"Dahlia follow me!" kata Aiman sebaik sahaja keluar dari pejabatnya. Dahlia yang mendengar sudah memandang pelik. Setahunya hari ini tiada sebarang meeting dengan mana-mana client. Aiman yang melihat kebisuan Dahlia terus mara ke arah perempuan itu. Tanpa sebarang pamit dia terus menarik tangan Dahlia. Semua mata yang melihat hanya memandang sahaja.
Dahlia terus merentap tangannya daripada terus dipegang namun usahanya hanya sia-sia. Jelingan tajam yang diterima terus mematikan perbuatannya. Sampai sahaja ke kereta dirinya pula dipaksa. Suasana yang sunyi tanpa sebarang hiburan lagi membuatkan bertambah kekok. Dahlia membuang pandangannya ke luar tingkap.
"Turun!" Aiman memberi arahan sebaik sahaja sampai di taman layang-layang. Dahlia hanya menurut tanpa bantahan. Langkah lelaki dihadapannya diikuti sehinggalah berhenti di sebuah kerusi kayu. Pandangannya terus dialih melihat figura dihadapannya."Kita buat apa datang sini?"
"Do you love me?" tanya Aiman tiba-tiba. Dahlia yang mendengar sudah tergamam. Tidak disangka soalan ini yang akan diajukan pada dirinya.
"Awak merepek apa ni" soal Dahlia perlahan. Soalan daripada Aiman tidak dibalasnya. Aiman buntu untuk menjawab. Terus dia mengambil tempat di sebelah Damia. Matanya memandang tepat ke muka Dahlia.
"I nak kita kahwin... Kalau boleh dalam minggu ni ikut I jumpa family I" kata Aiman tanpa rasa ragu. Dahlia yang mendengar sudah membulat matanya. Kahwin?
"Tapi kita tak pernah bercinta pun macam mana nak berkahwin? Awak ingat soal kahwin ni boleh buat main? Atau awak ada niat yang saya tak tahu... Kita berdua lain taraf, mustahil family awak boleh terima saya atau lebih tepat awak boleh ke terima saya..." Kata Dahlia sambil membetulkan kaca matanya. Perasaannya usah dikatakan.
"We can do it after we get married... Who says we need to be a newly married couple" kata Aiman cuba menegakkan pendiriannya.
"Saya nak balik... Saya tak nak bahaskan soal ni... Lebih baik awak cari orang yang sama taraf dengan awak" kata Dahlia lalu bangun daripada duduknya. Aiman terus menarik tangan Dahlia mengakibatkan perempuan itu jatuh ke dalam pelukkannya. Tidak sewenangnya tangan Dahlia naik ke muka Aiman.
"Jaga sikit sikap awak! Dan tolong jangan paksa saya... Kebahagian saya biar saya yang tentukan!" kata Dahlia sedikit meninggi. Ini kali pertama dia meninggikan suara terhadap orang.
"Nak tak nak you kena kahwin dengan I! Hari rabu ni you off day, pagi tu tepat jam 10 pagi I datang ambil you... Make sure I sampai you dah siap" kata Aiman tegas. Tiada sikap tolak ansur ketika itu.
"Saya tak mohon sebarang cuti pun... Yang awak suka hati mengatur kenapa Aiman! Ini soal kebahagian hidup saya... Kenapa awak nak atur kebahagian saya... Mak ayah saya kat kampung tu pun tak pernah paksa saya, Inikan awak? Tak masuk dik akal langsung" kata Dahlia melepaskan isi hatinya. Kali ini dia tidak peduli dengan siapa dia bercakap sekarang.
"Do I care! Tapi apa yang I tahu you cintakan I"
"Awak melalut apa ni! Saya tak cintakan Awak! Never and never will"
"Mulut you boleh tipu tapi mata you tak boleh tipu I.. You nak nafikan terserah pada you tapi I akan tetap jadikan you isteri I" putus Aiman. Dahlia menyumpah seranah didalam hati. Geram dengan sikap Aiman yang cakap ikut suka hati. Siapa je yang tak suka kahwin dengan orang yang kita cinta. Tapi si Aiman ni kahwin dengan dia atas dasar apa?
Dahlia terus masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Perasaannya bercampur aduk. Hendak sahaja dirinya lari daripada masalah yang tak masuk akal. Pandangannya di alih ke arah tingkap. Aiman disebelah tidak diendahkannya. Sakit hatinya dengan tindakan bodoh Aiman.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomansaDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...