Sejak peristiwa dua hari lepas, dia seakan boleh tidak mahu berjumpa mahupun terserempak dengan suaminya. Fail pesakit yang sedia ada diatas meja dipandang tanpa niat untuk disentuh. Keluhan berat dilepaskan.
"Tak elok tau ibu mengandung mengeluh" tegur satu suara. Terus statik kepalanya menoleh ke kiri.
"Doktor buat apa dekat sini?" Kata Airis. Terkejut juga dia dengan tetiba lelaki itu ada didepannya. Setahu dia, Doktor Mikail outstation untuk sebulan. Jadi untuk apa dia ke sini?
"Hahaha, awak stay tak berubah... Dah berapa bulan?" Kata Mikail lagi. Matanya statik ke arah perut Airis.
"Dari mana doktor tahu?"
"Dari mana lagi, kalau bukan dari staff sini juga"
"Ooo, baru masuk tiga bulan lebih" kata Airis. Mikail hanya mengganggukkan kepalanya sahaja. Dapat dilihat sedikit perubahan dari riak muka itu. Tapi dibiarkan sahaja.
"Awak dah makan?"katanya lagi.
"Lagi sepuluh minit time lunch" Mikail hanya mengganggukkan kepalanya sekali lagi. Tanpa rasa malu, dia menarik kerusi yang jarak semeter dekat dengan kedudukan Airis.
"Doktor tak jawab lagi soalan saya... Doktor buat apa kat sini?"
"Lawat buah hati" kata Mikail selamba sambil menompang dagunya. Airis mula panas punggung. Sempat lagi dia memerhati orang yang lalu lalang.
"Doktor janganlah bergurau... Nanti orang dengar lain pula yang jadi"
"Ooo, iya ke? Jadi apa erkk? Boleh saya tahu?" Airis sudah mati kutu. Rasa nak pelangkup sahaja kepala lelaki ditepinya.
"Erkk, jomlah!"
"Apa kahwin? Saya okay je" kata Mikail dengan senyumannya. Jelas terlihat lesung pipit di pipinya itu. Airis yang terpukau, cepat-cepat menyedarkan dirinya.
' Kau dah kahwin Airis! ' bisik hatinya. Gelengan kepala sahaja dia berikan. Dalam keadaan yang sama, matanya statik pada figura yang baru sahaja keluar dari bilik zon merah dengan beberapa pengikut dibelakangnya. Terus mati senyumannya.
"Airis... Kalau saya tanya something awak jangan marah erkk" kata Mikail lagi dengan memainkan pen yang sedia ada diatas meja. Macam tak ada kerja je.
"Selama ni doktor pernah minta kebenaran dari saya erkk? Macam tak biasa pula, tanya jelah buat apa saya nak marah... Saya tak makan orang lagi" seloroh Airis sambil menyiapkan tugasan. Sempat lagi dia melihat jelingan tajam daripada suaminya.
"Suami awak kerja apa erkk? Dan kenapa saya tak pernah tahu yang awak dah kahwin? Awak ada sorokkan apa-apa ke dari saya?" soal Mikail dengan memandang tepat ke mata Airis. Airis sudah merasa berbahang. Aircond yang tadi terasa sejuk kini mula berganti panas.
Soalan yang diajukan kepadanya tidak dijawab. Jarak kedudukan Mikail kini sungguh dekat tanpa ada ruang pun diantara mereka. Entah dimana silap Mikail yang hendak meletakkan kembali pen di tangan ke dalam bekasnya kini terpegang kekura tangan Airis.
"Maaf, tak sengaja" kata Mikail lalu menjarakkan kedudukannya. Faiz yang melihat mahu sahaja dia gayang dua manusia dihadapannya itu. Laju saja Kakinya menapak ke meja kaunter.
"Airis, Alif nak jumpa kat makmal" kata Faiz lalu beredar. Airis yang mendengar mengkerutkan dahinya. Alif yang mahu berjumpa dengannya tetapi kenapa lelaki itu yang bersuara? Kenapa bukan kawan kepada lelaki itu sendiri.
Mikail disebelahnya dipandang dengan serba salah. Jam yang elok tergantung pada dinding dipandang sekilas. Lagi sekali keluhan berat dilepaskan.
"Maaf, tetiba penyelia panggil" kata Airis dengan rasa bersalah. Manakan tidak, lagi lima minit nak ke jam 12 tengah hari.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomantizmDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...