Bab 9

321 15 0
                                    

Pagi itu, pangkaran rumah Faiz meriah dengan sepupu sepapatnya. Faiz yang di dalam bilik hanya duduk berteleku di atas katil. Pakaian pengantin yang ditempah ibunya langsung tidak terusik.

Tok! Tok!

Masuk satu figura ke dalam biliknya. Siapa lagi kalau sepupu berani matinya ini. Matanya memandang Danial.

"Lahh.. Tak siap lagi ke? Dah ramai orang dekat bawah tu Izz.. Majlis pun dah nak mula.. Kau tunggu apa lagi ni?" kata Danial lalu duduk di birai katil.

"Aku tak akan turun selagi perempuan tu tak berambus dari rumah ni!" kata Faiz tanpa nada. Membulat mata Danial mendengar butir bicara yang keluar daripada mulut sepupunya. Marah betul ni!

"Benci betul kau dengan dia.. Bro semua yang berlaku ni ada hikmahnya.. Tak ada guna pun engkau memendam perasaan.. Kalau dia dah memang tertulis untuk kau.. Kau kena terima" kata Danial cuba memujuk sepupunya.

"Kau cakap senanglah! Kau pergilah duduk kat bawah tu! Pergi kahwin!" desir Faiz bengang. Dijeling sepupunya di sebelah.

"Aku cakap lama-lama dengan engkau pun tak ada guna.. Terpulang pada engkaulah Izz.. Fikirlah baik buruknya.. Ini semua masa depan kau juga.. Aku tunggu dekat bawah.." kata Danial. Kakinya terhenti di hadapan baju yang elok tergantung. Dicapai pakaian itu lalu di letakkan di tepi Faiz. Setelah itu dia melangkah keluar daripada bilik sepupunya.

Faiz mengusutkan rambutnya.  Sedang dia leka terbit idea jahat di kotak fikirannya. Tersenyum dia sampai ke telinga. Terus dia mencapai baju itu sebelum masuk ke tandas.

"Dani.. Izz mana Izz? Dah pukul berapa ni? Belah pengantin perempuan pun dah sampai.. Tok kadi pun dah ada.. Kamu pergi panggil dia" kata Datin Azian sambil bercekak pinggang.

Belum sempat kaki Danial hendak memijak anak tangga kelihatan susuk tubuh Faiz yang lengkap memakai pakaian pengantin. Terus termati niatnya.

"Kamu ni lama sangat kenapa dekat atas.. Dah pergi duduk depan tok kadi tu" kata Datin Azian.

Dengan sekali lafaz Airis sudah sah menjadi isterinya. Kakinya mendekati Airis. Nampak dengan jelas di bawah mata Airis kelihatan sembap.

"Ayah.. Maafkan Airis ayah.. Airis tak buat semua itu ayah.. Tolong percayakan Airis" kata Airis dengan cuba meraih tangan tua itu.

"Aku dah cakap lepas sahaja terlafaznya akad.. Kau bukan lagi anak aku.. Kau tak faham bahasa ke!" herdik Encik Kamal dengan menepis tangan anaknya. Faiz yang melihat sudah datang mendekati keluarga mentuanya.

"Ibu.." kata Airis sambil memandang ibunya pula. Baru setapak dia melangkah sudah diherdik dengan si ayah.

"Aku kata jangan sentuh isteri aku!" jerkah Encik kamal. Mata-mata kini menatap ke arah mereka.

"Mulai sekarang! Aku tak ada anak perempuan.. Anak perempuan aku dah mati!" kata Ibu di sebelah. Iffat memegang tangan ibunya. Dia terbungkam. Airis di sisi Faiz menggelengkan kepalanya.

"Tak ibu.. Airis anak ibu.. Ibu!" kata Airis dengan cuba mengejar langkah ibunya. Namun langkahnya termati saat tangan lain menariknya.

"Kalau keluarga kau dah buang kau.. Apa tah lagi aku" kata Faiz lalu pergi. Airis yang mendengar sudah menitiskan air matanya.

"Kuatkan aku Ya Allah" bisik hati Airis.

☁☁☁☁☁

Kepekatan malam dipandang sepi. Telefon di tepi dicapainya. Untuk sekian kalinya dia mengeluh. Hatinya terlalu hancur. Adrian di sebelah sudah termati kata.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now