Hari ini mereka bertiga sudah boleh keluar. Cukuplah selama seminggu mereka berada dalam wat itu serik. Lebih-lebih lagi dengan seorang jururawat kerek. Sebaik Ahmad sakit kalau tak dah lama dorang suruh ahmad tibai.
"Wei korang Airis cedera" kata Kimi kepada kawan-kawannya. Mata-mata yang ada disitu terus tertumpu ke arah Kimi.
"Haa? Teruk ke? Macam mana boleh cedera" tanya Amanda pula. Farish yang gusar sudah seperti cacing kepanasan.
"Dia kata sebab jatuh tangga.. Kaki dia pula terseliuh dan ada luka-luka sikit kat tangan" balas kimi lagi.
"Kimi kau tanya dia dekat mana sekarang" kata Adrian pula. Haikal dam Farish hanya menggukkan kepalanya.
"Dia dekat rumah.. Airis kata Zain dengan adik dia tengah lawat dia sekarang" balas kimi setelah siap menaip.
"Kalau macam tu eloklah kita datang umah dia.. Terus gerak je lah, tak ada nak ulang alik" balas Amanda pula.
"Tapi aku penat" kata Amy pula. Kini semua mata tertumpu kearahnya.
"Betul juga kau kan baru sahaja keluar memanglah penat.. Nanti aku hantarkan kau dekat umah" kata Haikal.
"So kau tak lawat Airislah ni? Kau teman Amy?" tanya Adrian pula.
"Lawatlah.. Lepas aku hantar Amy aku geraklah pergi rumah Airis" kata Haikal senada.
"Okaylah.. Pape roger" kata Mereka meninggalkan Amy dan Haikal.
Dalam beberapa minit mereka sudah sampai ke rumah Airin. Mereka yang seakan tidak percaya menarik senyuman kagum. Tapi tidak bagi Farish dengan Adrian sebab mereka pernah datang ke sini suatu tika dulu. Loceng rumah ditekannya.
"Wei korang! Betul ke ini rumah Airis?" kata Kimi seakan ragu-ragu.
"Ha'ah rumah dialah" kata Farish pelik. Tengok rumah orang pun jakun ke?
"Kawan Airis ya, jemputlah masuk" kata Iffat sambil membuka pagar.
Masuk sahaja di dalam rumah mereka berasa kedil. Kenapa Airis tidak pernah cerita latar belakangnya? Sebab ini ke dia rapat dengan dorang? Tanpa Airis sedar banyak persoalan yang singgah di fikiran kawan-kawannya.
"Korang dah sampai masuklah" kata Airis mengamit kawan-kawannya masuk. Airis hanya sandarkan kepalanya di kepala katil. Zain pula menyalam kawannya ala-ala lelaki.
"Wei kau macam mana boleh jatuh ni?" kata Farish laju. Tak sempat kawan yang lain tanya dia sudah menerjah terlebih dahulu.
"Aku nak ambil something kat atas almari lepas tu aku tersilap langkah so terjatuh" kata Airis jujur.
"Mana Haikal dan Amy?" kata Airis pelik.
"Haikal dia hantar Amy ke rumah.. Tak larat katanya" balas Kimi yang sedari tadi hanya memerhati.
"Betul juga kata kau.. Mesti dia penat.. Manda kenapa kau diam je?" tanya Airis hairan. Mata yang lain kini tertumpu ke arah Amanda.
"Kau rapat dengan kita orang sebab apa?" desir Amanda tanpa berlapik. Airin sudah terkedu. Yang lain hanya memandang pelik.
"Kenapa kau cakap macam tu?" kata Airin ragu.
"Saja aku nak tahu.. Atau kau nak tunjuk kekayaan kau? Patutlah selama ni aku tanya kau selalu mengelak.. Rupanya kau dari keluarga berada. Patutlah apa yang aku nak tak sampai seminggu kau dah belikan rupanya kau anak orang kaya Airis" kata Amanda cuba menahan rasa. Yang lain di situ hanya memerhati sahaja.
"Hey aku tak nak kau stress.. Kau kan baru keluar wad.." balas Airin gusar.
"See, you're changing the topic again" kata Amanda lagi.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomansaDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...