Bab 8

294 16 0
                                    

Tepat jam lapan malam dia sudah sampai di pangkaran hotel. Masuk sahaja ke dalam kedengaran bingit dengan suara orang ramai. Kakinya melangkah ke arah sekumpulan rakan sekerjanya.

"Dah lama ke korang sampai?" kata Faiz meminta kepastian. Muka rakannya dipandang silih berganti.

"Lebih kurang 5 nak ke 10 minit jugalah" balas Haziq.

Anggukkan kepala daripada Faiz cukup menunjukkan bahawa dia faham. Matanya memandang ke sekeliling dewan majlis tersebut.

"Boleh tahan juga majlis Doktor Zainal ni.. Ala-ala grand gitu" terdetik di dalam hatinya.

Suasana yang kian meriah bertambah lagi bingit apabila tubuh seorang figura masuk ke dalam dewan dengan pasangannya. Siapa lagi kalau bukan empunya majlis.

"Airis.. Kalau kau cucuk doktor Mikail tu majlis kahwin kau pun pasti lebih kurang serupa macam ni" kata Idlan di sebelah. Airis yang mendengar sudah terbutang biji matanya. Kawan aku ni kurang tabiat ke?

"Kau merepek apa ni? Aku ikhlaslah berkawan dengan dia.. Dalam otak aku tak adanya terdetik nak kikis duit dia.." kata Airis membetulkan tanggapan Idlan. Idlan di sebelah sudah tersengih seperti cangkerang busuk.

Pada masa yang sama, seorang pekerja hotel memberi minuman yang telah dicampurkan ubat tidur kepada Airis malah yang lain hanya minuman biasa yang tidak dicampurkan dengan sebarang bahan.

"Haihh hensamnyalah anak orang.. Kau tak nak try ke?" kata Damia pula. Matanya kini melirik ke arah Ikwan. Jarinya menguis lengan baju yang dipakai Airis. Laju sahaja dia menarik lengan bajunya. Sah kawan-kawannya dah gila malam ni!

"Dengan mamat tu? Memang taklah" kata Airis lalu meneguk air yang diberikan oleh pekerja hotel tadi. Tanpa dia sedari terbit senyuman sinis di bibir seseorang.

"Game begin" kata lelaki itu lalu melangkah keluar daripada majlis.

Kebetulan pada waktu itu Faiz yang baru keluar daripada tandas terlanggar dengan seorang lelaki. Botol minuman yang dipegangnya turut terjatuh. Tanpa meminta maaf lelaki yang melanggarnya terus melangkah pergi. Faiz mengutip botol itu secara kasar.

"Dah kenapa mamat ni? Tetiba je main rempuh! Jalan punyalah besar" desir Faiz lalu melangkah ke arah ruang majlis. Tanpa dia sedari minuman yang dipegangnya telah tertukar dengan pemilik asal botol.

Lebih kurang setengah jam Airis yang berasa pening lalat terus berlalu ke tandas. Namun dia rebah sebelum sempat masuk ke dalam tandas. Lelaki yang memakai mask itu laju sahaja mengangkat Airen menuju ke sebuah bilik yang telah dirancangkan.

"Izz.. Kau okay tak ni? Muka kau nampak pucat semacam je" kata Alif yang melihat riaksi kawannya yang seakan serba tak kena. Mukanya juga turut berpeluh. Dah kenapa?

"Aku okay" kata Faiz. Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya seakan berada di awangan. Sebaik sahaja dia meneguk minuman di botol itu pandangan menjadi kabur dan kepalanya menjadi pening.

Tanpa berkata Faiz terus melangkah keluar. Penglihatannya kelihatan samar-samar. Dengan sedaya kudrat dia menampung tubuh badannya daripada rebah ke lantai. Pinggangnya seakan dipaut oleh tangan seseorang. Dia dapat rasakan. Tapi penglihatannya terjejas untuk melihat figura tersebut. Sampai sahaja di bilik badannya rebah ke atas katil. Yang dia tahu mahu tidur sahaja waktu itu. Tidak dihiraukan kawasan sekitarnya.

Bangun sahaja daripada lena yang panjang, Airis terkaku apabila dirinya di peluk oleh seseorang. Laju sahaja dia memandang gerangan tersebut. Dia tergamam. Faiz yang turut terjaga terus menarik tangannya.  Faiz disebelah Airis memandang tajam.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" kata Faiz dengan suara memetir. Airis terkedu. Ini kali pertama dia ditengking dengan lelaki.

"Aku tanya! Macam mana kau boleh ada dekat sini!" jerkah Faiz lagi. Kepala yang pusing tidak diendahkan. Api kemarahannya semakin membuak-buak. Lebih-lebih lagi melihat muka Airis yang terpampang di hadapan matanya.

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now