempat lagi dia mendengar bisikkan halus daripada orang sekelilingnya.
"Kalau saya tinggal dengan jantan lain sekalipun kenapa! Saya ada susahkan awak ke! Ada saya bawa dia tinggal dalam rumah awak! Bukan awak dah buang saya ke!" kata Airis lantang. Darahnya mula serbu naik ke muka. Faiz hanya tersenyum sinis.
"Dasar perempuan kotor! Kalau aku tahu perangai kau macam ni dah lama aku ceraikan kau" kata Faiz perlahan. Airis yang mendengar sudah hilang sabar.
"Ceraikanlah! Kenapa awak tak ceraikan saya waktu malam kahwin kita! Kenapa sekarang baru nak ungkit!" kata Airis dalam marahnya. Faiz sudah menahan geram.
Airis melangkah meninggalkan tempat itu. Namun langkahnya terhenti saat ada tangan nenariknya memaksa berpaling ke arah belakang.
"Aku akan ceraikan kau just tunggu masa je! Tapi sebelum tu aku nak kau merana dulu sampai aku rasa puas" kata Faiz penuh nada.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomansaDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...