"Baru ingat nak naik.. Ingatkan dah lupa ada suami kat atas ni sampai nak berkepit dengan cousin aku! " Kata Faiz dengan segala yang terbuku didalam hati. Airis yang mendengar terus datang mendekati Faiz.
"Huh, saya malas hendak berdebat dengan awak sebab nanti saya juga yang kena balik... Saya dah siap masak... Mak long sekeluarga pun dah ada kat bawah... Jomlah turun" ajak Airis lembut sambil melabuh punggung di birai katil.
"Tak baikkan buat tetamu tertunggu kat ruang makan... Awak marahkan saya ke Faiz? Saya cuma anggap Danial tu tak lebih dari seorang abang pun.. Kalau Awak masih berkeras macam ini lebih baik saya balik ke rumah sewa saya" kata Airis lagi apabila tiada sahutan daripada Faiz. Matanya memandang ke arah Faiz yang endah tak endah mendengar katanya.
"Selangkah engkau keluar neraka tempat kau!" Kata Faiz tanpa berfikir panjang. Airis hanya berdiam diri. Tanpa banyak tanya dia terus melangkah ke arah pintu. Isteri mana yang tak terasa bila suami sendiri yang kata macam itu.
"Siapa suruh kau pergi!"kata Faiz tepat ke arah Airis. Kakinya datang mendekati Airis. Tanpa berkata apa-apa Faiz terus menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukkannya.
"A..awak nak buat apa ni!" kata Airis sedikit terkejut. Dia cuba melepaskan pelukan itu tapi langsung tiada hasil.
"Salah ke kalau aku nak peluk isteri aku sendiri" jawab Faiz tanpa nada. Lagi dieratkan pelukkan itu adalah! Airis hanya berdiam diri tanpa membalas sepatah kata. Melihat kebisuan Airis semakin liar tingkah laku Faiz.
"Fa..faiz Saya bukan perempuan yang macam awak bayangkan... Saya mungkin hanya perempuan yang tak sedar diri dimata awak..." kata Airis walaupun agak sukar untuk diungkapkan. Tubir matanya terasa bahang, hanya tunggu untuk jatuh sahaja.
"Hmm..." balas Faiz seakan mengiakan kata-kata itu tanpa riak bersalah. Dia cuba melihat wajah Airis yang menghadap ke muka pintu, namun sedikit sukar kerana Airis menundukkan wajahnya.
"Tapi saya masih ada maruah sebagai seorang perempuan... Walaupun saya tidak lebih kurang umpama perempuan simpan pada mata suami sendiri.." kata Airis sebelum melangkah keluar. Faiz yang mendengar sudah hilang kata. Hatinya umpama disiat dengan pisau belati dengan kata-kata Airis sebentar tadi.
"Kejam sangat ke aku?" tanya Faiz pada dirinya. Tanpa membuang masa dia terus melangkah keluar. Namun kata-kata Airis masih berlegar-legar dikotak fikirannya.
•••••
Turun sahaja ke bawah, kakinya pantas menarik salah satu kerusi. Matanya tidak lepas menatap wajah Airis yang muram. Matanya juga baru lepas menangis kerana kelihatan sedikit merah.
"Sayang tolang abang ambilkan lauk tu jauhlah" kata Faiz sambil memandang ke arah Airis. Airis yang sedang minum tersedak apabila dirinya digelar sebegitu.
Semua mata disitu hanya memerhati dengan senyuman. Lantas Faiz menghulurkan secawan air oren kepada Airis. Pantas sahaja Airis menyambut huluran tersebut.
"Pak long tengok korang berdua ni sejuk je mata pak long.. Tak sabar pula nak tunggu cucu daripada korang.. Kalau boleh bagi twin terus" kata bapa saudara Faiz dengan ketawa.
Airis yang mendengar terasa bahang di mukanya namun pergerakkannya yang menceduk lauk diperhati oleh mereka. Faiz hanya tersenyum sahaja umpama menyokong dengan kata-kata bapa saudaranya.
"Sudah-sudahlah tu kenakan Airis.. Kesian budak tu nak makan pun terkulat-kulat, yang Faiz ni pun satu dilayan kata-kata pak longnya kenapa" sampuk ibu saudara Faiz. Danial diruang makan sudah terkekeh ketawa.
•••••
Airis yang sudah siap mengemas dapur melangkah ke ruang tamu. Dia duduk bersimpuh berhadapan dengan meja. Kebetulan Faiz yang baru melangkah turun terus duduk bersila berdekatakan dengan Airis. Padahal ada je sofa yang masih kosong. Danial hanya menyembunyikan senyumannya.
"Uhukk.. Uhukk.. Aku rasa aku nak pergi ke dapur sekejap" kata Danial lalu pergi. Sempat lagi dia menepuk bahu Faiz dan berbisik sesuatu. Faiz hanya tersenyum."Cerita apa yang engkau tengok ni! Tak best langsung.. Bagi sini aku alat kawalan jauh tu" kata Faiz. Namun Airis hanya buat endah tak endah sahaja. Faiz sudah mendegus geram terus dia bangun daripada duduk.
"Eh, nak buat apa tu.. Bagi sini!" kata Airis lalu berdiri. Pandangannya saling silih berganti ke arah alat kawalan jauh ditangannya dan Airis. Faiz tersenyum senget.
"Nak ni? Ambil lah sendiri kalau boleh" kata Faiz lalu melangkah jauh daripada Airis. Airis tidak duduk diam terus berlari mendekati Faiz.
Di ruang tamu mereka berlari bekejaran dengan gelak ketawa. Sebaik semua bilik kalis bunyi. Sedang Airis cuba mencapai entah dimana silapnya badannya seakan mahu terjatuh. Namun Faiz sempat menarik tubuh Airis kedalam pelukannya.
Badan Airis menjadi kaku begitu juga dengan Faiz. Mata mereka saling berpandangan. Kebetulan Danial yang hendak ke ruang tamu terkejut dengan adegan tersebut tapi di kawal riak mukanya.
"Uhukk... Uhukk.." Danial berpura-pura batuk. Terus dia melangkah ke arah sofa.
"Saya nak naik atas" kata Airis dengan menahan malu. Gelak ketawa dari Danial membuatkan mukanya lagi terasa bahang.
"Tak nak dah ke" kata Faiz dengan melayang-layangkan alat kawalan jauh tersebut. Terus dia duduk ke arah Danial.
"Bukan kemain kau ya... Aku baru pergi ke dapur, itu belum aku kata nak masuk tidur dah siap berpeluk... Nasib baik halal" kata Danial sekadar hendak bergurau. Faiz hanya menayangkan muka tiada riak.
"Aku nak naik atas.. Nak tidur! Bukan macam kau, jadi musang malam-malam buta" kata Faiz lalu bangun.
"Nak tidur ke atau nak kerjakan bini" kata Danial dengan gelakkan. Faiz sudah melayangkan sebijih bantal tepat ke muka Danial.
•••••
Masuk sahaja ke dalam bilik Faiz mencari kelibat Airis. Dahinya berkerut apabila tubuh yang dicarinya tidak kelihatan. Dalam masa yang sama pintu bilik air dibuka dari dalam.
Faiz terus menuju ke arah katil. Tingkah laku Airis hanya diperhati dalam diam. Nampak sahaja Airis yang hendak menuju ke tempat yang selalu menjadi alas tidurnya terus ditegurnya.
"Baring atas katil" kata Faiz perlahan namun ada ketegasannya di situ. Matanya masih statik memandang ke arah Airis. Faiz yang melihat Airis yang seakan teragak-agak mula bersuara kembali.
"Apa yang aku cakap tak jelas lagi ya? Baring atas katil!" kata Faiz tegas. Terus langkahnya menuju ke arah katil.
Dengan perlahan Airis naik lalu baringkan dirinya. Dalam sekelip mata lampu bilik dipadam hanya lampu tidur sahaja terpasang. Airis terus memejamkan matanya. Pingangnya terasa dipeluk dari belakang. Puas dia menolak tapi semakin dieratkan pelukkan itu.
"Awak.." kata Airis sepatah hanya untuk menyedarkan kelakuan Faiz.
"Boleh tak kalau kau jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri" bisik Faiz di tepi telinga Airis dengan nada lembut. Lidah Airis kelu untuk membalas.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...