Bab 16

328 14 0
                                    

Airin yang sedar akan laluan yang berlainan arah terus menjadi kalut. Faiz di sebelah hanya beriak biasa. Walaupun dia sudah sebulan lebih tidak menjejak kaki dekat rumah mentuanya dia tidak lupa ingatan lagi. Laju sahaja pandangannya tertumpu ke arah Faiz.

"Kenapa kita lalu sini? Bukan jalan ke rumah mak ayah kau dekat lorong tadi ke?" tanya Airis kalut. Pandangannya dihala ke kiri kanan.

"Aku tak cakap pun nak balik rumah mak ayah aku.. Tapi aku cakap balik rumah..  Tak semestinya rumah mak ayah aku!" kata Faiz lalu keretanya dibelokkan ke arah kiri. Airis yang mendengar sudah memaki hamun Faiz di sebelah.

"Dasar penipu! "tepik Airis tidak berpuas hati.  Nak saja dia melompat turun dari kereta.  Tapi dia tak segila itu lagi.

"Suka hati kaulah perempuan! Malas aku nak melayan kerenah kau! Ni kau nak turun tak nak? Kalau tak nak tak apa.. Kau boleh je duduk dalam kereta ni" kata Faiz sebaik sahaja mematikan enjen kereta. Kakinya dibawa ke arah banglo 2 tingkat itu. Airis yang nak tak nak terpaksa ikut kata lelaki di hadapannya. Rasa geram di hati di tahannya.

 Rasa geram di hati di tahannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arghh.. Penatnya" kata Faiz sebaik sahaja merebahkan badannya di sofa. Airis yang melangkah masuk sudah ketap gigi. Bapak besar rumah dia!

"Bilik aku mana?" kata Airis sebaik sahaja duduk di sofa single. Mata Faiz yang terpejam terus terbuka. Terus dia tarik senyuman sinis di tepi bibirnya.

"Aku tak kata pun nak bagi kau bilik.." kata Faiz dengan menjungkitkan keningnya.

"Habis tu kau nak kata yang aku tidur sebilik dengan kau? Macam tu!" Tepik Airis tidak berpuas hati. Faiz sudah tarik senyuman. Anggukan daripada Faiz membuatkan Airis menjerit marah. Terus dia layangkan beberapa bantal ke arah Faiz!

"Diam-diam sudahlah.. Apa kau ingat aku nak sentuh kau ke? Jangan nak perasanlah!" kata Faiz. Tubuhnya ditegakkan memandang Airis.

"Tak sentuh konon.. Yang malam tu apa.. Hantu raya yang sentuh ke" kata Airis dengan menarik mukanya. Rasa nak hempuk kepala Faiz pun ada.

"Salah ke aku nak ambil hak aku.. Aku suami.. Apa yang ada kat kau semuanya hak aku! Nak sentuh kau sekarang ni pun boleh!" kata Faiz bersahaja. Pandangannya kini tertumpu sepenuhnya terhadap Airis.

Airis yang mendengar sudah mati kata. Giginya diketap dengan penuh perasaan geram. Apabila kata-katanya tiada respond daripada Airis kakinya terus melangkah ke arah meja televisyen. Tangannya mengambil sepucuk surut yang ada didalam laci almari itu. Surat itu dicampakkan ke peha Airis. Kakinya terus diatur melangkah naik ke bilik.

Dalam keadaan marah Airis membuka surat itu. Mulutnya terkumat kamit membaca perkataan yang tertulis di muka surat tersebut.

Usai membaca Airis  meronyokkan kertas tersebut. Mengarut! Dia ingat aku dekat rumah ni orang gaji dia ke apa! Kalau macam ni lebih baik aku duduk dekat rumah aku je!

CPD | Cinta Perisa Dia!Where stories live. Discover now