Bab 18

315 15 0
                                    

Sampai sahaja di rumah Faiz terus merebahkan badannya di sofa. Pada waktu yang sama Airis yang kebetulan hendak naik ke atas tersentak apabila dirinya ditanya soalan sedemikian. Terus langkahnya mati.

"Bulan ni kau ada datang period ke?" tanya Faiz sekadar hendak tahu.

"Be..belum" kata Airis sepatah. Mamat ni punya banyak soalan, soalan ni juga yang kau nak tanya kenapalah.

Faiz diam sejenak. Kalau Airis belum datang maknanya dia tengah pregnant? Tak pun lambat period.

"Dah berapa lama" kata Faiz lagi. Airis yang mendengar sudah mengerutkan keningnya.

"Berapa lama apa?" tanya Airis yang tidak faham. Faiz datang mendekat. Tidak semena-menanya kepala Airis ditunjal perlahan.

"Haid kaulah! Benda apa lagi yang aku tengah tanya dekat kau sekarang ni" keluh Faiz. Payah dapat isteri macam ni. Nak kata bodoh belajar bukan main sampai ke degree. Soalan macam ni pun lambat pick up.

"Bulan ni.. Tapi kenapa kau tiba-tiba je tanya?" tanya Airis meminta kepastian. Sekali lagi kepalanya ditunjal.

"Lembab! Sebab aku nak tahulah yang kau ni pregnant ke tak.. Itu je! Tak ada masanya aku nak ambil tahu hal kau kalau bukan melibatkan aku.. Menyusahkan!" kata Faiz lalu melangkah ke arah sofa kembali.

Airis hanya memerhati sahaja. Tidak semena-menanya tangannya dilekatkan ke perut kempisnya. Betul ke dia mengandung? Tapi kalau betul dia mengandung pun Faiz nak ke terima kehadiran bayi ni? Bukan dia tak terasa dengan kata-kata Faiz baik dia tidak ambil endah sahaja.

Jujur dia kata, periodnya untuk bulan ni terlalu lewat. Tapi tak akanlah sekali sahaja mereka bersama sudah lekat? Tak mustahil juga. Satu persatu kakinya melangkah memijak anak tangga. Dirinya dibawa naik ke atas.

Masuk sahaja di dalam bilik, badannya terus direbahkan ke atas katil. Sementara Faiz berada di bawah lebih baik dia baring-baring dahulu. Sedang dia tengah khayal melayan perasaan sambil memejamkan kelopak matanya, dia terasa badannya seakan ditindih. Terus dia tersedar.

"A..awak buat apa ni?" tanya Airis lalu Cuba bangun. Puas dia menolak tangan Faiz yang berada disisinya ketepi namun tiada sebarang perubahan.

"Sepatutnya aku yang tanya kau.. Kau buat apa atas katil aku ni.. Sepatutnya kau kira bersyukur tau aku yang masuk.. Kalau aku suruh Danial yang masuk tak naya kau" kata Faiz dengan merapatkan lagi kedudukannya. Airis yang berada dibawah sudah terasa rimas. Sedaya upaya dia menahan dada Faiz daripada bertindih dengan dadanya.

"Da..danial? Siapa Danial?" tanya Airis lagi. Kali ni terbit sedikit kerutan didahinya.

Faiz yang malas hendak melayan karenah Airis terus membetulkan posisi badannya. Terus pergelangan tangan Airis direntapnya.

"Awak ni kenapa main tarik-tarik! Nak cakap, cakap je lah" kata Airis sedikit tidak berpuas hati.

Mata Faiz melirik kearah tubuh isterinya. Matanya terus statik melihat kain batik yang dipakai oleh Airis. Tercuit hatinya melihat kain batik yang tersarung elok pada tubuh isterinya.

"Sejak bila kau pandai pakai kain batik ni?" tanya Faiz meminta kepastian. Airis yang mendengar sudah terkulat-kulat hendak menjawab.

"Sejak saya duduk kat kampung dulu" kata Airis jujur. Kalau bukan disebabkan oleh desakkan opahnya memang taklah dia nak pakai! Katanya nak jaga keayuan. Disebabkan dia memakai kain batik ini jugalah semua lelaki dikampung itu suka mengusiknya.

"Dahlah.. Mak long dah tunggu kat bawah tu.. Dan satu lagi family mak long tidur dekat sini selama seminggu.. Make sure kau tak ceritakan apa-apa dekat dorang.. kalau aku tahu siap kau aku kerjakan! Dan satu lagi.. Aku nak kau apply cuti selama seminggu.. kau nak guna alasan apa pepandai kau lah.." kata Faiz lalu melangkah keluar. Airis sudah merengus geram.

Turun sahaja kebawah sudah riuh rendah dengan suara sedara Faiz. Airis melangkah turun mendekati ruang tamu. Tangan tua itu disalamnya. Sofa yang masih kosong didudukinya.

"Dah lama ke mak long sampai? Maaflah Airis kat atas tadi" kata Airis. Dalam masa yang sama Faiz datang duduk di sebelah Airis. Kedudukannya sengaja dirapatnya. Nak nampak lebih intim. Danial yang melihat hanya tersenyum sahaja. Masa awal kahwin bukan kemain kata benci.

"Tak adalah.. Baru je haa.. kamu ni mak long tengok nampak makin berisi.. Dah ada isi ke tu" kata Mak long dengan penuh minat. Faiz dan Airis saling berpandangan.

"Inshallah, kalau ada rezeki adalah" kata Faiz. Airis disebelah hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak menjawab apa. Tidak semena-menanya tangan Faiz melekat pada pinggang Airis. Airis yang tersedar terus bangun daripada duduk.

"Airis minta diri dululah nak ke dapur.. Mak long dengan Pak long duduklah dulu.." kata Airis sebelum melangkah pergi.

"Mak long dengan Pak long rehat lah dekat atas.. bilik ke-3 daripada depan.."kata Faiz. Danial terus mengambil tempat di sebelah Faiz apabila kelibat ibu bapanya sudah hilang.

"Dah berbaik ke?" Tanya Danial sekadar hendak tahu. Faiz yang ralit memerhati terlefon terus beralih memandang sepupunya disebelah.

"Berbaik apa kau ni?" kata Faiz yang tidak mengerti. Dalam masa yang sama mereka melangkah ke arah dapur. Airis yang sedang mengeluarkan barang masakkan dijerling sekilas oleh Faiz. Jujur dia kata hatinya tercuit melihat tingkah laju Airis apatah lagi dengan memakai kain batik.

"Woii bilik kat atas kalau nak boleh je check in" kata Danial sambil membantai gelak. Airis yang memang tidak mengerti tentang topik yang dibualkan hanya mampu memandang. Melihat tidak ambil endah Faiz, Danial terus melangkah ke arah Airis. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman sinis ke arah sepupunya.

"Airis nak masak apa? Banyak sangat barang yang dikeluarkannya" kata Danial sambil memegang sebijih bawang merah.

"Ingatkan nak masak asam pedas tapi bahan tak cukup pula" balas Airis lembut. Faiz hanya memandang sepupunya sahaja. Bukan kemain menyending dengan bini aku!

"Kenapa tak suruh abang Danial pergi belikan.. teringin juga nak rasa asam pedas air tangan isteri orang.. Mana tahu melekat" kata Danial sekadar hendak bergurau. Airis hanya menayangkan sebuah gelengan sahaja.

"Daripada Airis suruh abang Danial belikan, lebih baik Airis suruh suami Airis" kata Airis. Faiz terus melangkah ke ruang tamu. Sakit pula hati dia melihat adegan yang tidak berbayar mereka.

"Abang konon! Abang otak hang! Dengan aku tak pernah nak panggil abang.. pantang nampak peluang datang laju je mencucuk!" omel Faiz geram.

"Alahai.. Encik suami dah merajuk.. apa kata Airis pergi pujuk" kata Danial sambil mengaru kepala. Airis hanya mengelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Kalau Airis yang pergi pujuk jawabnya tak berasaplah dapur ni" kata Airis sambil mengupas kulit bawang. Danial yang malas hendak bergerak turut memankan Airis memasak. Daripada menghadap muka Faiz bukan bawa faedah pun. Baik dia tolong apa yang patut berfaedah juga.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now