Bab 4

334 17 1
                                    

Kepekatan malam membuatkan dia terasa kosong. Lebih-lebih lagi apabila terperap sahaja di dalam bilik. Nak duduk dibawah pun sama sekali tidak dibenarkan. Terseliuh je pun bukan patah riuk lagi.

Tukk! Tukk! Tukk!

Dengar sahaja ketukan di pintu dia bangun terjengkit-jengkit. Sebaik katilnya dekat dengan pintu kalau tak jenuhlah! Sebaik sahaja buka dilihat figura yang datang tanpa diundang itu. Eh?

"Nenek buat apa kat sini?"

"Aikk datang rumah anak nak tengok cucu pun tak boleh?"

"Eh bukan macam tu maksud Airis.. Nenek janganlah salah faham"

"Bak sini kaki kamu.. Nek nak urut.. Cepat sembuh daripada jalan pun terjengkit-jengkit bila nak sembuh" kata Nek Hasmah lalu mengambil minyak di tepi meja katil.

"Tapi nek kaki Airis..." kata-katanya dipotong laju tanpa sempat dia habiskan.

"Kamu jangan banyak songeh Airis! Esok lusa kamu nak guna juga kaki ni! Bukan sekali dua" bebel Nek Hasma.

"Pernah ke nampak orang pakai kaki sekali sahaja?" bisik hati Airis. Di halakan kakinya ke arah warga tua separuh abad itu.

Tak sampai beberapa minit biliknya binggit hanya dengan suaranya sahaja. Kebetulan Iffat yang baru sahaja keluar daripada biliknya terkejut mendengar adiknya terpekik terlolong untuk dilepaskan. Laju sahaja dia merempuh bilik Airis.

"Lah kena urut je pun! Ingatkan perompak masuk ke apa!"dengus Iffat sambil memandang muka adiknya tajam. Setakat urut kaki je bukan disuruh duduk bawah api!

"Along sibuklah! Along apa tahu!" desir Airis tidak mahu mengalah. Dah serupa anjing dengan kucing je gayanya.

"Awak tu bakal jadi nurse tapi kena urut sikit pun dah melalak.. Ni kalau dah ada suami, suami pun lari.." kata Iffat tidak mahu mengalah.

"Apahal tetiba babitkan suami pula ni!" Airis sudah naik bengang. Tetiba je kaitkan pasal suami kenapalah!

"Eloklah tu kamu kahwin.. Biar laki kamu tahu perangai isterinya macam mana.. Dah serupa langsuir pun ada... Sebaik tak dipaku kepala tu!" tepik Nek Hasmah.

"Nek!" jerit Airis seumpama tidak bersetuju dengan kata yang baru sahaja dilontarkan oleh Nek Hasmah.

"Cepat-cepatlah kahwin Riana.. Umur nenek ni pun bukan muda lagi.. Bila-bila sahaja akan pergi takut tak sempat nak tengok kamu duduk atas pelamin jelah.." kata Nek Hasmah lirih. Airis yang mendengar menjadi terpana.

"Airis bukan tak nak Nek.. Tapi hati Airis dah banyak kali terluka.. Airis takut silap langkah lagi" kata-kata itu hanya dapat dipendam di dalam hatinya. Bukan sekali dua dia kena tinggalkan dah banyak kali. Pernah hampir nak bertunang tapi lelaki itu hilang begitu sahaja. Tanpa kata! Keluarga dia juga yang kena tahan malu.

☁☁☁☁☁

Nampak sahaja figura kawan-kawannya dia terus menuju ke arah meja itu. Kerusi di hadapan ditariknya.

"Sorry wei aku lambat.. Tetiba je ada roadblock kat simpang depan tu" kata Faiz sambil mengangkat tangan memanggil waiters.

"Dah lapuk dohh! Kita orang tunggu nak dekat setengah jam kot! Kau baru terkedek-kedek nak jalan!" kata Alif sambil memgunyah otak-otak.

"Dahlah benda remeh ni pun nak gaduh ke" kata Ikwan pula. Manakala Aiman disitu sudah menggelengkan kepalanya. Begitu juga makanan yang ditempah oleh mereka turut terhidang.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now