Bab 6

288 15 0
                                    

Pagi itu dia bertekad hendak datang awal. Masuk jam 8 tapi pukul 7 suku dia sudah tercegat dihadapan kaunter. Mata ralit memandang sekeliling. Sunyi. Itulah yang dia rasakan ketika ini.

"Tak sangka pula kau ni nurse" kata Faiz selesai sahaja punch card. Kaki statik di hadapan kaunter. Airis yang mendengar sudah berpaling menghadap ke hadapan. Terbantut niatnya hendak mengemas barang.

"Kalau jadi nurse pun kenapa.. Ada susahkan doktor ke" kata Airis dengan muka meluatnya. Panggilan kau-aku juga turut ditukarkan.

"Yup.. Sebab aku tak nak kau satu shift dengan aku" kata Faiz lalu beredar.

"Kau ingat aku nak sangat ke satu shift dengan kau! Satu jadual pun tak naklah!" bentak hati Airis. Tubuh belakang Faiz dijeling tajam.

"Hai Airis monyok je muka tu.. Gaduh dengan buah hati ke" kata Idlan dengan sengihan. Najwa di sebelah hanya tersenyum. Orang cantik semua pandang. Lainlah dirinya.

"Buah hati apanyalah.. Ada-ada jelah kau ni.." kata Airis cuba membetulkan kenyataan.

"Elehh kau diam-diam ubi berisi ya.. Apa kau ingat kita orang tak nampak ke yang kau tadi duduk menepek dengan doktor Faiz!" kata Damia dengan senyuman dibibir. Idlan di sebelah sudah tersenyum persis kerang busuk. Sempat lagi mata-mata doktor dan jururawat yang lain memandangnya. Mulutnya si Damia inikan mahu dicilikan agaknya!

"Ada-adalah korang ni! Lebih baik aku pergi sarapan daripada layan loya buruk tak berbayar daripada korang ni" kata Airis dengan berura-ura mahu bangun daripada duduk.

"Eh.. Nak mengelat ke tu" sakat Idlan pula. Airis terus meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kata. Boleh sakit jiwa dia dibuatnya kalau duduk lama-lama di situ.

Sampai sahaja di kantin Airis memilih makanan untuk dimakannya. Padangan mata-mata gatal tidak diperdulikannya. Tak pernah nampak orang kot.

"Sorang je?" kata Mikail sambil memandang wajah di hadapannya. Sempat lagi dia membaca name tag perempuan itu.

Airis yang sedang ralit memandang telefon kini matanya tertumpu sepenuhnya kepada pemuda di hadapannya kini. Mamat mana pula ni.

"Tak adalah.. Berdua je ni.. Doktor tak nampak ke"kata Airis sekadar hendak bergurau. Nampak sangat kot yang tidak lekang pada tubuhnya. Dah sahlah doktor!

Geli hati Mikail apabila mendengar jawapan perempuan dihadapannya. Lebih kurang 2 minit lelaki dihadapannya masih mengetawakan dirinya. Dimana terselit lawaknya pun dia tidak pasti.

"Haa.. Gelaklah.. Gelak puas-puas.. Biar sampai kejang perut tu pun tak apa" kata Airis bengang. Kata-katanya tadi disambut dengan gelakkan lelaki dihadapannya. Sakit pula hati dia.

"Alaa.. Janganlah marah.. Boleh saya duduk" kata lelaki itu selepas menghabiskan sisa tawanya. Airis memandang sekeliling lalu mengganguk. Apa salahnya kalau dia hanya mahu duduk semeja dengannya.

"Saya Mikail" kata lelaki itu memulakan bicaranya. Senyuman tidak lekang ditepi bibirnya. Manis sekali kalau dipandang.

"Airis" balas Airis sepatah. Senyuman dihadiahkan sebagai salam perkenalannya. Nak berjabat tangan bukan muhrim.

Lebih kurang 5 minit dorang meluangkan masa untuk sarapan bersama. Airis terpaksa meminta diri sebelum jam menginjak ke angka 8 pagi.

"Melepaslah kau.. Mika dah cucuk dulu" kata Ikwan dengan gelakkan. Sempat lagi dia menyiku lengan si Faiz.

"Apa pula kena mengena dengan aku" desir Faiz lalu menuju disebuah meja berdekatan. Begitu juga dengan kawannya.

"Tapikan aku tak pernah nampak dia tergelak macam tu.. Senyum macam tu lagilah aku tak pernah.. Untung betul si Mika tu" kata Alif pula. Terselit nada cemburunya di hujung ayat.

Malas melayan kerenah kawannya laju sahaja dia menghabiskan makanannya. Sempat lagi dia eye contact dengan Airis sebelum perempuan itu melangkah keluar daripada kantin.

☁☁☁☁☁

"Dahlia saya nak cakap something dengan awak"kata Aiman lalu memandang muka assistantnya.

Makanan di pinggan perempuan itu hanya diguis sahaja. Langsung tak dijamahnya.Tiada sahutan yang diterima daripada nulut perempuan itu. Aiman mengeluh sekian kalinya.

"Aku ajak kau keluar dengan aku bukan untuk kau diam!" bentak hatinya. Geram dengan sikap perempuan dihadapannya.

"Dahlia Batrisya! Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni" kata Aiman sekali lagi cuba menahan sabar.

"Encik Aiman nak cakap apa sebenarnya? Dahlah suruh saya ikut Encik Aiman! Encik Aiman tahu tak? Banyak lagi kerja saya dekat pejabat tu daripada duduk menepek dekat sini " desir Dahlia yang sedari tadi mendiamkan diri.

Dia bukan sengaja nak tinggikan suaranya. Tapi dia rasa tidak selesa ketika ini. Rasa macam tak senang duduk pun ada!

"Ewah-ewah.. Aku bos ke dia ni yang bos? Sampai suara pun nak naik tinggi dengan aku" bisik hati Aiman. Menggeleng kepalanya melihat tingkah laku gadis di hadapannya.

"Awak tu assistant saya.. Dah tugas awak follow saya kemana saya pergi nak buat macam mana"kata Aiman dengan senyuman. Dahlia yang pandang hanya memandang kosong.

"Habis tu tak akan awak pergi.." belum sempat Dahlia menghabiskan kata-katanya Aiman laju sahaja membalas.

"Ya awak kena ikut" kata Aiman tanpa menunggu Dahlia menghabiskan ayatnya.

"Kenapa tak suruh orang lain! Kenapa mesti saya! Encik Aiman ingat saya ni apa? 24 jam nak kena hadap muka Encik Aiman!" desir Dahlia. Hatinya pula semakin panas.

"Huhh.. Awak habiskanlah makanana awak.. Tak jadi terus nak beritahu something dekat awak" kata Aiman lalu menyambung makan.

Dahlia hanya menjeling Aiman di depannya. Suka tapi dia sedar akan kedudukannya. Boleh di hitung langit tu tinggi ke rendah, begitulah dengannya. Makanan di dalam pinggan di suap perlahan-lahan ke dalam mulut.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Sorry korang.. Sis dah kehabisan idea.. Tak tahu nak tambah apa lagi.. Harap korang still tunggu cerita ini.. Jangan lupa like sekali ya...

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now