Pagi itu Faiz sudah mengatur rancangannya. Terbit senyuman di tepi bibirnya. Alif dan Ikwan yang pada awalnya tidak bersetuju dengan rancangan gila Faiz terpaksa akur. Demi kawan katakan!
Nampak sahaja kelibat orang yang dicariya terus dia mengatur strategi. Alif dan Ikwan sudah memberi isyarat mata. Rancangan yang dirancangnya bertambah menarik apabila nampak kelibat Balqis yang hendak menuju ke kaunter. Terus kakinya di tuju ke arah perempuan itu. Dah alang-alang perempuan itu pun turut memendamkan perasaan terhadapnya baik dia manfaatkan.
"Balqis awak pernah cakap dengan saya yang awak teringin nak makan cheese cakekan" kata Faiz. Matanya tidak lepas daripada memandang ke arah Airis. Kalau bukan disebabkan planing dia nak sakitkan hati perempuan itu memang tak lah dia nak membazir duit semata-mata hendak membeli kek untuk perempuan tu! Buang habis duit sahaja!
Ya dia tahu makanan kegemaran isterinya. Sengaja dia hendak buat Airis makan hati. Kek kini telah bertukar tangan.
"Doktor macam tahu-tahu je saya nak makan kek ni... Apa-apa pun terima kasih buat susahkan doktor je" kata Balqis malu. Hatinya usah dikatakan gembira tahap dewa rasanya ketika itu.
Airis yang melihat adegan yang tidak berbayar itu sudah berbulu matanya. Kakinya yang hendak melangkah pergi termati saat telinganya tertangkap sesuatu.
"Balqis sekejap.." kata Faiz. Balqis yang mendengar hanya menurut sahaja. Laju sahaja tangannya mengambil ranting yang terselit di sebalik rambut. Airis yang melihat sudah ketap gigi.
Faiz yang perasan akan perubahan yang ketara itu sudah senyum kemenangan. Alif dan Ikwan sudah rasa bersalah. Tapi dalam masa yang sama dia orang rasa teruja melihat adegan yang tak disangka itu. Rumah tangga orang kot!
"Awak baru keluar dari mana? sampai ranting kayu pun terselit dekat awak"kata Faiz sekadar berbasah-basi. Tanpa membuang masa laju sahaja Airis melangkah pergi.
Faiz yang sedar akan kepergian Airis sudah tersenyum kemenangan. Rancangan yang tak disangkakan berjaya merobek tangkai si isteri. Kakinya laju sahaja meninggalkan kawasan tersebut tanpa mengucap sepatah kata.
"Merah betul muka Airis.. Aku tengok pun naik seram.. Kau ni Izz kejam betul dohh!" kata Alif. Faiz yang mendengar sudah senyum sampai ke telinga.
"Biarlah dia nak melenting ke apa.. Do i care! Yang penting hati aku puas tengok dia macam tu! Terlalu puas!" kata Faiz tanpa ada rasa bersalah. Ikwan dan Alif di sebelah sudah meneguk air liurnya kasar. Biar betul Faiz ni!
"Kau tak rasa macam bersalah ke? Dahlah kau bagi tu kek favorite dia" kata Ikwan pula. Kepala yang tidak gatal di garunya.
"Dahlah! Aku lapar jom makan.. Daripada berborak perihal dia sampai ke esok pun tak habis! "kata Faiz lalu melangkah ke arah kantin.
☁☁☁☁☁
"Bodoh punya Faiz! Kau sengaja je nak sakitkan hati aku! Yang Balqis tu pun satu! Nak mengedik dengan suami aku dah kenapa! Apa tak ada jantan lain ke sampai dengan suami aku pun kau nak tibai! " bentak Airis. Sempat lagi dia menghentak kaki tanda protes. Sedang dia memaki hamun terbit satu idea di kepalanya.
"Tak berdosa ke kalau aku buat macam tu?" kata Airis ragu-ragu. Mundar-mandir dia dibuatnya.
"Alaa Airis.. Dia boleh buat tak akanlah kau tak boleh" bisik suara hatinya.
"Airis awak dah break ke?" tanya Mikail. Anggukkan daripada Airis cukup dijadikan sebagai jawapan.
"Kalau macam tu nanti kita lunch sekalilah" kata Mikail. Airis sudah tersenyum penuh makna. Maaf Mikail aku terpaksa!
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...