"Apa korang kata?" Kata Amanda dengan riaksi terkejut. Wajah anak buah Zack dipandang satu per satu. Jelingan tajam dihadiahkan. Hati yang tengah panas kian membahang apabila mendengar berita yang baru sahaja disampaikan sebentar tadi.
"Betul Amy! Aku tak tipu, aku sendiri nampak dengan mata kepala aku. Kalau engkau tak percaya,kau boleh tanya Hamdan." Kata lelaki itu dengan bersungguh-sungguh.
"Kenapa boleh jadi macam ni? Bukan korang dah susun strategies ke? Kenapa mesti laki tu!" Jerkah Amyza dengan riak yang tidak percaya. Kerjayaan yang disangkakan sinar kemenangan tapi rupanya jerat baginya semata-mata.
Zack yang kebetulan hendak menurun ke bawah memandang statik ke arah Amyza. Kakinya memijak satu per satu anak tangga. Sehinggalah dirinya betul-betul berdiri di belakang tempat duduk Amyza. Tangannya dibawa ke bahu gadis tersebut.
"Kenapa marah-marah ni? I boleh dengar suara you dari atas lagi tahu tak?" kata Zack dengan lembut. Anak matanya meliar memandang wajah anak buahnya seakan bertanya 'apa yang berlaku?'.
"Zack you kena tolong I. I sanggu buat apa je untuk you asalkan I tak lihat muka perempuan tu!" adu Amyza dengan memeluk lengan sasa itu. Zack yang mendengar kata yang keluar dari mulut Amyza sudah senyum penuh makna. Bibirnya dijilat bagi membasahkan bibir yang kering.
"My pleasure. But are you willing to give me your body for one night?" bisik Zack ditepi telinga Amyza dengan penuh seksual.
Amyza yang mendengar sudah terbungkam. Anak matanya tunak memandang wajah lelaki dihadapannya. Anak buah Zack yang berada disitu memandang antara satu sama lain. Dalam sepuluh saat dia terus berdiri dari duduknya. Baju yang sedikit ronyok dibetulkannya.
"You selesai kerja you dulu baru I bagi. I blah dulu" kata Amyza lalu melangkah ke arah pintu. Baru sahaja kakinya menapak ke luar rumah suara Zack mula memetir mematikan langkahnya.
"Engkau pun sendiri tahukan perangai aku macam mana? Kalau cara baik tak menjadi jangan salahkan aku jika dengan cara kasar dapat menundukkan kau" kata Zack lalu melangkah ke ruangan dapur. Jus oren dituang ke dalam gelasnya sebelum diteguk dengan rakus. Anak buahnya hanya memandang tanpa berkata sepatah pun. Naik gerun juga mereka apabila melihat wajah Zack yang seakan harimau yang hendak menerkam mangsa. Amyza melangkah ke keretanya. Setiap langkahnya tidak henti dengan sumpah seranah terhadap lelaki itu.
RUMAH agam dihadapan matanya dipandang tunak. Hatinya terasa berbelah bahagi untuk bertandang ke rumah tersebut. Dulu rumah itulah tempat dia berteduh, mengadu nasib dan juga tempat yang mengajar dia erti kebahagian. Malah kini hanya yang menjadi sebahagian daripada memorinya.
Kakinya melangkah ke pangkaran rumah tersebut. Kini dia betul-betul berdiri di hadapan pintu pagar rumah agam tersebut. Anak matanya mengintai sekeliling pelusuk rumah di sebalik tiang pagar. Sunyi seakan tidak berpenghuni. Tubuh badannya dibalikkan menghadap ke belakang. Nampak sahaja susuk tubuh yang amat dikenali dengan drastik dia menghalang wajahnya dengan kedua tangannya agar tidak dapat dilihat. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah kereta yang tidak jauh daripada tempat yang dia berdiri.
" Anak ni nak cari siapa?" kata lelaki separuh abad itu dengan wajah yang dikerutkan. Soalannya tidak dijawab malah diterima pula dengan perubahan drastik dari anak muda yang tidak dikenalinya itu.
Kepergian kereta anak muda tersebut dipandang dengan ekoran mata sebelum kakinya diatur ke arah keretanya semula. Sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan rumah dirinya diserbu dengan kedatangan isterinya dengan sebilah pisau ditangan. Terus naik mencanak segala bulu romanya melihat pisau ditangan isteri kesayangan.
"Yang awak ni dah kenapa dengan pisau ditangan Farah? Terkejut abang" kata Encik Aryan dengan cuba mengambil pisau itu daripada terus dipegang oleh si isteri.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...