Pejam celik, pejam celik dekat dua jam juga perjalanan dia hendak ke rumah penginapan isterinya. Sampai sahaja di hadapan rumah itu, dia terus mengeluarkan telefon dari kocek seluarya. Nama isterinya dicari sebelum anak jarinya ligat menaip sesuatu pada permukaan skrin tersebut.
Aku dah sampai ni kau keluarlah
Telefon kembali diletakkan pada dashboard kereta. Urat leher yang tegang akibat pemanduan yang lama dipicit perlahan. Kepala disandarkan pada kepala kerusi sebelum kelopak matanya dipejamkan untuk seketika. Dalam beberapa saat tingkap keretanya diketuk dari arah luah. Serta merta mata yang tertutup kini kembali terbuka. Bahagian pintu memandu dibuka bagi memudahkan perempuan tersebut untuk bercakap dengannya.
"Kenapa awak datang? Bu.. bukan ke awak janji esok pagi?" Kata Airis dengan serba salah. Manakan tidak, kawasan perumahannya memang jauh kalau nak dibandingkan dengan perumahan lelaki Itu.
"Saja. Kenapa tak boleh ke?" Tanya Faiz dengan mengangkat alis keningnya. Airis yang melihat hanya menayang wajah toyanya.
"Bukan tak boleh. Tapi awak nak patah balik ke rumah awakkan jauh"
"Siapa kata aku nak balik ke rumah aku?"
"Haa? Dah tu?"
"Aku nak bermalam kat sinilah sayang oii!" Dengar sahaja ayat yang dilontarkan oleh suaminya membuatan dirinya terpana seketika. Kalau dulu nak dengar lelaki itu bercakap lembut dengannya pun sukar tapi kenapa tidak sekarang? Jelingan tajam dilemparkan pada suaminya.
"Yang kau terconggok kat tepi kereta aku ni dah kenapa? Tak nak bagi laki kau ni masuk ke?" Kata Faiz dalam nada perli sebelum menolak tubuh isterinya ketepi sebaik sahaja dirinya selamat keluar daripada kereta.
Baru beberapa langkah kelibat susuk tubuh lelaki datang ke arah mereka. Terus langkah mereka termati. Faiz meruncingkan matanya. Tajam anak matanya memandang dua figura dihadanpannya. Siapa lagi kalau bukan isterinya dengan mamat gigi kapak ni. Perasaan cemburu mula bersarang pada sekeping hatinya.
"Airis ni abang ada bawa kuih buah melaka. Dah alang-alang mak abang buat lebih tak salahkan kalau abang bagi kat Airis sikit?" kata Firdaus sambil menghulurkan bungkusan plastik tersebut. Sempat lagi anak matanya memandang lelaki yang berdiri bersebelahan dengan kekasih hatinya.
"Terima kasih jelah! Isteri aku tak makan kuih ni. Malam semalam dia pesan nak makan benda yang boleh buat dia puas." kata Faiz dengan isi tersirat. Airis sudah mengerutkan dahi.
' Sejak bila pula aku mengidam? ' bisik hati Airis. Pandangan ya masih tertumpu sepenuhnya pada si suami.
Firdaus hanya mengherotkan bibirnya. Airis yang perasan ketegangan diantara mereka bertiga berdehem perlahan. Dengan berani dia memeluk lengan sasa milik suaminya. Firdaus yang melihat tindakan drastik pencuri hatinya sudah menayang wajah cemburu.
"Lupa pula Airis nak kenalkan suami Airis. Awak ini jiran sebelah rumah saya abang Daus. Abang Daus ini suami Airis panggil Faiz." kata Airis lembut. Firdaus menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Dengan pantas Faiz membalas huluran tersebut. Tidak sampai sesaat pautan tersebut menjadi saling menggenggam umpama melepaskan geram sahaja galaknya. Semakin Firdaus kuatkan genggaman, semakin kuat faiz membalas. Firdaus yang tidak dapat menahan perit genggamannya merentap kasar. Malah Faiz sudah tersenyum penuh kemenangan. Ada hati nak ngorat bini dia memang minta kakilah! Baru kena sikit dah lembik, dasar pondan!
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomantikDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...