Bab 7

312 16 0
                                    

Pejam celik sudah dekat 3 minggu dia bekerja di situ. Hari ini dia akan oncall. Jadi maksudnya dia bertugas sama dengan Faiz. Boleh tak dia nak tukar kepada hari lain?

"Suzy siapa oncall dengan saya hari ni?"kata Faiz sebaik sahaja keluar daripada biliknya. Jam ditangan dibeleknya.

"Tak silap saya.. Doktor satu shift dengan Airis" balas Suzy.

"Airis yang jururawat praktikal tu ke?" Tanya Faiz lagi meminta kepastian. Anggukan daripada Suzy cukup dijadikan sebagai jawapan. Faiz laju sahaja beredar meminta diri.

"Airis! Hari ni kau shift malam ke? Dengan siapa" kata Damia sebaik sahaja ternampak susuk tubuh Airis. Langkah Airis termati apabila satu suara yang cukup dikenalinya menegur dari arah belakang.

"Ha'ah.. Dengan doktor sewel" kata Airis lancang. Mata Damia membulat dengar sahaja perkataan sewel yang laju sahaja meluncur daripada sepasang bibir itu.

Kalau bukan disebabkan kesilapan Faiz yang memberinya salah maklumat mungkin dia tidak akan dimarah oleh doktor yang bertugas dengannya. Habis dicemuh oleh doktor itu untuk satu hari. Marahnya pada Faiz tidak terkata!

"Kau ni! Coverlah sikit! Kalau dia dengar tadi macam mana? Tak naya jawabnya" kata Damia lalu menekup mulut Airis. Sempat lagi dia memandang kiri kanan. Takut-takutlah dia lalu. Mati dia!

"Lahh.. Yang kau nak takut sangat kenapa.. Dia bukan ada pun" kata Airis membela diri. Tangan Damia ditolak ketepi. Damia di sebelah hanya memandang tajam.

"Kalau iapun kau benci dia janganlah tunjuk sangat.. Nanti termakan diri kau padan muka" balas Damia lalu berlalu ke lockernya. Airis hanya mendiamkan diri.

Kepulangan Damia dihantar dengan pandangan. Kakinya melangkah ke arah wad kecemasan semula. Masuk sahaja di dalam wad matanya statik memandang ke arah figura yang tengah berdiri menghadap ke arah kaunter.

"Apahal pula mamat ni tercegat dekat sini.. Jam baru pukul berapa.. Dia masuk pukul 9 suku awal lagi" bisik hati Airis. Sempat lagi dia membelek melihat jam ditangannya. Kakinya terus melangkah ke arah kaunter.

"Kau pergi mana! Kau tahu tak aku tunggu kau dari pukul berapa" desir Faiz sebaik sahaja ternampak figura Airis.

"Saya tak suruh pun doktor tunggu saya" kata Airis berani. Panahan mata Faiz tidak diendahkan. Nak marah, marahlah fikir aku kisah!

"Mulut kau tu nak je aku jahit! Tak payah bercakap pun tak apa" kata Faiz lalu buku rekod ditangannya dicampak ke atas meja secara kasar.

Airis yang memandangnya pelik tidak dihiraukan. Sempat lagi dia menjeling tajam ke arah Airis sebelum melangkah pergi.

"Mamat ni dah kenapa? Kalau setakat nak campak lepas tu pergi lebih baik tak payah! Tak ada angin, tak ada ribut nak marah-marah apasal! Period ke apa! Kalau dengan jururawat lain okay je.. Sampai aku dah jadi gila" kata Airis lalu mengambil buku yang dicampak oleh Faiz sebentar tadi.

Dalam beberapa jam juga dia tidak terlepas tangan dengan melayan patient. Bukan dengan patient sahaja dengan si Faiz pun sama. Buat ni salah, buat itu salah! Ini tak kena, itu tak kena! Boleh sakit jiwa juga dia dibuatnya.

"Amri ni bagi dekat Airis lepas tu suruh dia hantar dekat bilik Doktor Sofia. Letak je dekat atas meja dia" kata Faiz lalu melangkah keluar daripada wad.

"Sorry Izz dah lama ke tunggu?" Kata Aiman sebaik sahaja nampak kelibat kawannya. Faiz di sebelah yang ralit menaip sesuatu terus terbantut niatnya.

"Tak adalah.. Aku pun baru je duduk" kata Faiz lalu menyambung menaip. Selesai sahaja mengirimkan mesej pandangannya kini tertumpu ke arah Aiman.

"Haa.. Engkau ni ada apa nak jumpa aku ni? Tetiba je" kata Faiz lagi sedari diam daripada tadi.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now