Seperti yang dijanjikan kini mereka berada di hadapan banglo tiga tingkat milik orang tua Aiman. Lelaki itu terlebih dahulu turun tanpa sebarang kata.
' Eh mamat ni ada juga yang kena pelangkup dengan bontot kuali. Ingat aku tunggul tak ada perasaan ke apa! Kalau macam itu buat apa ajak aku jumpa family dia kalau dari tadi muka tu asyik ketat je ' bentak Dahlia. Dari jauh dia dapat melihat tubuh manusia yang separuh abad di muka pintu.
"Dah sampai pun kamu berdua... Ini ke yang Acap beritahu dekat mama tempoh hari?" kata Puan Sarina. Dari atas hingga ke bawah dia meneliti bakal menantunya. Tanpa berkata Dahlia menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Rambut keperangan dengan hidung yang mancung serta berkulit putih kemarahan tidak dapat dinafikkan kecantikkan yang diperoleh oleh perempuan itu. Cuma sayang dia tidak menutup mahkota yang seharusnya anak terunanya sahaja yang melihat. Berbeda sungguh dengan personaliti Airis Adriana.
"Acap nak naik ke bilik sekejap, mama boraklah dulu dengan Dahlia nanti Acap turun" kata Aiman yang tidak betah berlamaan dengan Dahlia. Kalau dibandingkan Dahlia dengan Airis dirinya lebih memilih Airis. Disebabkan desakkan ibunya yang inginkan menantu terpaksa juga dia tunaikan. Walaupun dihati masih tiada cinta untuk si gadis.
"Jom masuk" kata Puan Sarina. Dahlia hanya mengganggukkan kepalanya. Kepergian lelaki itu dihantar dengan ekoran matanya. Sejak mereka bergerak lagi lelaki itu lebih mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Melangkah sahaja ke dalam rumah, dari muka pintu dia dapat melihat beberapa orang yang sedang duduk di atas sofa.
" Ini anak sulung mama, Fikri namanya. Yang ralit menghadap handphone tu pula anak bongsu mama, Najmi" ramah Puan Sarina. Tapi tidak bagi Najmi, lelaki itu hanya melayangkan jelingannya sahaja. Dahlia hanya mengukirkan senyuman. Hendak disalam bukanlah mahramnya, apatah lagi yang berada disitu hampir keseluruhan lelaki kecuali si ibu.
'Mamat ni dah kenapa? Kenal aku pun tak, main jeling-jeling pula dia! Adik abang sama je! Masa kecil dulu dia orang ni tercekik ais batu kot, sebab tu muka tu beku je' bisik Dahlia apabila sedar dirinya diperhatikan dari tadi.
Tidak lama kemudian, Aiman datang menghampiri mereka. Tanpa sebarang kata dia terus menhenyak punggungnya bersebelahan dengan Dahlia. Padahal ada sahaja ruang kosong.
"Jomlah ke dapur, kita makan tengah hari" kata seseorang yang baru keluar dari arah dapur. Dahlia yang baru sahaja hendak berdiri tapi terus termati niatnya apabila lengannya dipegang Aiman. Berlapik.
Kini tinggal mereka berdua sahaja di ruangan tersebut. Dahlia memandang lelaki dihadapannya yang merangkap majikannya. Lebih tepat bakal suaminya.
"Nothing... Just want to protect you"
Dahlia hanya memasang telinga. Walaupun hatinya tercuit dengan keprihatinan lelaki itu tapi jauh disudut hatinya ada juga perasan mushkil. Untuk apa lelaki itu mahu melindunginya? Bukan mereka di rumah orang tua lelaki itu ke? Buat apa mahu protect bagai.
Tanpa banyak kata Dahlia membontuti Aiman dari belakang. Lagikan pula perutnya memang dah lapar, asyik berbunyi dari tadi minta diisi. Walaupun dia terasa sedikit tidak selesa tapi perasaan itu dibuang jauh-jauh. Senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya.
•••••
Airis yang tidak merasa sebarang kesakitan pada tubuhnya terus membuka matanya perlahan-lahan. Dia tergamam apabila melihat dirinya berada dalam pelukkan seseorang. Lebih tepat seorang lelaki berkot doktor.
Kebetulan pada masa yang sama, Faiz yang hendak masuk ke dalam terus termati langkahnya apabila melihat isterinya dalam pelukkan lelaki. Yang pelik baginya, kenapa baring di lantai? Airis yang sedar kewujudan Faiz dan keterlanjurannya terus bangun daripada terus dipeluk.
"Awak tahu tak perbuatan awak tadi tu bahaya! Kenapa nak membayakan diri sampai macam tu sekali? Ini sebaik saya terpandang... Awak ingat nyawa awak tu ada tiga ke? Kalau mati boleh hidup balik! Many of your patients are the first to act like this" kata doktor itu sebelum pergi. Kewujudan Faiz di muka pintu membuatkan langkah lelaki itu termati.
"Bro, aku tak tahu apa masalah adik kau... Tapi kalau nak bunuh diri kata dengan dia bukan hospital tempatnya" kata lelaki itu sebelum pergi. Faiz yang mendengar seakan tidak percaya.
' Adik? Bunuh diri? Apa benda ni ' bisik hati Faiz yang tidak faham dengan situasi sebenar.
Airis tanpa banyak kata terus duduk di atas katil kembali. Pandangannya dibuang ke arah tingkap yang sedia terbuka. Faiz terus mengunci pintu. Dia sengaja memilih bilik VIP agar mempunyai privasi daripada pesakit lain. Kakinya melangkah ke arah katil.
"Engkau dah kenapa? Tak habis-habis nak menyusahkan aku... Ingatkan dengan kehadiran anak tu dah cukup menyusahkan aku tapi mak dia lagi menyusahkan!" kata Faiz tanpa sedar telah melukai hati Airis.
Airis hanya diam tanpa niat untuk membantah. Sebelah tangannya melekap ke perut. Faiz yang melihat kebisuan Airis terus datang mendekat.
"Aku dah buat pembayaran... Sampai sahaja di rumah, mulai sekarang kau duduk dekat bilik tetamu! Tak nak pula nanti satu bilik aku kotor dengan kuman kau"
"Tak apalah kalau macam itu biarlah saya tinggal dekat rumah sewa saya... Nanti awak nak hadap muka saya pun tak payah" kata Airis. Matanya bertentang dengan mata milik suaminya.
"Bagus juga idea kau tu... Rumah aku pun tak akan kotor"
Airis hanya mendiamkan dirinya. Niatnya hanya ingin membuatkan hati lelaki itu bertambah panas tapi lain pula yang jadi. Kejam sungguh lelaki dihadapannya ini.
Masuk sahaja ke dalam kereta Airis teringat akan sesuatu. Bibirnya diketap. Faiz yang berada dibahagian pemandu dipandang sekilas sebelum kembali menoleh ke arah depan.
"Kalau nak cakap tu cakap je lah! Tak payah nak pandang muka aku dua tiga kali... Aku tahulah yang aku ni handsome" kata Faiz lalu membelok ke arah kanan. Airis sudah mencebikkan bibirnya. Perasan! Suami siapa ni pergi kutip cepat.
" Saya teringin nak makan bihun bakso kelapa sawit dekat simpang hujung sana tu boleh tak kalau awak tolong belikan" kata Airis. Walaupun ini bukan soalan yang ingin dia bahaskan tapi anak tekaknya teringin hendak makan makanan tersebut.
"Tak kuasa aku! Buat habis minyak kereta aku je... Kau kalau nak makan pandai-pandailah kau pergi beli"
Dengar sahaja ayat yang dilontarkan oleh Faiz terus mati seleranya. Hati yang sekian luka bertambah berdarah. Pandangannya ditundukkan.
"Tak apalah... Tiba-tiba je rasa kenyang, lagipun nanti balik saya nak kena kemas pakaian saya takut tak sempat pula" kata Airis sedaya upaya menahan air mata yang mula hangat di kelopak matanya.
Faiz hanya membatukan dirinya. Tindak tanduk Airis dijeling dari ekoran matanya. Bukan dia tidak perasan dengan perubahan Airis tapi dia sengaja membutakan matanya umpama tidak nampak semua itu.
' Maafkan mama sayang... Hati papa sekeras buluh, susah untuk mama lenturkannya. Mama minta maaf kalau sayang tak dapat rasa kasih sayang seorang ayah tapi mama akan cuba demi sayang dan... dapatkan kasih sayang atuk, opah dan juga paklong '
Airis yang penat melayan perasaan memilih untuk tidur. Lagipun kepalanya sudah pening-pening lalat. Pelipis kepalanya juga diurut perlahan apabila rasa itu semakin mencucuk.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...